Friday, January 23, 2009

Surat Terbuka Kepada FAM

Kepada,

Presiden,
Timbalan Presiden,
Naib2 Presiden,
Setiausaha,
Pen.Setiausaha,
dan semua yang terlibat di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia.

Memalukan.Itulah yang dapat diluahkan ketika ini bila mana sekali lagi pasukan bola sepak Malaysia lemah longlai serta lesu kekurangan vitamin agaknya tunduk kepada pasukan Pak Arab,UAE 0-5 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.Apa lagi komen yang mampu diluahkan ketika ini?Apa sudah jadi?Sila jawab.

Saya selaku antara penggemar die hard bola sepak menyokong penuh kenyataan jurulatih bola sepak Malaysia,B.Sathianathan yang mengeluarkan kenyataan Liga Malaysia bukan bola sepak.Memang betul pun.Saya menyedari hal ini sudah lama lagi ketika saya berada di awal sekolah menengah lagi.Dan ianya menjadi kudis yang sukar diubat dan tiada penawar.

Saya sebagai warganegara Malaysia yang dahagakan kehebatan Malaysia agak malas untuk mengkritik FAM kerana ceritanya panjang.Oleh itu saya agak bagi point yang penting sahaja untuk perhatian pihak FAM.Diharap ambil perhatian seadanya.

1.Rombak struktur FAM.FAM perlukan anggota yang muda dan agresif.Kuda tua harus digantikan dengan baka yang bagus dan muda.
2.Bubar skuad bola sepak Malaysia yang ada sekarang.Permainan umpama yoyo yang tiada kesudahannya.
3.Adakan ujibakat jelajah pedalaman seluruh Malaysia untuk mencari pemain2 yang agung.4.Pilih pemain sepenuh masa untuk skuad bola sepak Malaysia.Pemain2 ini adalah tidak dibenarkan beraksi di Liga Malaysia bagi mengelakkan kecederaan,kepenatan,tiada fokus,tiada komitmen yang padu,leka,suka-suka,tak menang takper gaji jalan dan pelbagai alasan yang remeh temeh.5.Ujian kecergasan haruslah dilakukan dengan kerap.Agak memalukan seperti yang dikatakan oleh B.Sathianathan hanya 3 pemain sahaja yang lulus ujian kecergasan.Yang lainnya apa jadi?Pancit,asma atau.....?Pemain2 yang gagal dalam pasukan ini haruslah diberikan satu tempoh yang tertentu dan jika gagal lagi maka wajib dibuang dari pasukan.Kontrak pemain haruslah diperbaharui match by match.6.Berfikiran lebih terbuka bila dikritik.7.Dimanakah agaknya pemain2 bolasepak Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak?Mana mungkin Sabah dan Sarawak,negeri yang terbesar di Malaysia tidak ada seorangpun pemain yang berbakat?Butakah FAM?Sudah cukup baguskah pemain2 Semenanjung Malaysia ini?8.Sains sukan haruslah dijadikan subjek wajib latihan pasukan bola sepak Malaysia.9.Pupuk semangat KeMalaysiaan di dalam jiwa,hati,raga dan sanubari pemain2 bola sepak Malaysia.

Yang selebihnya terserahlah kepada FAM.Saya yakin FAM lebih bijak dalam menangani hal ini.Sudah banyak kali FAM mahir dalam menangani pelbagai krisis dan konflik pasukan bola sepak Malaysia.

Inilah yang pertama dan terakhir seruan dari peminat bola sepak warganegara Malaysia.

Sekian.

Dari Malaysia ke CHELSEA!



Related Posts with Thumbnails