Saturday, December 27, 2008

Awal Muharam 1430 Hijrah

Aku ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada semua mereka yang beragama Islam di seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya pada 29 Disember 2008,Isnin ini.Im working on this day.
Semoga impian,usaha,azam,harapan,matlamat dan doa anda dimakbulkan oleh Allah SWT.Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita dengan lebih baik lagi.Sekurang-kurangnya kita cuba untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.Aku mendoakan kalian semua sukses segala dalam apa yang dihajati sepanjang 1430 Hijrah ini seterusnya dikurniakan kesihatan yang baik senantiasa.Amin.Apa jua yang buruk sepanjang entry blog aku ini adalah datang dari aku sendiri.Aku akui aku hamba Allah yang lemah lagi perlukan pedoman semua.Yang baik datang dari Allah SWT.Kehidupan perlu diteruskan walau apa jua yang terjadi.

Takbir!

Allahu Akbar.


Related Posts with Thumbnails