Wednesday, December 17, 2008

Sejarah Kerjaya Aku

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya dan diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.

Bermula dari bawah sebagai tukang cuci kain pada tahun 2000 kemudiannya aku tekad untuk kekal dalam industri ini walaupun kepayahan kehidupan pada masa itu.Mulanya aku masuk dalam industri ini,aku langsung tidak menjangkakan batik wujud di Malaysia selama ini cuma aku hanya dengar kias2 hujung telinga sahaja.

Seterusnya aku belajar mengenai warna.Warna ni la antara aspek yang paling utama.Susah jugak pada mulanya tapi aku gagahkan jugak.Masa tu super2 senior ramai so aku rasa aku ni kerdil sangat kalau dibandingkan dengan mereka.Mana taknya,satu menshirt full diorang boleh siap canting in 20 minit jer.Terkapai-kapai mengah jugak nak kejar diorang mewarna.Diorang dah jauh nun ke depan.Antara aspek warna yang aku pelajari adalah seperti di bawah

1.Timbangan warna itu sendiri
2.Bagaimana nak pahamkan formula warna
3.Bagaimana nak carik warna untuk tempahan uniform berdasarkan kepada sampel warna yang diberi oleh pelanggan
4.Bagaimana nak calculate jumlah formula warna yang nak dibancuh kepada jumlah bilangan tempahan uniform
5.Bagaimana nak pelajari sifat2 kain dalam mewarna(lain jenis kain lain sifatnya)
6.Bagaimana nak kenal warna2 asas
7.Apakah itu warna romantik
8.Apakah itu warna bumi
9.Apakah itu warna family
10.Apakah itu warna complimentary
11.Apakah itu warna kontras
12.Apakah itu warna pastel
13.Apakah itu warna medium
14.Apakah itu fusion
15.Apakah yang dimaksudkan dengan fusion yang sempurna
16.Apakah itu belak
17.Bagaimana belak itu terjadi
18.Bagaimana untuk mengatasi masalah belak
19.Teknik langgar
20.Teknik overlay
21.Teknik rainbow
22.Teknik belak


Dan banyak lagi.Dalam warna,ianya satu aspek tanpa sempadan.Setiap hari adalah hari baru aku walaupun dah 8 tahun dalam industri ini.Bukan senang untuk master dalam warna.Kena kerja keras jika anda mahu kepuasan yang tinggi untuk diri anda.Anda boleh menilai tahap anda sejauh mana anda master dalam warna.Aku mula diberi kepercayaan pada masa itu untuk handle warna.Kira leader la kalau dalam kilang.Bukan senang nak jadi leader ni.Tekanan kerja yang teramat sangat tetapi aku cukup profesional dalam hal ini.Dan bermulalah era tangan,kaki dan kuku kotor.Itu seni namanya.

Lama juga aku dalam warna.Lepas itu aku berani pula dalam canting.Dalam batik,hierarki canting duduk dalam kedudukan yang paling tinggi.Warna kedua.Bagaimana aku belajar canting?Mudah saja.Tiada seorangpun super senior yang mengajar aku dimana konsep berenang sendiri diamalkan pada masa itu.Banyak kebaikannya.Aku cuma berpandukan kepada helaian2 menshirt repair untuk aku belajar canting.Selepas itu, aku sedikit demi sedikit mahir dan mahir.Alhamdulillah sehingga sekarang.Aku bangga kerana aku di posisi sekarang.

Kerana minat dan iltizam aku beranikan jua diri aku berkecimpung seterusnya mencari sesuap nasi dalam bidang ini sehingga kini .Aku berani ngomong di sini tidak ramai terutamanya para graduan kita yang mahu melibatkan diri dalam bidang ini secara serius memandangkan bidang ini dipandang sepi dan sengaja tutup kedua-dua belah mata kerana prospek masa depan yang tidak begitu cerah.

Kini aku mampu berdiri sendiri.

Susah senang aku tempuhi jua walaubagaimana cara sekalipun.

Titik.
Related Posts with Thumbnails