Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku doakan kalian Sihat sejahtera hendaknya selalu dan diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.
Semalam,aku menghadiri final Piala Seri Endon bertempat di Dewan Merdeka,PWTC,KL.12 peserta dan kumpulan layak ke final semalam.Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah serta Menteri Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia,Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal dan isteri selain tetamu2 jemputan yang lain.Ning Baizura tutur menyampaikan beberapa buah lagu semalam.Pereka fesyen tersohor,Datuk Tom Abang Saufi antara yang diundang menjadi juri pada final tersebut.
Aku hadir bersama Bang Man.Acara yang penuh gilang-gemilang ini yang menampilkan kreativiti anak2 muda yang cintakan batik Malaysia.Bukan sahaja Melayu tetapi anak2 muda Cina turut sama mengambil bahagian.Tidak ada badan atau organisasi yang hendak menonjolkan batik sebagai identiti Malaysia selain Yayasan Budi Penyayang.Aku tabik spring kepada Yayasan Budi Penyayang di atas kesungguhan dan iltizam yang luar biasa dalam mengetengahkan batik Malaysia kepada rakyat Malaysia.Sebahagian rakyat Malaysia yang dulu buta batik kini sedar akan kewujudan batik Malaysia ini.Mereka ini tidak buta lagi.Aku haraplah.
Dengar cerita tahun depan,2009 Piala Seri Endon akan dijayakan oleh Kementerian Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan sepenuhnya..Aku berharap pihak Kementerian tidak mempolitikkan Piala Seri Endon ini.Mintalah panduan Yayasan Budi Penyayang yang telah lama menganjurkannya sejak 2003 lagi.Piala Seri Endon bukan untuk up kan golongan yang tertentu sahaja.Jangan politikkan Piala Seri Endon.Piala Seri Endon adalah satu pertandingan untuk menyerlahkan keupayaan individu atau kumpulan dalam batik Malaysia.Banyak yang perlu dipelajari oleh pihak Kementerian daripada Yayasan Budi Penyayang jika mahu menganjurkannya bersungguh-sungguh.Bukan mudah untuk menganjurkannya seperti Yayasan Budi Penyayang.Yayasan Budi Penyayang adalah juara dalam memartabatkan batik Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Chendering(Dancing Guppy) yang membolot wang tunai RM30,000 diikuti tempat kedua,Slash Saiful Hassan(Illusive) dengan RM10,000 dan tempat ketiga Hayden Koh Chean Peng dan Chloe Ng Huei Teng(Arusha) dengan RM5,000.
Martabatkan batik Malaysia tanpa was-was.
Jumpa lagi di 2009 Kuala Lumpur International Batik Convention and Exhibition dan Piala Seri Endon 2009.
Noktah.