Saturday, December 27, 2008

Happy 65th Birthday Abah

Waktu itu hampir Aidilfitri.Aku masih di awal sekolah menengah lagi.Masa rehat seperti biasa,Abah aku balik ke rumah untuk makan tengahari.

Selesai makan tengahari semua,abah aku menunaikan solat Zuhur.Tak lama lepas tu kedengaran abahku disengat tebuan.Alamak!.Abah aku mengaduh kesakitan.Dua tiga tebuan menyengatnya.Masa itu,sudut luar rumah aku ada sarang tebuan.Besar.Dah berapa kali cuba halau tebuan ni but tak berjaya.Seriau jugak kitorang bila tebuan ni tiba2 masuk dalam rumah melilau sesuka hati dia tak kira siang atau malam.Aku pernah jadik mangsa sengatannya.Bisa beb.Auchhh.

Aku dan adik aku dalam mood raya.Well,Faham2 je la masih budak lagi ketika itu.Masing2 dah mengidam berangan nak beli apa nanti.Kebetulan hari tu abah dah janji nak bawak kitorang shopping raya kat Wisma Hopoh.YEAY!Seronok bukan main lagi.Teruk jugak abah aku kena sengat.Semuanya kat kepala dia.

Kami berdua ingat tak jadik shopping raya disebabkan kesakitan yang tak terkira ditanggung abah aku.Abah gagahkan jugak.Sepanjang perjalanan shopping tu aku melihat Abah menguatkan dirinya yang menahan kesakitan.Kerap memegang kepalanya yang disengat tebuan itu.Dari rumah sehinggalah habis shopping raya Abah menemani aku dan adik aku.Terharu aku.Sedih.

Itulah antara memori yang masih aku ingat sehingga kini.Masih segar dalam ingatan.Aku tak lupa juga masa pagi2 nak pegi sekolah(masa tu sekolah rendah lagi),Abah tak lupa to tuck in my shirt.Atur rapi2 siap sikat tau.Rambut pesen belah tengah tau,jangan marah.Hehehehe.Haaa,lagi satu masa budak2 dulu,aku ni tebiat suka tido depan TV.TV tengok aku dol.Bila dah mengantok gila tahap tungau,Abah aku siap kendong aku pi toilet,buang hajat kecik and to my bed.Ala-ala manja gitu ;-)

65 tahun umur Abah pada Isnin,29 Disember 2008.Sama tarikh dengan Awal Muharam 1430 Hijrah.Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau panjangkanlah umur Abah aku,aku masih lagi perlukan kasih sayang Abah.Semoga murah rezeki selalu dan dianugerahkan kesihatan yang baik senantiasa.Amin.Tak terbalas jasa dan pengorbanan yang Abah did selama ini.Maaf sebagai anak kalau ada menyinggung perasaan Abah selama ini atau make you down at me.I love you Abah.

I love you Abah till here after.Never dies.

From your son,
Yudi.
Related Posts with Thumbnails