Wednesday, February 4, 2009

Lompat

Kelewatan ini kecoh dan sure heboh pasal ADUN yang melompat.Well,aku tak berminat nak komen pasal depa semua.Biarlah depa semua main tarik tali tak tau bila nak habis.

Baiklah,dalam batik ada juga situasi lompat.Iaitu dari tempat kerja asal melompat ke tempat kerja lain.Kenapa pekerja2 dalam industri ini melompat?

Ini kerana mereka yang M E L O M P A T ini ingin mencari masa depan yang lebih baik berbanding dengan tempat kerja asal.Tempat kerja asal kenapa pulak?Sudah pasti tempat kerja asal tidak menjamin masa depan yang baik bagi mereka.Konsepnya mudah sahaja,jika anda ingin melihat pekerja anda kekal lama di syarikat anda maka anda harus 'menjaga' mereka dengan sebaik-baiknya.Jika anda gagal jalankan tanggungjawab anda sebagai majikan,maka pekerja-pekerja anda tidak akan menunggu lama.Masa itu emas.Selamat tinggal.

Kebiasaannya majoriti melompat kerana majikan gagal menjalankan tanggungjawab mereka.Sudah terang lagi nak bersuluh.

Seterusnya,ada juga yang melompat kerana sudah jemu dengan tahap kerja di tempat kerja asal.Perlu diingat setiap tempat kerja batik mempunyai konsep design dan tema warna yang tersendiri.Tahap kerja pada hemat aku perlu up selalu.Sentiasa fresh.Tidak lapuk dan ketinggalan.Tawaran dan prospek gaji yang lumayan juga adalah faktor pekerja-pekerja batik melompat.

Aku tidak nampak ada faktor lain selain daripada aku nyatakan tadi.Industri batik Malaysia tidaklah sebesar mana.Lompat sana lompat sini pun bertemu jua akhirnya.Sudah menjadi lumrah pekerja-pekerja batik melompat.Perkara biasa.

Aku melompat juga dan jariku yang ayu ini bertambah lentiks.

Noktah.
Related Posts with Thumbnails