Apa khabar semuanya.Harap sihat walafiat selalu hendaknya.Amin.Lewat petang tadi aku menerima pesanan ringkas from my friend.Dia mengadu kat aku sambil kecewa mendapati banyak sekali lambakan design aku serta rakan2 aku semasa bekerja di Khadani dulu di kedai2 tekstil sekitar Kuala Lumpur.Design aku dan rakan2 dicedok seterusnya di print dan di skrin dalam jumlah yang banyak.Of course,warna diberikan kaler yang menarik perhatian.Situasi ini biasa dalam batik.Umpamanya sebagai contoh,motif Iban yang ditonjolkan oleh pereka tersohor Malaysia berasal dari Sarawak,Datuk Tom Abang Saufi dicetak berkampit-kampit dan menjadi fenomena bagi wanita tak kira tua dan muda tak lama dulu.Motif Iban ini digunakan dalam bentuk baju kelawar(kaftan),blouse dan banyak lagi.Untuk menambahkan lagi keuntungan,penyangak ini turut cetak rompak design untuk kegunaan baju lelaki.
Hakikatnya tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan hak cipta sesuatu design dalam batik ini dibuat oleh pihak yang berkaitan.Satu mekanisme harus dicari untuk mengatasi masalah ini.Bila?Entah la.
Untuk makluman semua,kos untuk mematenkan copy right sesuatu design ini adalah tinggi sekali.Ini pernah dibangkitkan semasa KLIB 2007 yang lalu.Nampaknya dah dua tahun perkara ini dibangkitkan tetapi tiada usaha yang tuntas dilakukan.Alahai.
Cetak rompak ini memang menutup periuk nasi para bisnesman batik langsung menggugat pasaran batik lukisan tangan.
Agaknya orang yang berkaitan mengenai hal ini buta dan pekak.Kalau aku silap,buktikan anda tidak buta dan pekak.
Aku langsung tidak bangga akan diriku yang ayu ini bilamana design aku dijadikan cetak rampok.
Noktah.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago