Saturday, October 11, 2008

Kuala Lumpur, Aku Sudah Balik

Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya selalu.Amin.

Alhamdulillah,aku dah kembali semula ke destinasi aku,USJ(Subang Jaya).Flight tadi okay but bila nak landing tu terlanggar beberapa ketul awan so aku dah rasa macam 3 rasa pulak.Muntah,peluh n pening.Well,ini adalah akibat aku tak dudok kat seat belakang.Kebetulan aku lambat check in,punya la ramai check in beb.jammed.ingatkan kat highway jer jammed.perghhhh..masa aku nak masuk,ada sorang polis airport ni yang peramah(biasa jarang aku nak nengok polis airport ni peramah,selalunya muka macam nak makan orang).pastu dia tahan aku...aik,apahal la plak.Rupa2nya dia mintak jasa baik aku temankan ada makcik ni around 60 plus plus sama2 naik belon.oooo..makcik ni sorang takdak teman soo polis tu ask me a favour.okies.no hal.so dari check imigresen sampai ke boarding till touch down check bagasi dia.biasa kalau aku sorang aku akan dok seat belakang.after enjin tu,coz aku ni mudah ada 3 rasa tadi.ni masa aku masik belon aku eager nak dok belakang but the makcik nak dok depan,dok sebelah enjin belon.aduhai.dudok je la.aku khuatir gak.takper2,senangkan hati.

Cerita punya cerita makcik ni dok kat Kpg.No.3(well,kalau kat KL,macam Kampung Baru.).makcik ni pulak kenal ngan sedara mara aku sebelah mak.maka berpanjanganlah sesi soal jawab dan sesi bercerita masing2.Bila dah sampai kat airport,kena tolong dia amik beg bagasi dia then temankan dia sekejap sementara tunggu anak buah dia datang amik.Rupa2nya kecik dunia ini.Nak dijadikan cerita,anak buah dia kawan lama aku masa belajo dulu.So,alang2 menyeluk pekasam dia offer hantar aku balik USJ.Banyak la cerita macam kat belon tadi.

Oh ya,minta maaf banyak2.takder gambar raya kali ini.Cuti 2 minggu ni diperuntukkan masa untuk berehat dan beraya.Maklumla,balik pun 2 kali setahun.Kena manfaat masa cuti dengan sepuas-puasnya.

Well,itu sahaja untuk kali ini.Lagipun kepala aku ni masih terasa toing toing.

Kita jumpa lagi di lain masa.

Noktah.
Related Posts with Thumbnails