Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.Amin.
Kali ini aku memecah tradisi para bloggers sekalian dengan tidak memaparkan langsung walau satu gambar suasana raya aku kepada para bloggers dan pembaca sekalian.Aku sudah banyak melihat dan ziarah bloggers yang rata2 memaparkan suasana meriah dengan snap shot yang kreatif dan harus dijadikan aktiviti tahunan mereka.Bagus untuk mereka.Sekurang2nya soul aku sampai jugak walaupun aku tak pi beraya ke rumah mereka.
Sepanjang 2 weeks aku beraya di tanah tumpah darah aku,aku mendapati beberapa isu yang timbul semasa hari yang mulia ini.Antara isunya ialah seperti tajuk di atas.Akan ada lagi isu yang aku ingin utarakan selanjutnya,tunggu saja.
Meh,kalau ikut aku,aku ingin letak seberapa banyak haiwan yang tidak boleh berkokok dalam tajuk aku tu but takut sesak plak.jenuh pulak para bloggers dan pembaca sekalian untuk membaca nama haiwan2 ini.Seperti biasa,sudah menjadi undang2 hidup kita untuk menziarahi sanak-saudara kita walau sejauh mana mereka berada.Well,lebih2 lagi rumah yang kita pergi tu kita hanya jejak setahun sekali,iaitu pada hari raya.Mujur jugak ada Syawal,kalau tidak memang kita tak akan jejak rumah tu kan,kan,kan.Maka kita akan merancang rumah sedara mana yang nak kita pi dulu dan sedara mana kita nak pi kendian.Itu tak menjadi masalah.walau perjalanan mengambil masa berjam2 pun kita sanggup pi menziarahi mereka.Kalau nak tahu orang Sarawak ni suka berziarah.
Apa yang menjadi isu Syawal ni adalah soalan2 yang dikemukakan oleh sedara mara kita lebih2 lagi bila kita pi rumah mereka tiap2 tahun mahupun bila ada kenduri kendara,doa selamat or what so ever.Sambil kita menikmati juadah yang enak2,maka bermulalah sesi soal jawab sebagai selingan anatara makan,minum dan perbualan.
-Bila nak kahwin?
-Dah ada calon ker?
-Nak isteri orang Sarawak ke Semenanjung?
-Teringin nak lihat cucu anak Wakiman..
-Umur berapa?ha..dah boleh dah ni?Apa tunggu lagi..
-Lama tak nampak.dah boleh jadik bapak budak dah ni..
-Susah2 sangat ni ada jiran belakang rumah tu yang padan dengan hang[alamak...]
-Tu anak Pak Ngung polis tu ada 3 anak pompuan,boleh aku tolong tanyakan..[Pak Ngung ni hanya nama watak saja,tidak melibatkan yang hidup mahupun yang sudah kembali kepadaNya]
-Maknya,takder bunyi ker?
-Dah boleh sangat dah ni.Ingat lagi masa kecik2,pak ngah ni la yang selalu basuh hang bila hang buang air besar tau...[ye ke,tak tau pulak.hehehe]
Itulah soalan2 yang dapat aku ingat bila aku n bro datang berziarah with my parents.Mengalahkan Mama Juwie.Paparazzi pun kalah.Boleh la diorang keja kat URTV ke,Mangga ke or what so ever.Jawapan balas aku is tunggu Datuk Siti Nurhaliza tu beranak baru aku kahwin.(Org Sarawak kata kahwin maknanya nikah)Hahahahaha..bila diorang balas balik,kalau Datuk Siti tu dah dapat anak,tunggu cucu pulak ek...Hahaha,wakakakaka,pandai2.tak perlu aku bagi jawapan.Adik aku pulak jawab tunggu umo 40 tahun.
Isunya kenapa suka sangat nak bertanya mengenai hal kahwin mahwin ni.Ini soal jodoh.Setiap orang ada taste dia.Aku pun ada taste aku sendiri.kenapa nak disoal soalan yang sama setiap Syawal setiap kali datang berziarah?Tunggu je la kad jemputan.Takdek kad jemputan maknanya belum la ada jodoh nak berkahwin.Ada orang kahwin awal n ada orang pulak kahwin lambat.Kahwin ni bukan perkara senang.Ini soal pasangan hidup sampai ke mati.Anak pulak kita perlu didik dengan cukup dan berilmu erutamanya agama.Pandai mengaji,khatam Quran dan sebagainya.Berdosa kita sebagai ayah dan ibu kalau kita tidak mendidik anak2 kita dengan secukupnya lebih2 lagi kalau anak kita terlibat dalam maksiat dan perkara2 negatif lain.banyak dugaan dan cabaran bila sudah berkahwin.Siapa yang tak nak kahwin.Semua nak.Adakah bila sudah berkahwin maknanya itu adalah kemuncak kepada kehhidupan kita?Adakah belum berkahwin digambarkan sebagai duit belum cukup atau memang takde duit nak kahwin?Inilah isu Syawal yang bertali arus zaman berzaman.
Aku belum pernah lagi bila datang ziarah rumah,ada yang nak menanyakan aku kenapa haiwan2 ini tidak berkokok?Atau kenapa Gajah belalainya panjang,kenapa belalai dia tak macam hidung tenuk?Kenapa Arnab pula tak der sayap?Kan bagus kalau ikan boleh berjalan?Gila ke apa kalau ada orang yang talk pasal benda2 nonsense ni?Ini bukan la nak muak mengedownkan mereka ni tapi aku secara jujurnya memang dah muak untuk menjawabnya.My parents open dengan aku dan adik aku.Time will decide.Bagila isu2 yang lain.Yang segar.Rakyat Malaysia masih ketandusan pemikiran lateral(lateral thinking),berfikir secara kreatif yang diasaskan oleh Dr.Edward de Bono(kalau tak silap aku).Memang pun jawapan dia nampak idiot but kalau tak takder soalan lain baik bagi soalan yang macam ni.
Tepuk Dada Tanya Iman.
Aku serahkan kepada anda untuk menjawabnya.
Aku yakin para bloggers dan pembaca sekalian ada jawapan masing2.Ada yang pro ada yang kontra.Mungkin ada yang kontra banyak,ada yang pro banyak atau atas pagar atau blur atau ..................
Noktah.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago