Ada 5 perkara seperti di bawah untuk titipan anda.
1.MUNAFIK,Aku bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Pasir Mas dari BEBAS,Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat hari ini yang mengecam ahli2 politik tanahair yang cakap tidak serupa bikin.
2.HINDUSTAN,Situasi politik di negeri Perak Darul Ridzuan sudah macam filem Hindustan.Mamanda Bendahara cool tak habis2.Anda tahu apa isu dan konflik politiking yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan.Negeri Selangor Darul Ehsan ada tanda2 akan menyertai kelab Hindustan ini.Negeri Kedah Darul Aman dan negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara tidur2 ayam di atas katil yang empuk.
3.UMNO,Kalau tidak aral melintang Mac nanti UMNO akan bertukar bos.Mampukah bos baru menawan hati rakyat?Mampukah Kelantan kembali ke tangan BN?Mampukah Pulau Pinang,Kedah dan Selangor umpama sirih pulang ke gagang?Sudah pastinya semua YB berhempas pulas sekarang ini.
4.TENTERA ANWAR,BN harus buka mata dan telinga.Tentera Anwar lebih setia mendengar masalah rakyat daripada BN.Rakyat lebih suka mendampingi Tentera Anwar daripada BN.Tentera Anwar bijak melayani karenah rakyat.
5.PILIH SIAPA,jawapannya semua bergantung kepada perkembangan semasa kerajaan BN.AWAS BN!Jika ambil mudah dan tidak insaf,BN akan tumbang.Bagi TENTERA ANWAR pula,prestasi di negeri2 yang berkaitan akan dijadikan ukuran sama ada dipangkah atau tidak dipangkah selepas ini.
Kepada BN dan Tentera Anwar,rakyat mahukan layanan kelas dunia yang berterusan tanpa henti daripada anda.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago