Assalammualaikum para bloggers sekalian.Apa khabar sekalian semua?Moga-moga anda semua sihat2 sejahtera hendaknya serta diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.
Kata mereka batik ni mahal,aku kata mana ada mahal.Kena pandai la beli and pilih.jangan main redah jer.sapa suruh ko beli yang mahal.Batik murah kan ada.Kalau ko boleh beli kasut ka baju ka sampai ratus2 apa salah nya beli sehelai baju batik untuk seumur hidup ko.Mereka kata kerja ni kotor,aku kata apa sebelum ni tangan dan kaki ko tak pernah kotor ke sejak ko lahir di dunia ini.Walaupun kerja aku ni melibatkan tulang empat kerat yang kotor tapi aku tak pernah usik periuk nasik ko dan kerja aku ni HALAL.
Kata mereka lagi bidang ni takder masa depan,aku pula berkata dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Mereka berkata kerja ni tak pakai baju smart,seluar smart.Biarla tak smart janji aku tak jobless,ko ingat bagus sangat ke kerja ko sampai perlu tengok orang smart ke tak smart.Lagi kata mereka masuk bidang ni tak payah belajar tinggi-tinggi,aku berkata sudah banyak dibuktikan dalam bidang batik ni punya lulusan sijil,diploma ataupun ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.Kalaupun tak ada kelulusan tinggi,janji kerja rajin dan tak malas.
Dan mereka berkata sambil menyindir tinggi ke gaji korang,kata aku gaji kitorang berdasarkan kepada pengalaman dan cara kerja.kalau malas kerja nasibla gajimu.Aku yakin ada di tempat kerja kamu,kawan kamu yang gajinya sama dengan kamu tapi malas kerja.Dapat gaji buta.Kamu pula yang bertungkus lumus kerja gaji sama juga dengan kawanmu yang pemalas itu.Ada juga yang kaki bodek dan ampu.Bagus bukan?Dimana merit dan kredit kamu?Kami bekerja dengan merit seiring dengan kredit.
Kata mereka kerja batik ni tak bersosial maklumla kerja tradisional.Aku pula berkata sorry to say,aku pun pegi Heritage Mansion segala tau.Lepak di Dome,Starbucks,Gloria,Secret Recipe,Old Town semua.Ko cakap jer mana,semua tempat aku pernah pegi.Kami pun bersosial jugak.Apa lagi yang mereka mahu dan kata.
Mereka berkata lagi dan aku akan tetap melayan mereka.Takkan penat.Alahai mereka-mereka itu.Sia-sia sahaja mereka-mereka itu.Dan kata-kata mereka itu adalah umpama pinggan yang sumbing.
Aku pula berkata di mana langit dijunjung di situ jariku akan melentik ayu.
Titik.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago