Friday, December 26, 2008

Taman Sri Melati,Selayang Jaya

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku mendoakan kalian semua
sihat sejahtera selalu hendaknya serta diberkati oleh Allah SWT senantiasa.Amin.
Aku dedikasikan kepada mereka yang tinggal di Taman Sri Melati,Selayang Jaya.Lapan tahun aku menetap di sini.Memori indah belaka.Berat hati aku untuk meninggalkan tempat ini.Tapi apakan daya,aku harus mencari peluang yang lebih baik untuk masa depan aku.I miss u all.Muah,muah,muah.
1.Keluarga angkat aku,Pakcik Amir dan Makcik Fuziah serta anak2nya,Yusri,Siti,Faizal,Amin dan Zul.Tabik spring aku ngan family ni.Selalu jugak lepak pi rumah pak angkat aku ni.Makan minum pun dah tak terbilang dah.Tengkiu kerana layan me like ur own children..Dah macam keluarga sendiri.Macam aku ada 2 beradik jer so bila aku ngan diorang terasa satu keluarga yang ramai.riuh-rendah plak tu ditambah dengan gelagat diorang sumer yang lain2 dengan si Yusri nya,Faizal punyer cerita lagi,Amin lagi,kakaknya Siti dan si kecil Zul.Pendek kata aku berpeluang melihat sebuah keluarga yang anak2nya meningkat dewasa.Senyum aku meleret kadang2 dibuatnya.Aku kongsi a lot of stori with them especially their parents.Jarak rumah ngan tempat kerja tak jauh.Even pernah tolong pak angkat aku ni buat bisnes kecil-kecilan.Aku kenal keluarga angkat aku ni through anak dia yang sulung,Yusri.Keluarga diorang ni awesome.Pakcik Amir and wife totally a nice father and mother.Untung dan bertuah anak2nya punya ibubapa yang baik lagi memahami.Aku turut kenal jugak keluarga sebelah ayah and mak diorang malah aku pernah ikut balik Muar pada Aidiladha suatu ketika dulu.Memang aku rindu sangat gelak tawa Pakcik dan Makcik.Raya baru2 ni pun aku tak sempat nak singgah till now.Mesti banyak cerita nanti especially about their children.
2.Kak Aida.Jual nasi lemak kat kedai fardu Kifayah dekat Masjid.Sedap nasi lemak dia.Power.Aku antara pelanggan paling lama dia.Cubalah ayam masak merah dia.Sodap.Pagi-pagi sebelom aku masuk kerja sure aku pekena nasi lemak dia.Aku dengar skang Kak Aida dah jual macam2 dah kat kedai dia tu.Siap ada rojak lagi.Glurrrp..
3.Watie.Sekandal aku.OOOOooops.Satu batik tahu cerita ni.Jadi gosip.Apa taknya,hostel aku depan rumah dia,seberang jalan jer.Hari2 tengok dia.Actually aku lambat panas,al-maklumla berlagak macho.dah 2-3 tahun kerja baru la aku tegur dia.Aku ingat lagi,masa besday aku yang ke 20 plus2,dia hadiahkan aku langsir bilik.Siap jahit sendiri lagi.So sweet.Mak n her daddy memang suka kat aku,but aku jual mahal daa.Family diorang pun baik gaks.Aku dijemput makan masa lunch kat rumah,dinner,breakfast sekali.Dan,aku masih buat bodo jer.At last,she married dah.Masa aku kat sini dulu,dia baru ada sorang baby.Tak update,maybe dah bertambah dua or tiga anak dah.
4.Fendi.Rakan aku paling jujur.Masa aku mula2 kerja dulu,dia ni la yang ajar aku kerja fixing kat batik.Bergaduh pun pernah ngan dia.Kali terakhir aku juper dia bila dia datang kat batik about 4 tahun dulu.Mana la dia pi skang.Lost kontek with him.Sedey.
5.Salem,The Geng Mamak.Chup,chup.Ni bukan Geng Mamak yang notorious tu.Mamak feveret aku bila lepaks.Senyum lebar dia sekaligus menampakkan gigi putih dia yang kontras dengan warna kulit dia.
6.Kak Dewi.Sama kerja dengan aku dulu kat batik.Shes Indonesian.Seorang ibu yang tabah mencari rezeki di sana sini tak kira malam ataupun siang demi menyara 4 anaknya di kampung.
7.Aku juga rindukan saat berbuka puasa di masjid berdekatan dengan tempat tinggal aku.Mana tidaknya,aku berbuka puasa dengan pesara cikgu dan cikgi,Cikgu Shaari dan kumpulannya.Memang terasa aura bila bersama dengan mereka.Tahun pertama berpuasa di tempat baru membuatkan aku begitu pengen berbuka puasa dengan diorang.Diorang ni kewl.Apakan daya,batas kerja menghalang aku untuk berbuka puasa dengan diorang.Insya-Allah,Ramadhan yang akan datang kalau dipanjangkan umur.
8.Walaupun komuniti Melayu di sini tidak banyak tetapi bila dah berkumpul seakan-akan taman tu kita yang punya.Best kan.Biasalah taman mana yang takder gosip dan politik kan.Kampung apatah lagi.Almost bila berkumpul tu ada la gosip yang naik.Ada la yang memegang watak TV3 secara tetap tidak bergaji.Hahahaha.
dan banyak lagi.
Senyum sendiri aku dibuatnya.Lena seketika.
Noktah.
Related Posts with Thumbnails