Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT selalu hendaknya.
Pada 2 Syawal,aku dan keluarga aku beraya di rumah pak sedara aku,Datuk Hj.Anis Hj.Abot.Beliau merupakan bekas Mufti Negeri Sarawak.Aku memang suka mendengar pak sedara aku ini bercakap apa sahaja yang berkaitan dengan percaturan hidup duniawi mahupun ukhrawi.Kali ini permasalahan kaya dan senang.Rupanya kaya dan senang ini ada juga problem nya.
Beliau berkata kita sebagai hamba Allah ini tidak dapat memiliki kedua2nya sekaligus.Itu tamak haloba namanya dan terlalu bahaya.Jika anda mahu hidup anda kaya maka anda tidak akan senang begitu juga jika anda mahu hidup senang maka anda tidak akan jadi kaya.
Apa maknanya hidup kaya?
Hidup kaya,pak sedara aku berkata dikelilingi dengan pelbagai harta dan dilimpahi dengan wang ringgit.Bila kita sudah kaya maka sudah tentu kita mahu jadi kaya lagi dan kaya lagi dan kaya lagi dan begitulah tiada penghujungnya.Ini adalah bahaya.ada juga yang sudah kaya dengan hasil mereka sendiri dengan cara yang baik.Mereka ini amat selesa dengan keadaan mereka.Tidak ada apa yang mahu dirunsingkan.Bisnes baik,semuanya baik belaka.
Hidup senang?
bersyukur dengan seadanya.Sederhana.Cukup makan,cukup minum.Wang belanja untuk anak2 pun ada.gaji dan pendapatan sedia ada mampu menampung hidup sekeluarga,memampung persekolahan anak2 dan jika ada hal2 kecemasan.pendek kata,dapur sentiasa berasap.Juga tiada apa yang mahu dirisaukan.
Apa yang menjadi masalah dalam komuniti melayu adalah bila sudah kaya mahu mencari kesenangan dan bila sudah senang mahu pula mencari kekayaan walhal anda sudah senang,anda sudah kaya dan kedua2nya tiada apa yang mahu dirisaukan lagi.
Anda pula bagaimana?
Mahu kedua2nya?
Kaya.Senang.
Kaya dan Senang.
Noktah.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago