Friday, December 12, 2008

Piala Seri Endon 2008 on Astro Ria

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Moga-moga anda sekalian sihat selalu.Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.Amin.

Aku cuma ingin memberitahu kalian semua pada Ahad ini,14 Disember 2008 jam 5 petang di saluran ASTRO Ria,104 akan membawakan kepada anda rangkuman acara glamour Grand Final Piala Seri Endon 2008 yang diadakan pada 23 November 2008 yang lalu bertempat di Dewan Merdeka,PWTC,KL.

Dont forget to watch the outstanding,glamourous and glitters of the most Malaysian Batik showcase Grand Finale Piala Seri Endon 2008(Batik Fashion Design Category) on Sunday,14 December 2008,1700hrs only at ASTRO RIA,channel 104.

Pereka fesyen tersohor,Datuk Tom Abang Saufi(urang Serawak tok bah) adalah salah seorang juri pada hari tersebut yang turut dihadiri Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah disamping Menteri KeKKWA,Datuk Seri Shafiee Hj.Apdal.

Tatapilah bakat-bakat muda tempatan yang mempamerkan hasil kreatif rekaan fesyen batik.Sokonglah industri batik Malaysia.Aku amat menghargainya.

Batik Malaysia kepada Dunia.Malaysian batik to the World.

Noktah.

Monday, December 8, 2008

16 Mei 2007,Bukit Begunan di Sri Aman

'Boleh kah isik ooo sampei Miri pakei kereta oooo...,'kataku kepada hatiku.

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku mendoakan kalian semua sihat sejahtera hendaknya dan senantiasa diberkati oleh Allah SWT.Amin.

Sambungan kepada entry aku semalam.

Sudah setahun lebih peristiwa hitam ini berlalu.Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran aku kepadaMu yang sekali lagi memberi peluang kepada hambaMu untuk hidup di muka bumi yang fana ini.

Sekali lagi dialog kekal dalam dialek Melayu Sarawak bagi mengekalkan keaslian cerita ini.

Seperti tahun2 yang lalu,adalah menjadi kemestian bagi aku dan adik aku untuk balik Sarawak bercuti menziarahi abah dan mak.Selalunya dua tahun sekali di pertengahan tahun dan wajib pada Aidilfitri.Tahun lepas aku agak excited untuk balik kerana kitorang plan nak pegi Miri menggunakan jalan darat.Dari Serian ke Miri akan mengambil masa 7 jam plus2.And inilah the first time ever dalam hidup aku dan keluarga aku guna jalan darat bagi jarak perjalanan yang jauh.

Selepas subuh,abah siap baca doa sebelum masuk dalam kereta.

'Abah,kitak dudok di depan,'ujarku.

'....sikhal,abah ngan mak dudok di belakang.,'balas abah.

Semua dah sedia maka bertolaklah kami menuju ke detinasi.Hujan renyai2 menyambut kami di sepanjang jalan.Cuma ada satu dua kereta sahaja yang lalu sepanjang perjalanan kami.

Fikiran aku dibuai seketika.

Sampai ke satu selekoh tajam,kereta yang dipandu adik aku kemudian menuruni bukit dengan laju.Dari atas bukit aku dapat lihat dengan jelas sebuah lori yang sudahpun berada dibawah kaki bukit.

'Lori tok berenti kah.?'bentak hatiku.

Kereta terus menuruni bukit dengan laju ditambah pula dengan jalan yang licin.

'BREK,BREK......BREK....!,'kata aku.

'Erwan..........!Allahu Akbar,Allahu Akbar,'jerit mak.

Pada saat ketika kereta aku nak menghampiri belakang lori tu,aku dah siap mengucap banyak2.
Aku reda kalau ajal aku dah sampai.

DUSH!!!

Serentak dengan itu cermin kereta depan pecah bersepai bertukar menjadi serbuk halus.Muka aku dan adik aku dipenuhi kaca yang lekat seterusnya darah tak henti2 keluar macam air paip.

Kereta mencium belakang lori 18 tayar kalau aku tak silap yang membawa muatan batu bata.Masuk kedalam bahagian belakang lori dan kembali ke luar sedikit.

Kereta dah jammed.Tak boleh bukak kiri dan kanan.Aku segera mencari handset aku,meminta bantuan.

'Assalammualaikum Ngah,kamek tok,eksiden di jalan on the way ke Sri Aman tok.,'kataku memaklumkan kepada Ngah Mat.

'Ok,ok..kitak tunggu di siya kejap lagik kamek urang sampei siya.,'ujar Ngah Mat.

Aku cuba tendang pintu tapi tak dapat.Tak lama lepas tu ada sebuah van dari arah Sri Aman berhenti memberi bantuan.

Sungguh baik pemuda Iban ini.Lupa nak mintak phone number dia.Dialah yang membantu kami sekeluarga dari awal hingga akhir.Sehinggalah Ngah Mat sampai ke tempat kejadian.Jasa pemuda Iban ini tidak dapat kami sekeluarga balas,sungguh tinggi nilainya.

Ibuku kesejukan menggeletar.Abahku pula diam kaku membisu,tergamam sambil memicit-micit mukanya yang lebam.Muka aku dan adik aku penuh dengan darah.

Selepas tu,polis pun datang beserta dengan toll car.On the way to Hospital Sri Aman,Ngah Mat follow dari belakang then fetch kitorang.Terus ke hospital,buat immediate rawatan ringan,buang serbuk2 kaca yang lekat di muka.Then,buat laporan polis nearby.

Lepas tu,balik ke Serian kembali.Hampir lewat petang sampai kembali ke rumah.Tak lama lepas tu berduyun-duyun jiran tetangga datang ke rumah melakukan ziarah.

Sekali lagi,aku hampir menemui ajal.Terima kasih sekali lagi kepadaMu Ya Allah,Yang Maha Berkuasa yang telah memberikanku peluang sekali lagi untuk berkelana di dunia yang fana ini.

Sekarang,bila aku melihat berita mengenai kemalangan maut di kaca televisi,aku secara terus ada connection dengan si mati.Aku jadik semacam.

Thanks to Ngah Mat,Ngah Senah and Eman yang datang membantu kami pada ketika itu.Semoga Allah SWT memberi pahala yang tidak terhingga kepada Ngah Mat sekeluarga di atas pertolongan mereka itu.Amin.

Aku tak ingat tak lama sebelum atau selepas kitorang eksiden,ada kemalangan maut juga berlaku di kawasan yang sama.Bukit Begunan is the one of the most jalan maut di Sarawak.

'Nasib bait kitak urang selamat bah,biasa mun eksiden di siya nang gol bah.,'kata salah seorang 'dresa' di Hospital Sri Aman yang merawat aku.

Aku still lucky for the second time.

Noktah.


Sunday, December 7, 2008

Ajal

Sepanjang riwayat 29 tahun hidup aku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini aku telah dua kali melalui situasi ajal datang menjemput aku.

Salah-satunya ini.

Masih segar di benak fikiran aku sehingga sekarang dan kadang2 a bit menghantui aku.

Kali pertama ajal datang menjemput aku ialah masa aku di Tingkatan 2.memang betul tingkatan 2 masih remaja lagi.Aku bersama dengan Man,Ijan,Boy(aku tak ingat adik aku ada sekali ke tak masa tu) merancang untuk mandi sekaligus berenang di pengkalan sungai kampung kitorang.Petang waktu itu.Dialog kekal dalam dialek Melayu Sarawak bagi menjaga keaslian cerita ini.

'Jom kita berenang,mandik sekali,aiek pasang di kalan ya.,'cadang Man kepada aku,Boy dan Ijan.

'Jom,on jak,'Boy dan Ijan serentak.

'Berenang,mandik?,aku nea pandei berenang,'balas aku balik.

'Sik hal,kelak aku nyaga ko,senang jak bah berenang ya.Mun ko lemas kelak aku ngambik ko ,'semangat betul Man ni memberikan keyakinan kepada aku.

Lama juga aku mikir.

Akhirnya.

'Ok,set,'jawab aku tanda setuju.

Maka berjalanlah kami menuju ke pengkalan kampung.Ternyata air sungai sedang mendadak naik dan pasang.Man,Boy dan Ijan seronok.Aku pula bisu kaku.Tebing pengkalan sudah dilimpahi air sungai pasang.Sedang elok jer aku berjalan,berjalan,berjalan dan....

GLUUUUUURPPPP!

Alamak,diri aku sudah terbenam ke dalam sungai akibat tidak ketahuan hujung tebing pengkalan tu.banyak sudah air sungai aku telan.Tenggelam timbul,tenggelam timbul.

Aku dapat rasakan yang aku sudah mula jauh dari pengkalan dibawa arus sungai yang pasang.Deras.

Kali keempat aku aku timbul dan akhirnya tangan aku dapat dicapai oleh Bang Awi,pak tambang yang kebetulan duduk di situ dengan rakannya.Disangkanya aku pandai berenang,sebab itu dia lambat respon.Melihatkan aku yang macam nak lemas,maka sepantas kilat Bang Awi datang menerkam aku.Aku dapat lihat dia menerpa ke arah aku.

Alhamdulillah,selamat.Hampir mati lemas.

Sebaik jer aku dinaikkan ke tebing,aku terus meluru berlari balik ke rumah.

Samnil berlari macam Watson Nyambek,aku dapat melihat Boy,Ijan dan Man mulut ternganga melopong kaku melihatkan aku.

Abah dan Mak aku baru balik dari pasar.Mereka berdua terkejut dengan berita aku lemas.Apa lagi sesi bersyarah lah kedua2 mereka.

Maka satu kampung kecoh aku lemas.

Aku hampir lemas dan selamat kerana ketentuanNya.

Terima kasih kepadaMU,Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk berkelana di muka bumiMu ini.

Aku mendoakan kalian sihat sejahtera hendaknya langsung diberkati oleh Allah SWT selalu lebih2 lagi dengan sambutan Hari Raya Aidiadha pada hari ini.

Noktah.

Friday, December 5, 2008

Salam Aidiladha 1429H

Salam Aidiladha 1429H kepada
ayah serta bondaku yang berada di Serian,Sarawak dan adik aku, Erwan
seterusnya keluarga Ngah aku di Miri
diikuti Eman,Emi,Looquee,Dafi,Koden,Pidos,Nonot,Ayu,Paiz,Adri,Ein,Cece,Koko,Titi
rakan2 tip top YM dan blog seperti Z.Nikli,Dalf,Irwan,Stabuxguy,Ima,Nani,
Anas Aiman,Garbina,
the one and only,Jime Jojes,Rain Ren and Ice Kacang.
Rakan-rakan sekerja aku,Sir Suleiman,Ika,Eja,Zila,Indro,Faiz serta last but not least my boss and my big boss.
Sahabat-sahabat mantan Khadani,Sir Yuslan dan family,Sir Helmi and family,
Sir Fahmi,Fiza di Kelantan,Siti Salmeah di Penang,Along di Kedah,
Shidah di Miri,Kak Ida,Kak Mai,Kak Timah,Jai,Khairul bai serta isteri Kak Ani,Linda,Diana,Nazirah,Saadiah,Rozi,Juwita,Zuhdi dan banyak lagi.
Sesungguhnya kita beruntung kerana merayakan Aidiladha dengan
suasana aman dan bahagia.Ingatlah pada mereka yang asnaf.Jangan dilupakan.
Alllahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilham.

Monday, December 1, 2008

Selamat Datang ke Malaysia,Mr.Clinton



ASIAN STRATEGIC AND LEADERSHIP INSTITUTE(ASLI)
in conjunction of
The Inaugural Sekhar Memorial Lecture
with the Honorable President William J.Clinton
5 December 2008,Friday,1400hrs-1930hrs
Level 1,Kuala Lumpur Convention Centre,KL,Malaysia

*restricted for invited guest only


A few days ago aku dapat email from the host invite me to attend this once in a lifetime session with former US President,William J.Clinton or nama glamer, Bill Clinton.Memang tak akan aku lepaskan peluang keemasan ini untuk tengok secara LIVE! muka Bill Clinton ini.Im among the lucky one.Jangan maraaah.Asyik tengok dia kat CNN jer.Well,datang jugak one of the most powerful man in the world to Kuala Lumpur,Malaysia.Susah betul untuk diorang ni nak jejak Malaysia.Im very very sure such issues like economy,politics of course the new American era of Mr.Obama,war,oil etc will be among the hot lecture by him.So, aku expect after the session banyak question akan diajukan kepada dia.

Dalam surat jemputan tu aku dinasihatkan untuk membawa I.C sekali untuk double verification kerana kawalan ketat daripada US Secret Agent.Mesti satu stadium US Secret Agent ni berkawal kat KLCC nanti.Well,u know lah.Wah,macam cerita Men in the Black la pulak.Okies,saya yang menurut perintah.So,aku imagine mesti ketat gila kawalan security that day.

Welcome to Malaysia Mr.Clinton.

Peace No War.Criminalised War. Say No to Israel.Free Palestine.

Full Stops.






Saturday, November 29, 2008

Walimatul Urus

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera selalu dan diberkati oleh Allah SWT senantiasa.Amin.

Balik jer kerja,aku terus amik penyapu,mop dan baldi.Aku buat operasi cuci bilik.Operasi?Bunyi nyer macam 10 tahun tak bersihkan biliks.Takkk..aku cuci and kemas bilik sebulan 2 kali.paling malas pun sebulan sekali.Wajib.Tengah aku feel cuci bilik aku,Zuhdi tepon.Iye tak iyer,aku hampir terlupa.Ada meet ngan Zuhdi dan Juwita today.Zuhdi dah ada kat depan rumah.Aku kemaskan bilik aku dulu then ajak Zuhdi dan Juwita lepak kat mamaks.

Z.Nikli hantar mesej,have a nice weekend kat aku tadi.tersenyum aku buat seketika.One of my best buddy kat YM.Thank you mate.
Bahagian belakang kad

Bahagian opening kad

Nama aku tertera kat kad tu
Lama jugak tak jumpa Zuhdi dan Juwita ni.Berbulan-bulan gak.Datang untuk memaklumkan secara rasmi diorang berdua nak mendirikan masjid.Alhamdulillah dan tahniah.Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.Amin.Aku cukup tertarik dengan kad jemputan diorang ni,Zuhdi buat sendiri.Gud touch.Tarikh kenduri ni on Chinese New Year,Januari nanti kat Pahang..Aku dah chup date ni in my schedule.Wuhuuu,makan nasik minyak.Nyam,nyam,nyam.
Okies.kita jumper di lain bicara.
Noktah.
Have a nice weekend.


Monday, November 24, 2008

Berakhirnya Piala Seri Endon 2008

Chendering Team,2008 Piala Seri Endon winners

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku doakan kalian Sihat sejahtera hendaknya selalu dan diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.
Semalam,aku menghadiri final Piala Seri Endon bertempat di Dewan Merdeka,PWTC,KL.12 peserta dan kumpulan layak ke final semalam.Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah serta Menteri Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia,Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal dan isteri selain tetamu2 jemputan yang lain.Ning Baizura tutur menyampaikan beberapa buah lagu semalam.Pereka fesyen tersohor,Datuk Tom Abang Saufi antara yang diundang menjadi juri pada final tersebut.
Aku hadir bersama Bang Man.Acara yang penuh gilang-gemilang ini yang menampilkan kreativiti anak2 muda yang cintakan batik Malaysia.Bukan sahaja Melayu tetapi anak2 muda Cina turut sama mengambil bahagian.Tidak ada badan atau organisasi yang hendak menonjolkan batik sebagai identiti Malaysia selain Yayasan Budi Penyayang.Aku tabik spring kepada Yayasan Budi Penyayang di atas kesungguhan dan iltizam yang luar biasa dalam mengetengahkan batik Malaysia kepada rakyat Malaysia.Sebahagian rakyat Malaysia yang dulu buta batik kini sedar akan kewujudan batik Malaysia ini.Mereka ini tidak buta lagi.Aku haraplah.
Dengar cerita tahun depan,2009 Piala Seri Endon akan dijayakan oleh Kementerian Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan sepenuhnya..Aku berharap pihak Kementerian tidak mempolitikkan Piala Seri Endon ini.Mintalah panduan Yayasan Budi Penyayang yang telah lama menganjurkannya sejak 2003 lagi.Piala Seri Endon bukan untuk up kan golongan yang tertentu sahaja.Jangan politikkan Piala Seri Endon.Piala Seri Endon adalah satu pertandingan untuk menyerlahkan keupayaan individu atau kumpulan dalam batik Malaysia.Banyak yang perlu dipelajari oleh pihak Kementerian daripada Yayasan Budi Penyayang jika mahu menganjurkannya bersungguh-sungguh.Bukan mudah untuk menganjurkannya seperti Yayasan Budi Penyayang.Yayasan Budi Penyayang adalah juara dalam memartabatkan batik Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Chendering(Dancing Guppy) yang membolot wang tunai RM30,000 diikuti tempat kedua,Slash Saiful Hassan(Illusive) dengan RM10,000 dan tempat ketiga Hayden Koh Chean Peng dan Chloe Ng Huei Teng(Arusha) dengan RM5,000.
Martabatkan batik Malaysia tanpa was-was.
Jumpa lagi di 2009 Kuala Lumpur International Batik Convention and Exhibition dan Piala Seri Endon 2009.
Noktah.

Wednesday, November 19, 2008

The Piala Seri Endon

Lucas & Zoe,Winners Piala Seri Endon 2007(Batik Fashion Design categories)

An annual Batik Fashion Design Competition named after our late patron,Datin Paduka Seri Endon Mahmoud.



The Ethos
Named after the late Datin Paduka Eri Endon Mahmoud,the Piala Seri Endon was conceived to discover and to provide a platform to support,recognition and encouragement of Malaysia's over 18 years of age and is part of the Malaysia Batik-Crafted Fir the World movement which was launched by Datin Paduka Seri Endon in 2003.



Competition Categories
In 2003,there was just one category to this competition-that of Fashion.Soft Furnishing was added in 2004.The Handicraft category was added in 2005.Expansion in categories has been in line with the movements aim to broaden the base of products to which batik can be applied in the belief that diversification in the use of batik can only add to higher sales of batik yardage overall.


Of the categories,Fashion has been the most popular with participants and is certainly the one that garners the most entries.Soft Furnishing receives the least entries,possibly because of the yardage required to make the items,which would mean considerably more work and possibly expense.While handicraft might be perceived as an easier category to join,the judges have generally found the entries not of a high standard.In the first year,the first prize was not awarded.In 2006,the standard was raised somewhat.But in 2007,out of 25 entries,only six qualified for Round 2.



The Trophy
The intricate design of the trophy represents a hand block-which is used in the making of Batik.made of exotic timber and highly polished pewter,the trophy is 18 inches(approximately 460mm) high and 6.5kg in weight.The origiinal Challenge Trophy is kept by the Organiser for use in this annual event.Names of winners of the trophy are engraved on plaques on the back of the trophy.Winners are given a smaller replica weighing 2kg,while consolation prize winners receive a 1.5kg replica.


Royal Selangor,a Malaysian pewter brand with retail outlets world wide,has donated all the trophies since 2003.



Monetary Prizes
Prize money for each categories is as follows:
*First Prize,RM30,000
*Second Prize,RM10,000
*Third Prize,RM5,000

There are also five consolation prizes of RM1,000 each.

Total prize money for all categories is therefore RM150,000.
Support Malaysian batik industry.
I thank you.
Appreciate very much.






























Glamourous

























6th Islamic Fashion Festival
24-27 November 2008
Mayang Sari Ballroom,JW Marriot Hotel,Kuala Lumpur,Malaysia

featuring

*Datuk Tom Abang Saufi
*Datuk Bernard Chandran
*Jovian Mandagie
*Michael Ong
*Melinda Looi
*Albert King
*Kem Kapas
*Khadani
*Sri Munawarah
*ETRO
*Aktif Bistari
*Jendela Batik
*international designers from Indonesia,Phillipines,India,Pakistan and many more.
*by invitation only








































Tuesday, November 18, 2008

The Finalist Piala Seri Endon 2008

Final,2008 Piala Seri Endon

Batik Fashion Design Category
23 November,Sunday,1430 hrs
Dewan Merdeka,PWTC,KL
Royal Guest,Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah
*by invitation only
__________________________________________________
The Finalist,
1.Kebangkitan Perang by Farell
2.Vase of Party by Missy
3.Pending by Mohd Fitri Zainal Abidin(AF 1)
4.The Force of Nature by Nicole & Ellyn
5.Transformasi Rama-Rama by Pucuk Rebung
6.Dancing Guppy by Chendering Team
7.Inspirasiku Rain Forest-Ayam Hutan by Red Jungle Fowl
8.Owl in the Cage by Fash Chikaz
9.Arusha by Hayden & Chloe
10.Speed of Light by Tan Siok Hoon
11.Illusive by Slash Saiful Hassan
12.Lacey Collage by Ditto
___________________________________________________

Penghargaan

T A H N I A H diucapkan kepada Ika,Ija,Bazilah dan Ina di atas kurniaan

Diploma Seni Kraf Batik

sempena Majlis dan Pesta Konvokesyen ke-7,Institut Kraf Negara yang berlangsung dari 20-23 November 2008.

Aim Higher.

Papan Notis

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Majlis dan Pesta Konvensyen ke-7
Institut Kraf Negara
20-23 November 2008,0900hrs-1800hrs
No.1,KM 20,Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
Rawang,Selangor
************************************************************************
*Orang ramai dijemput hadir.Datang dan sokonglah industri kraf Malaysia.Banyak hasil kraf serta produk pelajar seperti batik,tenun,seramik,logam,kayu dan rotan dijual
sepanjang majlis dan pesta berlangsung.

Friday, November 14, 2008

Papan Notis



*********************************************************************************
SEMI FINAL,PIALA SERI ENDON 2008
Batik Fashion Design Category
15-16 November[Saturday-Sunday]
JUDGING,Cypress Room,One World Hotel,0900hrs-1230hrs
RUNAWAY,Ground Floor,High Street,One Utama,1400hrs-1830hrs
*****************************************************************

Saturday, November 8, 2008

Semi-Final,Piala Seri Endon 2008

Yudisijari-ayuku and Sitha masterpiece,Finalist 2007 Piala Seri Endon
Consolation Prize Winner

Semi-Final Piala Seri Endon 2008,Batik Fashion Design Category
15-16 November 2006,Saturday and Sunday
Judging Fashion-Cypress Room,One World Hotel,0900hrs-1300hrs
Fashion Runaway-Ground Floor,High Street,One Utama,1400-1800hrs
_________________________________________________________


The Semi-finalist
1.Norwahida Nordin,Bumi
2.Shahrimar Leman,Musical Affair
3.Halipah Aziz,Kelicap Sepah Raja Kesumba
4.Farell(Farah Naquiah Zakaria,Ansori Noor,Lailah Mahbob),Kebangkitan Perang
5.Missy(Ivy Wong Kah Ai,Peggie Lim Phei Wen),Vase of Party
6.Mohd.Fitri Zainal Abidin,Pending
7.Blue(Irene Chong Siew Ping,Angela See Chian Hooi),Tsu-nami Effect
8.The Nature(Pakia Lakshmi,Lim Siew Hoi,Ng Zi Bing),The Peong
9.Y&S(Loke Siew San,Tan Sook Yan),Tropical Garden
10.JAP(Ng Pek Cheng,Janice Chai Pi Yue,Lim Li Pien),Green in the Darkness
11.Our Wonderland(Alice Tan Wei Lee,Goh Kah Tian,Chew Wee Sye),My Space My Wonderland
12.Nicole&Ellyn(Ellyn Yeo Sui Yen,Nicole Ting Mee Hui),The Nature of Force
13.BATV(Norhatinni Mohd.Zain,Ho Chooi Peik,Yap E.Loon,Lew Peck Hui),Ancient Course
14.M.L.C(Tamera Tan Mei Hui,Lily Chong Yeat Lai,Crystal Loo Jen Yi),Grow of Hope
15.The Hacker(Tan Bee Yin,Lee Looi Teng,Chow Sook Kuen),The Effection of Virus
16.Pucuk Rebung(Roslan Hussain,Mohd.Yusoff Ibrahim),Transformasi Rama-Rama
17.Elit Purnama(Anita Heong Lee Hoong,Ahmad Hussain Thajudeen,Dareen Goo Say Siong),Eco Fiendly
18.Rahayu Ramdzan,Nature,Tradisi & Urban
19.Chendering Team(Rosnan Abd Ghani,Zalipah Ismail,Fazlee Abd Rahim),Dancing Guppy
20.Red jungle Fowl(Md.Faizul Noorizan,Noor Haza Ramli,Siti Hazriah A.Bakar),Inspirasi Rain Forest-Ayam Hutan
21.Fash Chikaz(Kausar Mohd.Parwaze,Norhafiezah A.Kadir),Owl in the Cage
22.Noor Laili Yahya Ali,Destiny
23.Barongsai(Zahiratul Ahiriah Yahya,Raja Iskandar Shazrin Shah),The Lion Dance
24.Hing Siew Tin,Tressured Expression
25.QC.L(J.Qce Hong Lee Sin,Cherrie Lau Cai Lee),Rhythm
26.Moment(Cherrie Lau Cai Lee,Sheng Yisyn,Gan Kim Teng),Natures Gift
27.Artisthree(Tan Yen Yen,Long Wai Hoe,Leong Wen Yi),Our Graffiti Mind
28.Yap Swee Yee(Prudence),Colourful Living
29.Yong Mei Fong,The Garden
30.Hayden&Chloe(Hayden Koh Chean Peng,Chloe Ng Huei Teng),Arusha
31.Lee Suk Yin,Spiral Revolution
32.Lee Cha Leng,Masquerade
33.Anita Lim,The Courage of Eternity Peace(Eco Idea Recycle Material)
34.Tan Siok Hoon,Speed of Light
35.Blooming Blue(Hamdan Lias,Wan Soliana Wan Mohd Zain),Blooming Blue
36.Sutera Creation(Latifanor Dewi Khalid,Maisur Johari),The Lust of Sensation
37.Slash Saiful Hassan,Illusive
38.Ditto(Lee Yun Peng,Yee Wan Leng),Lacey Collage
39.Jemari Lentoq(Roshidah Hussian,NorShahirah Sahlan),Selingkar Kayangan
40.Norhaslina Ghazali,Cinta West dan Tanahair
41.Yong Choon Siew,Fabulousity of Dancing Lady

______________________________________________________
Good luck to all semi-finalist.
All the best to Shahrimar Leman and Norhaslina Ghazali.
I pray for both of you.
Full Stops.

Monday, November 3, 2008

Selamat Hari Lahir ke 46

Happy 46th Birthday to En.Suleiman Sehan.

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku mendoakan kalian semua sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT senantiasa.

Hari ni aku nak wish Happy 46th Birthday to my rakan sekerja,En.Suleiman Sehan atau lebih dikenali sebagai bang Man.Bang Man nilah rakan sekerja yang paling lama.Suka dan duka dikongsi bersama selama 8 tahun aku kenal dia.

Petang tadi,ada sedikit keraian celebrate besday Bang Man kat tempat kerja.Potong kek lagi.Tak sangka Bang Man dengan suprise yang my boss bagi.

Aku doakan Bang Man sihat sejathera Selalu serta dipanjangkan umur dan murah rezeki.best wishes of u Bang Man seterusnya diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.

Noktah.

Friday, October 17, 2008

Isu Syawal 3,Kaya itu Senang?

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.

Pada 2 Syawal,aku dan keluarga aku beraya di rumah pak sedara aku,Datuk Hj.Anis Hj.Abot.Beliau merupakan bekas Mufti Negeri Sarawak.Aku memang suka mendengar pak sedara aku ini bercakap apa sahaja yang berkaitan dengan percaturan hidup duniawi mahupun ukhrawi.Kali ini permasalahan kaya dan senang.Rupanya kaya dan senang ini ada juga problem nya.

Beliau berkata kita sebagai hamba Allah ini tidak dapat memiliki kedua2nya sekaligus.Itu tamak haloba namanya dan terlalu bahaya.Jika anda mahu hidup anda kaya maka anda tidak akan senang begitu juga jika anda mahu hidup senang maka anda tidak akan jadi kaya.

Apa maknanya hidup kaya?

Hidup kaya,pak sedara aku berkata dikelilingi dengan pelbagai harta dan dilimpahi dengan wang ringgit.Bila kita sudah kaya maka sudah tentu kita mahu jadi kaya lagi dan kaya lagi dan kaya lagi dan begitulah tiada penghujungnya.Ini adalah bahaya.ada juga yang sudah kaya dengan hasil mereka sendiri dengan cara yang baik.Mereka ini amat selesa dengan keadaan mereka.Tidak ada apa yang mahu dirunsingkan.Bisnes baik,semuanya baik belaka.

Hidup senang?

bersyukur dengan seadanya.Sederhana.Cukup makan,cukup minum.Wang belanja untuk anak2 pun ada.gaji dan pendapatan sedia ada mampu menampung hidup sekeluarga,memampung persekolahan anak2 dan jika ada hal2 kecemasan.pendek kata,dapur sentiasa berasap.Juga tiada apa yang mahu dirisaukan.

Apa yang menjadi masalah dalam komuniti melayu adalah bila sudah kaya mahu mencari kesenangan dan bila sudah senang mahu pula mencari kekayaan walhal anda sudah senang,anda sudah kaya dan kedua2nya tiada apa yang mahu dirisaukan lagi.

Anda pula bagaimana?

Mahu kedua2nya?

Kaya.Senang.

Kaya dan Senang.

Noktah.

Thursday, October 16, 2008

Isu Syawal 2,Tua vs Muda

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semiga anda semua sihat sejahtera hendaknya dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.Amin.

Sekembalinya dari bercuti raya,kerja diteruskan macam biasa tapi perlu segera dibereskan.So,lewat balik dari kerja mengekang aku untuk menyusul dengan isu yang kedua.

Aku tak tau kalau situasi ini juga berlaku kepada anda.Kita semua sedia maklum yang kita punya jumalah keluarga yang ramai dan besar.Ada sedara dekat,sedara jauh,sedara bau2 bacang dan sedara2 yang lainnya.Ada sedara aku(sedara bau2 bacang) ni datang beraya ke rumah aku menarik perhatian aku.Isunya anak buah tak nak datang beraya ke rumah mak sedara.Bila time raya,asyik keluarga mak sedara ni yang datang beraya setiap Syawal.Sepatutnya yang muda datang ziarah ke rumah yang lebih tua tapi dah terbalik.Dipendekkan cerita mak sedara aku ni punya kebun buah-buahan yang pelbagai.Bila tiba saja musim buah,maka akan datangla 2,3 bijik kereta ada,lori pun ada datang dengan tujuan hanya untuk mengambil buah-buahan mak sedara mereka.Boleh nak ambik tapi kena la beringat,janganla time musim buah je baru nak nampak muka.Bila time Syawal..muka,batang hidung semua tak nampak.Takkan yang tua datang menyembah yang muda?Mungkin itu agaknya style moden sekarang ni.

Sentiasalah kita yang muda ni beringat selalu.Kita yang muda ni patut ziarah ke rumah sedara kita yang lebih tua dahulu.Jangan dilupakan mereka hatta jarak rumah mereka mengambil masa 10 jam sekalipun kita patut ziarahi mereka.Dah la ziarah ke rumah mereka sekali setahun.Itupun kalau ziarah.

Janganlah kita memberi alasan yang pelbagai.

Kita bukan manusia yang sebegitu.

Kita bukan jenis manusia yang tak sedar diri.

Janganlah kita memilih rumah sedara mana yang kita nak pegi.Sedara miskin kita tak nak pegi,sedara yang berharta,berkereta kita nak pegi.(Sungguh kecewa aku kalau ada jua manusia yang sebegini rupa)

Hendak seribu daya.

Noktah.

Saturday, October 11, 2008

Isu Syawal 1,Mengapa Arnab atau Kambing atau Gajah atau Tenuk Tidak Berkokok?

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.Amin.

Kali ini aku memecah tradisi para bloggers sekalian dengan tidak memaparkan langsung walau satu gambar suasana raya aku kepada para bloggers dan pembaca sekalian.Aku sudah banyak melihat dan ziarah bloggers yang rata2 memaparkan suasana meriah dengan snap shot yang kreatif dan harus dijadikan aktiviti tahunan mereka.Bagus untuk mereka.Sekurang2nya soul aku sampai jugak walaupun aku tak pi beraya ke rumah mereka.

Sepanjang 2 weeks aku beraya di tanah tumpah darah aku,aku mendapati beberapa isu yang timbul semasa hari yang mulia ini.Antara isunya ialah seperti tajuk di atas.Akan ada lagi isu yang aku ingin utarakan selanjutnya,tunggu saja.

Meh,kalau ikut aku,aku ingin letak seberapa banyak haiwan yang tidak boleh berkokok dalam tajuk aku tu but takut sesak plak.jenuh pulak para bloggers dan pembaca sekalian untuk membaca nama haiwan2 ini.Seperti biasa,sudah menjadi undang2 hidup kita untuk menziarahi sanak-saudara kita walau sejauh mana mereka berada.Well,lebih2 lagi rumah yang kita pergi tu kita hanya jejak setahun sekali,iaitu pada hari raya.Mujur jugak ada Syawal,kalau tidak memang kita tak akan jejak rumah tu kan,kan,kan.Maka kita akan merancang rumah sedara mana yang nak kita pi dulu dan sedara mana kita nak pi kendian.Itu tak menjadi masalah.walau perjalanan mengambil masa berjam2 pun kita sanggup pi menziarahi mereka.Kalau nak tahu orang Sarawak ni suka berziarah.

Apa yang menjadi isu Syawal ni adalah soalan2 yang dikemukakan oleh sedara mara kita lebih2 lagi bila kita pi rumah mereka tiap2 tahun mahupun bila ada kenduri kendara,doa selamat or what so ever.Sambil kita menikmati juadah yang enak2,maka bermulalah sesi soal jawab sebagai selingan anatara makan,minum dan perbualan.

-Bila nak kahwin?
-Dah ada calon ker?
-Nak isteri orang Sarawak ke Semenanjung?
-Teringin nak lihat cucu anak Wakiman..
-Umur berapa?ha..dah boleh dah ni?Apa tunggu lagi..
-Lama tak nampak.dah boleh jadik bapak budak dah ni..
-Susah2 sangat ni ada jiran belakang rumah tu yang padan dengan hang[alamak...]
-Tu anak Pak Ngung polis tu ada 3 anak pompuan,boleh aku tolong tanyakan..[Pak Ngung ni hanya nama watak saja,tidak melibatkan yang hidup mahupun yang sudah kembali kepadaNya]
-Maknya,takder bunyi ker?
-Dah boleh sangat dah ni.Ingat lagi masa kecik2,pak ngah ni la yang selalu basuh hang bila hang buang air besar tau...[ye ke,tak tau pulak.hehehe]

Itulah soalan2 yang dapat aku ingat bila aku n bro datang berziarah with my parents.Mengalahkan Mama Juwie.Paparazzi pun kalah.Boleh la diorang keja kat URTV ke,Mangga ke or what so ever.Jawapan balas aku is tunggu Datuk Siti Nurhaliza tu beranak baru aku kahwin.(Org Sarawak kata kahwin maknanya nikah)Hahahahaha..bila diorang balas balik,kalau Datuk Siti tu dah dapat anak,tunggu cucu pulak ek...Hahaha,wakakakaka,pandai2.tak perlu aku bagi jawapan.Adik aku pulak jawab tunggu umo 40 tahun.

Isunya kenapa suka sangat nak bertanya mengenai hal kahwin mahwin ni.Ini soal jodoh.Setiap orang ada taste dia.Aku pun ada taste aku sendiri.kenapa nak disoal soalan yang sama setiap Syawal setiap kali datang berziarah?Tunggu je la kad jemputan.Takdek kad jemputan maknanya belum la ada jodoh nak berkahwin.Ada orang kahwin awal n ada orang pulak kahwin lambat.Kahwin ni bukan perkara senang.Ini soal pasangan hidup sampai ke mati.Anak pulak kita perlu didik dengan cukup dan berilmu erutamanya agama.Pandai mengaji,khatam Quran dan sebagainya.Berdosa kita sebagai ayah dan ibu kalau kita tidak mendidik anak2 kita dengan secukupnya lebih2 lagi kalau anak kita terlibat dalam maksiat dan perkara2 negatif lain.banyak dugaan dan cabaran bila sudah berkahwin.Siapa yang tak nak kahwin.Semua nak.Adakah bila sudah berkahwin maknanya itu adalah kemuncak kepada kehhidupan kita?Adakah belum berkahwin digambarkan sebagai duit belum cukup atau memang takde duit nak kahwin?Inilah isu Syawal yang bertali arus zaman berzaman.

Aku belum pernah lagi bila datang ziarah rumah,ada yang nak menanyakan aku kenapa haiwan2 ini tidak berkokok?Atau kenapa Gajah belalainya panjang,kenapa belalai dia tak macam hidung tenuk?Kenapa Arnab pula tak der sayap?Kan bagus kalau ikan boleh berjalan?Gila ke apa kalau ada orang yang talk pasal benda2 nonsense ni?Ini bukan la nak muak mengedownkan mereka ni tapi aku secara jujurnya memang dah muak untuk menjawabnya.My parents open dengan aku dan adik aku.Time will decide.Bagila isu2 yang lain.Yang segar.Rakyat Malaysia masih ketandusan pemikiran lateral(lateral thinking),berfikir secara kreatif yang diasaskan oleh Dr.Edward de Bono(kalau tak silap aku).Memang pun jawapan dia nampak idiot but kalau tak takder soalan lain baik bagi soalan yang macam ni.

Tepuk Dada Tanya Iman.

Aku serahkan kepada anda untuk menjawabnya.

Aku yakin para bloggers dan pembaca sekalian ada jawapan masing2.Ada yang pro ada yang kontra.Mungkin ada yang kontra banyak,ada yang pro banyak atau atas pagar atau blur atau ..................

Noktah.
Related Posts with Thumbnails