Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku doakan kalian semua sihat sejahtera serta diberkati oleh Allah SWT hendaknya.Amin.
Bila ditanya akan sekalian rakyat Malaysia di luar sana,ramai yang mengatakan batik mahal.Ada yang bagi answer bukan tak nak beli batik tapi mahal.Jawapan menyedapkan hati atau anda memang takder duit nak beli atau tak minat langsung pada batik(mungkin anda bukan jiwa Malaysia agaknya) atau saja jer nak carik yang murah atau cukup syarat jer janji ada baju batik,whatever atau atau dan atau.Dan ramai yang mengatakan baik beli yang murah jer,beli kat shopping complex jer yang pakai brand terkemuka seperti Durban dsbnya.Huh!Kecewa aku dengan species rakyat Malaysia yang satu ni.Baju-baju batik yang ada di shopping2 complex tu sebenarnya adalah bukan batik.Its momok.Print.Pulaukan!Belilah batik Malaysia.
Batik mempunyai pelbagai jenis kain antaranya ialah Crepe Satin,Silk Jacquard,Cotton Poplin,Fuji,Rayon Silk,Sifon,Satin dan pelbagai lagi.Umum yang biasa anda lihat yang dipakai pak2 menteri,datin2 di akhbar,majalah,tv dan lain2 alternatif media adalah daripada jenis Silk Jacquard,Sifon mahupun Satin.Yang biasa berada di kedai2 tailor adalah Silk Jacquard dan harganya mahal kerana para pembatik membeli kain dengan harga yang mahal.Satu meter kain Silk Jacquard sekarang mencecah RM20 plus2.Ditambah pula kami perlu menjual kain kami dengan harga yang kompetitif dengan keadaan semasa dan beberapa aspek perlu diambil kira seperti kos harian,kos warna,kos kain per meter dan banyak lagi.Even di Kelantan dan Terengganu pun mula naik harganya.Itu belum termasuk harga warna(antara yang utama dalam pembikinan batik) terutamanya yang meningkat mendadak.Bagi mereka yang tak biasa menempah baju Menshirt ngan tailor,anda jangan terkejut kalau harganya mencecah RM250-RM380 sehelai.Malah harga untuk Pareo set untuk wanita boleh mencecah RM600-RM800 untuk satu set.Inilah harga untuk menghargai seni kami ini.
Bila anda memilih ataupun membeli Menshirt ataupun lain2nya silalah lihat akan kesenian yang kami tonjolkan.Lihatlah the colours,the tonings,the plays,the designs and its everywhere.Ada design yang memerlukan ketelitian in cantings begitu juga dengan warna.Fusion toning(background yang mempunyai satu warna antara satu warna yang lain) misalnya.Kami berhempas pulas menghasikan fusion yang sempurna.Inilah harga susah payah kami semata2 mahu hasilkan yang terbaik untuk anda.
Anda tidak tahu kaki,tangan kami kotor dengan warna hingga ke kuku jari dan kaki.Baju kami dibasahi warna segala.Kami bukan jenis kerja yang pakai tali leher atau kerja2 pejabat.Kami kerja bermandikan peluh segala dan itulah harga kami sebenarnya.
Jika anda mahu batik dengan harga yang murah anda boleh memilih jenis kain seperti Cotton Poplin,Fuji,Rayon dan banyak lagi.Harganya berpatutan.
Kami bukan suka2 bila buat batik.Kami serius.
Seronok bila Tun Dr.Mahathir pakai batik yang aku dan rakan2 aku buat dulu dan ramai VVIP yang wear our batik.
Bangga.
Full.
Stop.