Apa khabar semua.Moga anda semua sihat sejahtera hendaknya.Amin.
Hebahkan berita ini kepada semua kenalan bloggers anda.Ayuh!
Aku sebenarnya selalu pegi ke website ini.Website ini pada hemat aku dikendalikan oleh warga Indonesia.Bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia.Apa yang mengejutkan aku ialah isi kandungan dalam website ini cukup mengajak warga Indonesia untuk membenci Malaysia.
Apakah dosa negara yang aku cintai ini terhadap Indonesia?
Sila terjah ke laman sesawang ini untuk lihat isi kandungannya.Walaupun bahasanya Indonesia,aku yakin anda rakyat Malaysia dapat menaakul dan memahaminya.
http://www.malingsia.com.
Lebih perit lagi menggelarkan Malaysia sebagai Malingsial.Aku yakin anda mesti maklum apa itu maksud maling.Aku yakin pengendali laman sesawang ini cuba untuk menanam rasa benci terhadap Malaysia.Dan aku yakin juga ada sebahagian dari rakyat Indonesia yang terpedaya dengan hasutan,godaan dan mainan jari manis pengendali laman sesawang ini.Ini dapat dibuktikan dengan setiap komen berbaur kebencian yang amat sangat.
Sekadar untuk menyebut beberapa fakta,sedarlah bahawa sebahagian rakyat kamu bekerja mencari nafkah di Malaysia ini.Ada yang buka kedai runcit,ada yang jadik pekerja binaan tak kira mahir ataupun separuh mahir dan pelbagai lagi.Aku ada rakan sekerja dari Surabaya,Indonesia yang turut mencari rezeki bersama-sama dengan aku. Malaysia umpama kantung rezeki bagi sebahagian rakyat kamu.Apa kamu buta,pekak dan bisu?
Aku menyeru kepada semua bloggers Malaysia untuk melakukan sesuatu kepada pengendali laman sesawang ini.Adakah kita sebagai warganegara Malaysia sanggup dipijak sebegini rupa?
Aku ingat Indonesia 100 peratus serumpun rupanya,tidak.
Hebahkan berita ini kepada semua kenalan bloggers anda.Ayuh!
NOKTAH!
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago