Banner yang dipasang di luar Surau Al-Madaniah,USJ 18 hari ini.
BOIKOT? atau BOIKOT! atau ERM....
Aku amik picture ni masa nak solat Jumaat ptg tadi.Inilah antara usaha sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mulia berusaha keras terus-terusan memboikot barangan Amerika Syarikat mahupun teman sekatil,Israel Laknatullah.
Tapi apa yang terjadi?Hanya hangat2 tahi itik sajer especially mereka yang berada nun jauh di singgahsana.Tiada gunanya rakyat Malaysia membanting tulang empat kerat terpekik terlolong memboikot barangan Amerika Syarikat tetapi mereka yang berada di singgahsana hanya membisu berpeluk tubuh.Press statement dengan nada berhati-hati.Very the slow.
Boikot tidak akan berhasil jika para pembesar di singgahsana tidak berbuat apa2 mengenainya.Tindakan rakyat Malaysia yang mulia ini umpama anjing menyalak bukit.Aku kecewa sekali lagi pembesar2 singgahsana tidak mahu berbuat apa2 mengenainya.
Alangkah bagusnya kalau Duta Amerika Syarikat dihalau dari Malaysia sehingga krisis Palestin selesai.Menteri Luar Malaysia sila jawab.
SAVE PALESTINE.PEACE NO WAR.
ALLAHU AKBAR!