Monday, February 23, 2009

Mula Dari Bawah Tapak Kaki Bukannya Terus Mendongak Ke Langit

Apa khabar semuanya?Diharap anda semua sihat walafiat belaka hendaknya.Amin.

Dalam apa jua bidang yang anda ceburi sudah pasti kena mula dari bawah.Aku tak tahu jika sebilangan daripada anda yang terus naik ke puncak tanpa perlu mula dari bawah.Aku tak berminat untuk perkara itu.

Batik.Anda perlu mula dari bawah.Bawah tapak kaki.Bukan terus dongak ke langit.Anda perlu belajar beberapa peringkat dalam batik.Pertama,fixing.Kedua,warna dan ketiga ialah canting.Cukup?Tidak cukup bai.Bermula dari peringkat pertama hingga ketiga memerlukan anda mempelajari selok belok batik dengan lebih teliti dan mendalam.Umpamanya sebagai contoh warna.Anda wajib tahu apa itu formula warna.Perlu faham secara tepatnya.Bagaimana nak buat kaler chilli red atau pucuk pisang atau black den buatan seterusnya ada beribu-ribu formula warna yang perlu anda master.Itu belum lagi jenis-jenis warna seperti warna family,kontras,komplimentari,earth tone,romantik dan banyak lagi.Ditambah lagi akan cara-cara untuk mewarna.cara gosok,cara untuk mengelak belak,tone.bagaimana nak jadikan toning tu cantik ada fusion dan banyak lagi.Warna asas,warna pastel,warna medium dan banyak lagi.

Jika anda bercita-cita untuk menjadi Supervisor atau Senior in Batik anda perlu mula dari bawah even nak jadik bos pun kena mula dari bawah sebabnya bila kita tahu semua benda dan perjalanan batik itu sendiri maka kita akan dapat menangani sesuatu perkara dengan berakal.Tidak membuta tuli.Bila anda mula dari bawah maka Insya-Allah anda akan disenangi oleh semua pekerja-pekerja anda.Anda tidak perlu minta hormat daripada pekerja-pekerja anda.Pekerja-pekerja anda secara automatik akan ada rasa hormat terhadap anda.

Jika anda tidak punya apa2 dan hanya berbekalkan sekeping kertas yang mahal sahaja aku nasihatkan kepada anda jangan mengidam untuk terus mendongak ke langit.Jangan malu untuk mula dari bawah tapak kaki.

Seharusnya lu pikirlah sendiri kenapa dan apakah sebab musabab anda tidak disenangi oleh pekerja-pekerja anda.Sesungguhnya kebenaran itu adakalanya amat sungguh pahit untuk ditelan.Anda perlu muhasabah diri. Bukan semua perkara anda betul seratus peratus.Anda bukan malaikat.Anda sama seperti aku manusia lemah di sisi Allah SWT.

Jari aku kotor tapi masih ayu menari bukan seperti orang itu jarinya bersih tapi tidak tahu menari.Keras dan tidak lentik.

Aku lentik lagi.Perlu diajarkah orang itu?

Noktah.
Related Posts with Thumbnails