Sunday, December 7, 2008

Ajal

Sepanjang riwayat 29 tahun hidup aku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini aku telah dua kali melalui situasi ajal datang menjemput aku.

Salah-satunya ini.

Masih segar di benak fikiran aku sehingga sekarang dan kadang2 a bit menghantui aku.

Kali pertama ajal datang menjemput aku ialah masa aku di Tingkatan 2.memang betul tingkatan 2 masih remaja lagi.Aku bersama dengan Man,Ijan,Boy(aku tak ingat adik aku ada sekali ke tak masa tu) merancang untuk mandi sekaligus berenang di pengkalan sungai kampung kitorang.Petang waktu itu.Dialog kekal dalam dialek Melayu Sarawak bagi menjaga keaslian cerita ini.

'Jom kita berenang,mandik sekali,aiek pasang di kalan ya.,'cadang Man kepada aku,Boy dan Ijan.

'Jom,on jak,'Boy dan Ijan serentak.

'Berenang,mandik?,aku nea pandei berenang,'balas aku balik.

'Sik hal,kelak aku nyaga ko,senang jak bah berenang ya.Mun ko lemas kelak aku ngambik ko ,'semangat betul Man ni memberikan keyakinan kepada aku.

Lama juga aku mikir.

Akhirnya.

'Ok,set,'jawab aku tanda setuju.

Maka berjalanlah kami menuju ke pengkalan kampung.Ternyata air sungai sedang mendadak naik dan pasang.Man,Boy dan Ijan seronok.Aku pula bisu kaku.Tebing pengkalan sudah dilimpahi air sungai pasang.Sedang elok jer aku berjalan,berjalan,berjalan dan....

GLUUUUUURPPPP!

Alamak,diri aku sudah terbenam ke dalam sungai akibat tidak ketahuan hujung tebing pengkalan tu.banyak sudah air sungai aku telan.Tenggelam timbul,tenggelam timbul.

Aku dapat rasakan yang aku sudah mula jauh dari pengkalan dibawa arus sungai yang pasang.Deras.

Kali keempat aku aku timbul dan akhirnya tangan aku dapat dicapai oleh Bang Awi,pak tambang yang kebetulan duduk di situ dengan rakannya.Disangkanya aku pandai berenang,sebab itu dia lambat respon.Melihatkan aku yang macam nak lemas,maka sepantas kilat Bang Awi datang menerkam aku.Aku dapat lihat dia menerpa ke arah aku.

Alhamdulillah,selamat.Hampir mati lemas.

Sebaik jer aku dinaikkan ke tebing,aku terus meluru berlari balik ke rumah.

Samnil berlari macam Watson Nyambek,aku dapat melihat Boy,Ijan dan Man mulut ternganga melopong kaku melihatkan aku.

Abah dan Mak aku baru balik dari pasar.Mereka berdua terkejut dengan berita aku lemas.Apa lagi sesi bersyarah lah kedua2 mereka.

Maka satu kampung kecoh aku lemas.

Aku hampir lemas dan selamat kerana ketentuanNya.

Terima kasih kepadaMU,Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk berkelana di muka bumiMu ini.

Aku mendoakan kalian sihat sejahtera hendaknya langsung diberkati oleh Allah SWT selalu lebih2 lagi dengan sambutan Hari Raya Aidiadha pada hari ini.

Noktah.
Related Posts with Thumbnails