Aku lahir pada tahun 1979.Sehingga sekarang bezanya sungguh banyak sekali.
Kali pertama aku jejak ke KL bersama dengan keluarga aku ketika masyhurnya zaman bas mini.Empayar bas mini merata-rata di sekitar KL,menjadi pilihan hangat kerana kemampuan driver2nya yang punya skill jauh lebih hebat dari Schumacher mahupun juara dunia F1 ketika ini si berkulit hitam.Cilok maut adalah skill yang perlu diorang belajar dari driver2 bas mini ini.Pertama kali naik bas mini,mak aku hampir jatuh tersungkur dek kerakusan driver bas mini ini.belum sempat mak aku carik tempat dudok,driver bas mini sudah pecut laju.Sekarang,ada RapidKL yang mungkin berhemah di jalanraya.Mungkin ada ketikanya perkhidmatan RapidKL lembap2 belaka.Tak keruan dibuatnya.Ketika itu juga,aku masih ingat lagi Menara KL sedang dalam pembinaan.Waktu itu,ketinggian hanya suku berbanding sekarang sekarang teguh berdiri menerjah dunia.
Dulu politik negara aman dan stabil,tetapi sekarang masing2 hendak menonjolkan keterujaan ideologi diorang.Riuh rendah macam pasar borong.
Yang ini semua orang tahu.Masa aku dulu takder ASTRO.Hanya ada TVI.TV2 dan TV3.Aku ingat lagi aku hanya dengar LIVE! bola Liga Semi-Pro tempatan hanya menerusi radio sajer.Waktu itu pasukan bolasepak Sarawak,Bujang Senang gah berbanding sekarang longlai lesu.Kali pertama aku lihat LIVE! ialah menerusi TV3 iaitu Olimpik Barcelona ketika itu.Sejak dari itu,TV3 menjadi faves aku dan keluarga.Memang cukup bertuah kalau ada 3 siaran TV ini.Sekarang?Ada berpuluh siaran yang anda mahu tonton.Cuma tekan sahaja butang di remote control.Setiap jenis rumah sudah ada ASTRO.Paling cikai langganan bulanan paling murah.Bolasepak 24 jam,rahmat bagi gila bola macam aku.Aku masih ingat ditempat aku pada zaman dulu internet di kafe siber purata RM7 sejam.mahal bukan.Sekarang harganya purata sekitar RM2.50 sejam malah jika anda bijak cari kafe siber yang murah,tidak hairan ada yang menawarkan serendah RM1.50 sejam.Terkebil biji mata aku dengan harga RM7 sejam pada zaman aku.Kini,aku punya komputer riba sendiri.Ikut suka aku nak surf internet berapa lama aku suka.Terima kasih aku ucapkan kepada Maxis Broadband.
Pasar Cheko di Kuching dulu menjadi saksi pergi dan balik aku ke sekolah.Sekarang,pasar Cheko ini akan menjadi nostalgia kepada aku kerana bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan yang up to date.Dulu sekolah aku SMB sekarang SMK.
Enset suatu ketika dulu mak ai besar nauzubillah.Baling gajah pun mati tau.Enset ketika itu simbol kekayaan dan keangkuhan si pemakainya.Tidak semua mempunyai enset dulu.Sekarang,lihatlah.Si anak muda sekolah rendah pun dok busy menayangkan enset kat cikgu cikgi diorang.Yang sedihnya,enset cikgu cikgi diorang tak semahal enset anak-anak murid mereka.
Aku mahu jadi doktor haiwan dulu.
Suatu ketika dulu,ada banyak citer hantu pontianak segala.Taringnya panjang,Rambut pulak kalah Amy Search tau.Ketawa dia pulak ish ish ish seram semua bulu.MAKKKKKK!Tita Tatuut.Sekarang ni,alahmak hai.Langsung takder perasaan nengok citer2 seram ni.Hantu dia boleh kita bawak pi lepak mapley tau.Ahaks,kuikuikui.
Punyalah penat aku dok beratur panjang tunggu giliran bayar bil and simpan atau keluarkan duit tak kira kat pos opis mahupun kat bank.Kini,no worries anymore.Aku just click jer.On-line banking.Jimat masa.
Newspaper at least ada 3 jenis sehari dulu.Wajib tu.Sekarang tidak lagi,aku just usha kat on-line jer newspaper diorang.Jimat duit.
Dulu aku hanya pegang duit 10 sen jer.Sekarang duit warna hijau,biru,merah semua aku pegang.
.................ada banyak lagi dulu dan kini aku.......................
DAN
yang pastinya
Dulu dan kini
aku masih single lagi.
Titik.