Monday, December 8, 2008

16 Mei 2007,Bukit Begunan di Sri Aman

'Boleh kah isik ooo sampei Miri pakei kereta oooo...,'kataku kepada hatiku.

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku mendoakan kalian semua sihat sejahtera hendaknya dan senantiasa diberkati oleh Allah SWT.Amin.

Sambungan kepada entry aku semalam.

Sudah setahun lebih peristiwa hitam ini berlalu.Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran aku kepadaMu yang sekali lagi memberi peluang kepada hambaMu untuk hidup di muka bumi yang fana ini.

Sekali lagi dialog kekal dalam dialek Melayu Sarawak bagi mengekalkan keaslian cerita ini.

Seperti tahun2 yang lalu,adalah menjadi kemestian bagi aku dan adik aku untuk balik Sarawak bercuti menziarahi abah dan mak.Selalunya dua tahun sekali di pertengahan tahun dan wajib pada Aidilfitri.Tahun lepas aku agak excited untuk balik kerana kitorang plan nak pegi Miri menggunakan jalan darat.Dari Serian ke Miri akan mengambil masa 7 jam plus2.And inilah the first time ever dalam hidup aku dan keluarga aku guna jalan darat bagi jarak perjalanan yang jauh.

Selepas subuh,abah siap baca doa sebelum masuk dalam kereta.

'Abah,kitak dudok di depan,'ujarku.

'....sikhal,abah ngan mak dudok di belakang.,'balas abah.

Semua dah sedia maka bertolaklah kami menuju ke detinasi.Hujan renyai2 menyambut kami di sepanjang jalan.Cuma ada satu dua kereta sahaja yang lalu sepanjang perjalanan kami.

Fikiran aku dibuai seketika.

Sampai ke satu selekoh tajam,kereta yang dipandu adik aku kemudian menuruni bukit dengan laju.Dari atas bukit aku dapat lihat dengan jelas sebuah lori yang sudahpun berada dibawah kaki bukit.

'Lori tok berenti kah.?'bentak hatiku.

Kereta terus menuruni bukit dengan laju ditambah pula dengan jalan yang licin.

'BREK,BREK......BREK....!,'kata aku.

'Erwan..........!Allahu Akbar,Allahu Akbar,'jerit mak.

Pada saat ketika kereta aku nak menghampiri belakang lori tu,aku dah siap mengucap banyak2.
Aku reda kalau ajal aku dah sampai.

DUSH!!!

Serentak dengan itu cermin kereta depan pecah bersepai bertukar menjadi serbuk halus.Muka aku dan adik aku dipenuhi kaca yang lekat seterusnya darah tak henti2 keluar macam air paip.

Kereta mencium belakang lori 18 tayar kalau aku tak silap yang membawa muatan batu bata.Masuk kedalam bahagian belakang lori dan kembali ke luar sedikit.

Kereta dah jammed.Tak boleh bukak kiri dan kanan.Aku segera mencari handset aku,meminta bantuan.

'Assalammualaikum Ngah,kamek tok,eksiden di jalan on the way ke Sri Aman tok.,'kataku memaklumkan kepada Ngah Mat.

'Ok,ok..kitak tunggu di siya kejap lagik kamek urang sampei siya.,'ujar Ngah Mat.

Aku cuba tendang pintu tapi tak dapat.Tak lama lepas tu ada sebuah van dari arah Sri Aman berhenti memberi bantuan.

Sungguh baik pemuda Iban ini.Lupa nak mintak phone number dia.Dialah yang membantu kami sekeluarga dari awal hingga akhir.Sehinggalah Ngah Mat sampai ke tempat kejadian.Jasa pemuda Iban ini tidak dapat kami sekeluarga balas,sungguh tinggi nilainya.

Ibuku kesejukan menggeletar.Abahku pula diam kaku membisu,tergamam sambil memicit-micit mukanya yang lebam.Muka aku dan adik aku penuh dengan darah.

Selepas tu,polis pun datang beserta dengan toll car.On the way to Hospital Sri Aman,Ngah Mat follow dari belakang then fetch kitorang.Terus ke hospital,buat immediate rawatan ringan,buang serbuk2 kaca yang lekat di muka.Then,buat laporan polis nearby.

Lepas tu,balik ke Serian kembali.Hampir lewat petang sampai kembali ke rumah.Tak lama lepas tu berduyun-duyun jiran tetangga datang ke rumah melakukan ziarah.

Sekali lagi,aku hampir menemui ajal.Terima kasih sekali lagi kepadaMu Ya Allah,Yang Maha Berkuasa yang telah memberikanku peluang sekali lagi untuk berkelana di dunia yang fana ini.

Sekarang,bila aku melihat berita mengenai kemalangan maut di kaca televisi,aku secara terus ada connection dengan si mati.Aku jadik semacam.

Thanks to Ngah Mat,Ngah Senah and Eman yang datang membantu kami pada ketika itu.Semoga Allah SWT memberi pahala yang tidak terhingga kepada Ngah Mat sekeluarga di atas pertolongan mereka itu.Amin.

Aku tak ingat tak lama sebelum atau selepas kitorang eksiden,ada kemalangan maut juga berlaku di kawasan yang sama.Bukit Begunan is the one of the most jalan maut di Sarawak.

'Nasib bait kitak urang selamat bah,biasa mun eksiden di siya nang gol bah.,'kata salah seorang 'dresa' di Hospital Sri Aman yang merawat aku.

Aku still lucky for the second time.

Noktah.


Related Posts with Thumbnails