Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semiga anda semua sihat sejahtera hendaknya dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.Amin.
Sekembalinya dari bercuti raya,kerja diteruskan macam biasa tapi perlu segera dibereskan.So,lewat balik dari kerja mengekang aku untuk menyusul dengan isu yang kedua.
Aku tak tau kalau situasi ini juga berlaku kepada anda.Kita semua sedia maklum yang kita punya jumalah keluarga yang ramai dan besar.Ada sedara dekat,sedara jauh,sedara bau2 bacang dan sedara2 yang lainnya.Ada sedara aku(sedara bau2 bacang) ni datang beraya ke rumah aku menarik perhatian aku.Isunya anak buah tak nak datang beraya ke rumah mak sedara.Bila time raya,asyik keluarga mak sedara ni yang datang beraya setiap Syawal.Sepatutnya yang muda datang ziarah ke rumah yang lebih tua tapi dah terbalik.Dipendekkan cerita mak sedara aku ni punya kebun buah-buahan yang pelbagai.Bila tiba saja musim buah,maka akan datangla 2,3 bijik kereta ada,lori pun ada datang dengan tujuan hanya untuk mengambil buah-buahan mak sedara mereka.Boleh nak ambik tapi kena la beringat,janganla time musim buah je baru nak nampak muka.Bila time Syawal..muka,batang hidung semua tak nampak.Takkan yang tua datang menyembah yang muda?Mungkin itu agaknya style moden sekarang ni.
Sentiasalah kita yang muda ni beringat selalu.Kita yang muda ni patut ziarah ke rumah sedara kita yang lebih tua dahulu.Jangan dilupakan mereka hatta jarak rumah mereka mengambil masa 10 jam sekalipun kita patut ziarahi mereka.Dah la ziarah ke rumah mereka sekali setahun.Itupun kalau ziarah.
Janganlah kita memberi alasan yang pelbagai.
Kita bukan manusia yang sebegitu.
Kita bukan jenis manusia yang tak sedar diri.
Janganlah kita memilih rumah sedara mana yang kita nak pegi.Sedara miskin kita tak nak pegi,sedara yang berharta,berkereta kita nak pegi.(Sungguh kecewa aku kalau ada jua manusia yang sebegini rupa)
Hendak seribu daya.
Noktah.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago