Wednesday, December 30, 2009

Selamat datang 2010.Kepada semua warga Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan status,kekalkanlah keberkatan keharmonian antara kita.Sayang Malaysia.

Friday, December 25, 2009

Panjang Umurnya,Nikli Nodin.Semoga Allah SWT memberkatimu selalu hendaknya serta dilimpahkan rahmat dan rezeki yang murah.Amin.

Thursday, December 24, 2009

Apa hasilnya?

KLIB 2009 sudahpun melabuhkan tirainya.Jumpa lagi pada KLIB 2011 nanti.Insya-Allah.Sekali lagi aku panjatkan pujian tertinggi kepada badan bukan kerajaan[NGO],Yayasan Budi Penyayang yang tidak pernah kenal erti penat dalam menganjurkan dan menaikkan nama batik di mata masyarakat Malaysia terutama sekali dedikasi khas kepada pembuat-pembuat batik negara.Acara kemuncak KLIB 2009 seperti tahun-tahun sebelumnya ialah acara yang paling ditunggu-tunggu,Piala Seri Endon yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.Namun hadiah wang tunai yang lumayan itu bukanlah segala-galanya.Piala Seri Endon di mana kategori yang paling popular,Rekaan Fashion Batik telah menarik minat para pereka fesyen muda serta para pereka batik itu sendiri.Ada yang tidak kenal putus asa menyertai Piala Seri Endon setiap tahun semata-mata keinginan untuk menang dan jatuh cinta mereka kepada batik.Tidak hairanlah Piala Seri Endon ini merupakan kemuncak dalam karier mereka bagi mereka yang benar-benar dalam industri ini.Adalah satu kejayaan jika dapat layak ke pusingan akhir Piala Seri Endon ini.Bukan senang untuk layak ke pusingan akhir Piala Seri Endon.Bagi mereka yang first timer,ini adalah batu loncatan mereka dalam peragaan fesyen.Ramai anak-anak muda yang masih menuntut dan sudah menuntut dalam bidang fesyen dan yang berkaitan dengannya begitu dambakan Piala Seri Endon ini.Piala Seri Endon sudah mencapai kematangannya.Juara saban tahun diumumkan.Tetapi agak sedih kerana ada yang menyertai Piala Seri Endon ini hanya semata-mata bermusim sahaja.Rata-ratanya bermusim.Yang juara tinggal juara.Begitulah seterusnya.Ada diantara mereka yang hanya muncul pada acara peragaan fesyen berkelas tinggi sahaja yang mungkin diadakan di Malaysia tidak kurang 10 kali.Kalau tiada acara mereka hanya duduk diam-diam.Piala Seri Endon sudah menyaksikan 7 juara semuanya.Aku mengharapkan juara-juara ini mengambil langkah seribu yang proaktif melibatkan diri dalam industri ini.Sudahlah,usah lagi buat runaway di sana-sini.Kamu semua sudah juara.Lupakanlah glamor di atas pentas itu.Alangkah eloknya si juara-juara ini menghambakan diri secara langsung dan serius bersama-sama dengan para pereka batik dalam industri ini.Libatkan diri untuk memikirkan apakah langkah yang terbaik dalam industri ini.Kita tidak seharusnya berasa selesa dangan apa yang telah industri ini ada.Kita harus melipatgandakan usaha dalam industri ini,tidak kira apa jua apakah caranya dan bagaimana mahu dilakukan untuk memastikan survival industri ini.Persoalannya,siapa di kalangan juara ini mahu mulakan dulu dengan serius?Aku yakin ramai yang berada dalam industri ini ingin mengambil peluang untuk mendengar pengalaman bersama-sama dengan juara-juara Piala Seri Endon.Alangkah bagusnya kita ada juara bermula tahun 2003 sehingga 2009 duduk bersama-sama berkongsi pengalaman mereka dengan mereka yang berada di dalam industri ini.Sudah tentu ketujuh-tujuh juara ini ada cerita yang berasingan.Satu peluang yang tidak mungkin akan dilepaskan begitu sahaja.Seharusnya mereka yang bergelar juara harus ada resepi untuk membantu yang lainnya.Tidak kira mana mahu bermula dari mana dulu.Tahun depan,Piala Seri Endon akan kembali lagi dengan juara baru.Aku tidak mahu melihat Piala Seri Endon mengulangi skrip yang sama dimana tiada usaha selepas itu.Piala Seri Endon bukan titik noktah penamat.Piala Seri Endon adalah detik permulaan kepada si juara.Bukan sahaja si juara,malah mereka yang tidak dapat jadi juara dan seterusnya.Kita tidak boleh bergantung harap kepada Yayasan Budi Penyayang semata-mata.Kita mesti bantu tapi bila mahu mulakan?

*Penulis blog,Fingers of God ialah penerima Consolation Prize Winner,Batik Design Category,Piala Seri Endon 2007 bersama-sama rakan,Sitha dengan tema Layaran Ombak Senja.Dengan pengalaman yang ada,pertama kali menyertai Piala Seri Endon pada 2007 sekaligus terpilih ke pusingan akhir pada tahun tersebut.Beliau adalah yang pertama dalam sejarah mantan syarikatnya terpilih ke pusingan akhir Piala Seri Endon sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003.

Thursday, December 3, 2009

Batik Treasure Hunt,6 December,0730am-1300pm,Lake Gardens,Tasik Perdana,KL.



0730am-Registrations of participants
0800am-Warm Up
0815am-Briefing
0830am-Flag Off
1130am-End of Batik Treasure Hunt
1140am-Entertainment by ASTRO Artistes[Mawi,Hafiz,Farah and Dina]/Judging
1200pm-Presentation of Answers
1220pm-Prize Giving Ceremony
1300pm-The End

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha 1430H

Salam Aidiladha 1430H ini aku tujukan kepada
Nikli Nodin,Jime Jojes,Dalf,Sharul Juanniee,
Amir Syazani,Moneirah Abu Bakar,Garbina,Fiza,Along Kedah
semua anak-anak Sarawak yang bermastautin
mencari sesuap nasi dan menimba ilmu di Semenanjung Malaysia ini.
Semoga Aidladha kali ini memberikan kita iktibar dan teladan akan pengorbanan luar biasa para nabi suatu ketika dulu.Insaflah.
Sesungguhnya kita ini hanya menumpang di bumi Allah SWT ini.
Hargailah nikmat kehidupan selagi diizinkan olehNya.
Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan.
Kesenangan kita pada hari ini harus dikongsi bersama.
Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilham.

Sunday, November 15, 2009

Pelanggan Yang Dihormati

Isu ini isu pertama kali aku utarakan,lebih kurang surat terbuka ditujukan kepada para pelanggan sedia ada,pelanggan sekali dua mahupun bakal pelanggan yang berurusniaga kain batik.Isu ini mewakili rakan-rakan pengusaha aku yang lain.Aku lebih suka panggil klien daripada pelanggan.Memang tidak dapat dinafikan mahupun berselindung,klien dalam industri ini punya pelbagai karenah.Ada yang superb dan sebaliknya.Karenah yang aku nak ceritakan ialah mengenai kejadian selepas pembelian iaitu soal pembayaran.Pelanggan yang kami hormati,anda boleh menyusahkan kami dengan cerewet anda.Anda silap,kami amatlah sangat berpengalaman luas dalam menangani masalah pelanggan-pelanggan yang cerewet ini.Punyalah cerewet semasa menempah seperti nak warna ini sebijik dengan warna sampel yang telah diberikan,nak kain lembut,nak design cantik-cantik,tak mahu design sama dengan orang lain,tak nak design yang ada ini ada itu,tak nak design yang menggemukkan saiz badan,nak design cute,nak siap cepat dan banyak lagi.Bagi kami,itu semua senang sahaja tiada yang susah dan menyusahkan.Mintalah apa jua,nescaya kami akan sempurnakan hajat anda sedaya yang kami boleh mengikut prinsip batik lukisan tangan yang sedia ada.Sudah tentu kami mahu memuaskan hati anda yang cerewet itu.Kami mahu pujian selepas melangsaikan tempahan anda.Kami mahu anda tempah banyak dan banyak lagi.Kalau sebelum ini anda tempah sehelai,kami mahu anda tempah 100 helai malah 1000 helai dan banyak-banyak helai.Kami mahukan hubungan jangka panjang.Walaubagaimanapun,jangan dan janganlah selepas kami penat membanting tulang empat kerat menghasilkan tempahan anda sekalian yang maha cantik itu,anda umpama lupa diri dan sombong.Usahlah melambatkan pembayaran selepas mendapat apa yang anda hajati.Pastikan poket,saku,kocek,beg duit anda penuh dengan duit jika mahu menempah kain batik.Anda tahu bukan kain batik sememangnya mahal.Sebab itu,kadang-kadang kami begitu cerewet pula dalam berurusan dengan bakal pelanggan baru kami.Bagi pelanggan baru,anda harus melontarkan keyakinan kepada kami bila bercerita mengenai pembayaran.Kami bukanlah mahu kedengaran sombong dan angkuh disini.Berbagai-bagai komitmen yang kami mahu uruskan selepas menerima pembayaran daripada anda.Kami mahu bayar gaji staff,nak top up bahan-bahan mentah,bil telefon,bil elektrik,bil air dan banyak lagi.Anda cari makan,kami pun cari makan.Anda pakai duit,kami pun pakai duit.Kita sama bukan?

Monday, November 9, 2009

Dear Moneirah Abu Bakar

It is a paradoxical but profoundly true and important principle of life that the most likely way to reach a goal is to be aiming not at that goal itself but at some more ambitious goal beyond it.Far better it is to dare mighty things,to win glorious triumph,even though checkered by failure,than to take rank with those poor spirits who neither enjoy much nor suffer much because you live in the gray twilight that knows not victory nor defeat.

Thursday, October 29, 2009

Update,Majlis Lan Berambeh@SIRIM,1 November 2009,Ahad,1200 tengahari-1600 petang.


Kepada adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,ipar duai,tunggal menunggal,kazen mazen,auntie,uncle,ibu-ibu,bapak-bapak sekalian,silalah gagokan dirik kitak semua datang berambeh ke SIRIM hari Ahad tok.Bagi mereka yang plan bercuti hujung minggu di KL minggu tok,adalah bagus kitak urang panjangkan kaki ke SIRIM.Sila lihat Update sebelumnya untuk ke SIRIM dengan menggunakan pengangkutan awam.Banyak acara yang akan berlangsung di SIRIM kelak.Macam2 ada,berbaloi-baloi.Terbuka kepada rakyat Serawak pelbagai agama dan bangsa.Buktikan kita urang Serawak duduk sama rendah,berdiri sama tinggi antara sesama.Sekda duak,sekda tiga.Sudah tentulah negeri kita,Serawak contoh terbaik kepada 1Malaysia.The best ever communities gathering in Malaysia.

OOOOO000ha.

Tuesday, October 27, 2009

Update,Majlis Lan Berambeh@SIRIM,1 November 2009,Ahad,1200 tengahari-1600 petang.

Kepada mereka yang datang sendiri atau menggunakan pengangkutan awam,anda boleh berbuat demikian dengan menggunan KTM Komuter arah Pelabuhan Klang.KTM Komuter terletak di KL Sentral.Sila ke platform n0.5,Pelabuhan Klang.Berhenti di stesen Shah Alam.Wakil dari Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung akan ditempatkan di stesen Shah Alam nanti.Bas SIRIM akan mengambil anda setiap 20 minit bermula jam 1100 pagi.Majlis ini terbuka kepada seluruh warga Sarawak tidak kira apa jua kerjaya anda samada pelajar,golongan profesional dan lain-lain.Datanglah beramai-ramai.

Friday, October 23, 2009

Papan Notis


Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Sarawak Semenanjung
1 November 2009,Sunday
1200hrs-1600hrs
SIRIM,Seksyen 2,Shah Alam,Selangor.

Tuesday, October 20, 2009

Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung

Kepada anak-anak Sarawak sekalian yang bermastautin mahupun belajar di bumi Semenanjung ini,daftarlah diri anda di laman Facebook Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung.Kepada mereka yang mengenali sahabat,kenalan,housemate,roommate,anak murid,cikgu,cikgi,anggota polis,tentera,bomba,pertahanan awam,rela,pemandu teksi,jiran,bos tempat kerja anda dan sebagainya yang berasal dari Sarawak,silalah bawa perkhabaran ini kepada mereka.Terima kasih daun keladi saya ucapkan.Tujuan penubuhan Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung ini adalah untuk membantu anak-anak Sarawak di Semenanjung ini tanpa mengira agama,status bangsa mahupun permasalahan yang dihadapi.Bersama-samalah kita segulai sejalai dan pegang tangan erat-erat mengukuhkan hubungan di antara satu sama lain

Kamek urang Serawak.

Friday, October 9, 2009

Cantik di Permukaan Sahaja.

Bahagian Satu
Beberapa hari yang lalu aku menonton HUJAH.Bagi yang tidak tahu rancangan ini ke udara di TV9 yang dipengerusikan oleh Dr.Agus.Dr.Agus pula memang terkenal dengan gaya provoknya menemubual para tamu.Hari dan masa aku tak ingat.Tamu pada malam itu ialah Datuk Salleh Majid,pakar ekonomi negara.tajuk yang dibicarakan ialah Ekonomi Moden.banyak sekali isu-isu yang berkaitan ekonomi negara dibualkan terutama sekali isu basi,pengangkutan awam.Antara yang paling menarik perhatian aku ialah perihal para graduan IT antaranya yang diutarakan oleh Dr.Agus.Datuk Salleh Majid dengan segera menempelak keadaan ini yang sememangnya sudah lama menjadi isu.Orang kerajaan tidak sedar barangkali.Tidur?Pihak universiti pula dilihat seakan berlumba-lumba menyediakan kursus IT kononnya mahu memenuhi permintaan pasaran kerja.Hasilnya negara mempunyai lambakan graduan IT yang merempat kerana tidak diterima bekerja di MSC yang sepatutnya menjadi lubuk cerdik pandai IT tempatan..Banyak syarikat gergasi di MSC tidak mengambil mereka bekerja kerana miss match.Mereka hanya belajar di surface sahaja dan tidak digali dengan lebih mendalam.Salah siapa?Adakah Pihak universiti acuh tidak acuh hanya mengajar surface sahaja ataupun graduan IT yang malas menggali,selesa disuap sahaja?
Bahagian Dua
Aku amatlah tersangat setuju dengan kenyataan Datuk Salleh Majid.Perkara ini juga terjadi di universiti dan juga institusi kemahiran negara yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan batik samada seni halus ataupun textiile.Memang betul.Aku berhadapan dengan situasi ini selama aku mengabdikan diri dalam industri batik negara.Aku dan rakan-rakan sekerja yang lain terkejut dengan hasil yang dikeluarkan oleh universiti dan institusi kemahiran negara yang berkaitan.Memang betul mereka hanya diajar permukaan sahaja dan tidak diajar untuk menggali dengan lebih mendalam.Sekali lagi,siapakah yang harus dipersalahkan?Pihak yang berkaitan?Pensyarah atau graduan itu sendiri?Jelas ketara sekali ketiga-tiga pihak ini begitu selesa dengan apa yang ada di mata mereka.Bagi pihak yang berkaitan dan pensyarah,anda sebenarnya harus merombak semula kaedah pengajaran anda.Kaedah pengajaran anda amatlah lapuk ditelan zaman.Anda juga perlu tahu graduan-graduan anda tidak dapat memenuhi pasaran kerja industri batik walaupun bertahun-tahun belajar mendapatkan segulung Ijazah,Diploma ataupun Sijil.Kami di pihak industri tidak dapat menerima mereka kerana mereka tidak mencapai standard kami.Lantas,aku dan rakan-rakan sekerja yang lain memikirkan apakah yang mereka belajar dan diajar?Jika pihak yang berkaitan ini tidak cukup tangan maka kami di pihak industri punya ramai pakar dalam batik.Kami bersedia bila-bila saja dalam menambahbaikkan kaedah pengajaran pihak-pihak ini.Bagi pihak graduan pula,anda harus cari jalan alternatif bagaimana untuk memajukan diri anda.Jangan hanya bersandarkan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sahaja.Tidak cukup.Anda harus meneroka.Jika anda tamat pengajian,tetapi kami mendapati anda bukan pilihan kami maka anda adalah gagal.Anda banyak kuah daripada isi.Hasilnya,bila anda gagal, anda terpaksa bekerja dalam industri lain ataupun belajar semula kursus lain yang jelas merugikan kami di pihak industri yang benar-benar memerlukan generasi muda meneruskan khazanah berharga negara ini.Kami veteran dan perlu pelapis.Bila ketiga-tiga pihak ini tidak sedar akan permasalahan ini,maka situasi ini tidak ubah seperti mesin fotostat yang mencetak rupa dan bentuk yang sama berulang kali semahunya.Apa yang mahu dibanggakan jika segulung Ijazah,Diploma mahupun Sijil tidak sepadan dengan skil para graduan umpama kuah banyak dari isi tadi.Cantik di permukaan sahaja.
Bahagian Tiga
Kami cerewet dalam industri kami kerana kami tidak mahu mereka yang mindanya umpama tin kosong berada dalam industri kami.Kami mahu apabila mereka berada di dalam industri ini,mereka bekerja dengan nilai-nilai murni yang tinggi.Bukan kerja cincai,asal boleh ataupun setakat bangga dengan Ijazah,Diploma mahupun Sijil kuah mereka itu. Alangkah bagusnya jika skil para graduan digabungkan dengan skil yang ada pada kami.Kami mahu pihak berkaitan berinteraksi dengan lebih kerap lagi aktif dengan pihak indstri batik negara.Anda semua perlu duduk dan belajar dari kami yang bekerja di belakang tabir yang secara langsung dalam pembikinan batik ini.Tidak salah untuk bertanya walaupun anda sedar anda lebih tinggi dari kami.Mana mungkin ya mereka yang tinggi bellajar dimana tok gurunya rendah sahaja ataupun yang tinggi belajar dengan yang rendah.Apa kelas mungkin.

Jariku menari salsa,ligat dan rancak.

Monday, October 5, 2009

Kuala Lumpur International Batik Convention and Exhibition 2009,11-13 December 2009,KL Convention Centre,Kuala Lumpur,Malaysia.

INTRODUCTION
Organised by Yayasan Budi Penyayang Malaysia,the inaugural KLIB Convention and Exhibiton was held in 2005,With speakers from 15 countries,that Convention was attended by some 500 people from various fields-artists,designers,students,lecturers,people in the batik and handicrafts industry,batik enthusiasts and aficionados.The Exhibition,which had a wide array of batik fashion and products had some 10.000 visitors.The KLIB Convention and Exhibition in 2007 is designed to be aniconic event that showcases the multiple dimensions of batik-art and craft,technique and technology,marketing and business-to the world.
The conference aims to be a platform to;
*develop an international network of batik enthusiasts
*foster closer ties among batik producing countries
*create a forum for the batik craft and industry around the world
*share techniques,innovations tecnology and marketing strategies for batik craft and industry
*focus on the long term relevance,growth,progress and prominence of the batik craft and industry internationally.
In essence,the Convention will exemplify the coming together of the traditional and contemporary aesthetics in batik art and craft,cutting edge technology and market driven business strategies fir the world to view and share.

Presentation Format
The Convention includes presentations in a form of papers,workshops,demonstrations,panel discussions and art and craft or multimedia displays.Presentations may be made in English or Bahasa Malaysia.

Conference Themes
All presentations should be conducted within the confines of any one of the combination of the following themes such as history of batik,design of batik,fashion of batik,hybridity of batik,versatility of batik,marketing of batik,technique of batik,aesthetics of batik,spirituality of batik,standards of batik,technology of batik,community of batik,endurance of batik,modernization of batik,transculturalization of batik,nationality/ethnicity of batik and internalization of batik.

Friday, October 2, 2009

Batik Indonesia,Warisan Budaya Dunia.Tahniah.

Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhoyono semalam meminta rakyatnya memakai batik hari ini sebagai meraikan pengiktirafan UNESCO yang menyenaraikan batik republik itu sebagai warisan budaya dunia.Tahniah diucapkan sekali lagi.Sudah tentu batik republik itu berada di kelas eksklusif berikutan pengiktirafan UNESCO itu.Ini juga bermakna industri players republik itu buat kerja mereka menaikkan nama batik setinggi mungkin.Usaha yang aku lihat sebagai rajin ini akhirnya berbaloi.Namun apa pula cerita industri players batik di Malaysia?Aku hanya di balik tabir.Sebagai contoh yang paling nyata ialah laman blog Persatuan Batik Malaysia itu sendiri.Satu usaha yang baik kerana PBM memasuki era maya tanpa sempadan,tetapi sejak kelahiran laman blog PBM ini pada tanggal 27 Julai 2009 sehinggalah ke hari ini tiada satu pun maklumat terbaru yang tersiar tidak kiralah maklumat terbaru mengenai apapun yang berkaitan dengan batik Malaysia.Ayuh bangunlah PBM,celiklah.Kalau ada sebarang usaha yang anda lakukan walaupun sebesar biji sawi silalah update entry di laman blog anda.Mungkin aku tidak tahu anda ada buat kerja.Hampir setiap hari bahkan dalam sehari sehingga berkali-kali aku melawat laman blog PBM namun aku hampa maklumat terbaru tetap tiada hanya gah alamat PBM yang sudah lapuk itu.PBM selaku industri players yang paling hadapan dalam industri ini haruslah memikirkan cara bagaimana mahu meningkatkan lagi taraf batik bukan hanya untuk mendapatkan nama dan jawatan ataupun selesa duduk di kerusi empuk sahaja tanpa berbuat apa-apa.Batik Malaysia punya banyak isu yang perlu ditangani.Salah satunya,ramai golongan muda hari ini punya banyak peluang untuk memilih masa depan mereka.Antaranya batik sebagai kerjaya mereka.Namun apakah batik yang akan dipilih sebagai kerjaya mereka ini dilihat berbaloi jika tiada usaha dengan lebih serius dilakukan?Mahukah graduan Ijazah dalam Fine Arts bekerja di dalam bidang ini dengan tangan,kaki,jari,kuku kotor dengan warna.Mahukah mereka bekerja di studio atau kilang batik yang tiada penghawa dingin?Mahukah juga mereka bekerja tanpa memakai tali leher,baju dan seluar yang branded?Hanya pakai baju dan seluar yang lusuh sahaja?Ada bapa yang bekerja di bahagian kemahiran tetapi tidak merelakan anak mereka bekerja dalam bidang ini.Mengapa?Relakah ibubapa zaman sekarang merelakan anak mereka kerja batik?Sudah tentu jika keadaan batik Malaysia itu jitu,aku yakin graduan Ijazah Fine Arts,Diploma,Sijil semua akan rela bermandikan warna,berpeluh setiap hari mengabdikan diri sama-sama meningkatkan imej batik Malaysia.Inilah antara jutaan persepsi yang perlu ditangani oleh PBM.Perlu ditukar persepsi ini dan perlu jika sentiasa berhubung dengan pihak yang berkaitan dalam kerajaan bagaimanakah caranya untuk menjadikan batik Malaysia sebagai punca rezeki kepada rakyat Malaysia.Batik Malaysia rata-rata ditunjangi mereka yang senior mahupun super senior baik dalam canting,warna mahupun designing baju dan material lain.Berapa keratkah mereka yang ada Ijazah ataupun Diploma ataupun Sijil dalam bidang Seni kekal dalam industri ini sebegitu lama?Ada pemegang Diploma Seni Batik,IKN bekerja sebagai jurutol.Penat lelah bertahun-tahun belajar batik tetapi akhirnya bekerja sebagai jurutol.Ada pula yang jadi baby sitter.Ada pula yang sambung belajar nak jadi jururawat.Menangis dibuatnya bila melihat anak-anak muda yang talented dalam batik membuat keputusan untuk bertukar kerjaya.Ini jelas bidang batik nyata tidak memberikan pulangan yang lumayan untuk masa depan mereka.Sudah tentu banyak perkara sekali lagi perlu ditangani oleh PBM.Sudah terlalu banyak peragaan fesyen di atas pentas sehingga ke seberang laut.Cukup cukuplah.Sudah tiba masanya untuk memberikan perhatian kepada subjek lain pula.Subjek fashion show memang kita juara.Jika pihak PBM ingin memerlukan bantuan dari aku,sudah tentu aku menerimanya.Ikhlas semata-mata mahu melihat batik Malaysia di segani bukan sahaja oleh masyarakat luar negara tapi yang lebih penting disegani oleh masyarakat Malaysia itu sendiri.Bila UNESCO mengiktiraf batik republik Indonesia sebagai warisan budaya dunia bermakna industri players mereka berhak untuk berpesta dan berbangga sepanjang hidup mereka.Aku setuju.

Tuesday, September 29, 2009

SMS Di Malam Raya.

Salam semua.Aku hanya akan mula bekerja on 1 October dikala ramai teman2 aku sudahpun bekerja walaupun diri dikuasai mood raya yang masih lagi fresh disana sini.Seperti biasa seperti ramai orang di Malaysia ini aku tidak terlepas dari menerima SMS Selamat Hari Raya daripada teman2.Ada ratusan semuanya but dari ratusan itu ada satu yang aku kira cun and mantap.Lain dari yang lain.SMS yang ke-14 dari Nikli Nodin.Boleh tahan gak pantun dua kerat my mate ni.Susah-susah jer Nikli Nodin ni mengarang pantun dua kerat lepas dia membanting tulang masak tolong ibundanya. You make me smile that night.Thanks again.Silalah baca seadanya.

Gula Pak Yudi dihurungi semut,
I dah atas katil,tengah tarik selimut,

Kita berkawan di alam maya,
Yeaaayyy,besok dah raya,

Dari JB terbang ke Miri,
Yooo,En.Yudi jaga diri,

Makan rendang tergigit lada,
En.Yudi dah nak ke Florida?

Sayup-sayup dendang perantau,
Kalau jadi,jangan le lupa bagitau,

Ikan keli di dalam kolam,
Ok,selamat malam.

Sunday, September 13, 2009

Salam Lebaran 1430H


Salam Lebaran ini ditujukan kepada semua yang mengenali aku
dari mula aku blogging sehinggalah ke saat ini.
Alhamdulillah,Allah SWT sudi memanjangkan nafas aku sehinggalah ke saat ini.
Ditujukan kepada rakan-rakan top Facebook aku seperti Nikli Nodin,Amir Stuv,
rakan maya Chelsea aku,Azim Ashaary,Moneirah Abu Bakar dan Al-Abdad.
Tidak lupa juga kepada Jime Jojes,Dalf serta rakan-rakan The Best yang lain.
Ampun dan maaf dipinta andainya aku ada buat salah dan silap serta mengguris hati sekalian semua sepanjang aku mengenali kamu semua.
Aku bukanlah manusia yang sempurna.

Aku manusia yang jahil penuh dengan kekhilafan.
Yang baik datang dari Allah SWT,yang buruk datang dari aku sendiri.
Sambutlah Lebaran dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan.

Semoga berbahagia menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.
Maaf zahir dan batin.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak dan Mahasiswa Sarawak

Tarikh: 7 September 2009(Isnin)
Jam :1645 petang-1030 malam
Tempat:Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)

Majlis ini anjuran bersama Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung,Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani ,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi serta Shell Malaysia Berhad.Tempat adalah terhad untuk 500 orang sahaja.Sila hubungi En.Rafiq,018-3778477
atau emel ke rafiqhafeezy@yahoo.com untuk mengesahkan kehadiran anda.Bas akan disediakan di kawasan KL Sentral dan beberapa kawasan hotspot yang akan diumumkan kelak.Bas akan
bertolak jam 1600 petang.Untuk mahasiswa/siswi Sarawak,surat jemputan telahpun dihantar
ke HEP universiti masing-masing.Sila maklumkan kepada pihak kami jika anda perlu pengangkutan untuk mengambil anda di universiti masing-masing.

Tarikh akhir ialah 4 September 2009(Jumaat) sebelum tengahari.

Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini nanti.

Wednesday, September 2, 2009

Malaysia Satu,nyanyian Faizal Tahir.Juara Lagu 1 Malaysia.


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan
Satu impian

nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janjiku padamu harapanmu
inginku laksanakan
kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi
membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu
semangatku terus membara
janjiku padamu harapanmu
ingin ku laksanakan
Satu Malaysia
kita inspirasi pada dunia
Namakan dijulang kita menjadi
kebanggaan Satu wawasan
bersama bergandingan
Genggaman tanganmu
semangatku terus membara
janjiku padamu harapanmu
inginku laksanakan.

Lagu:Audi Mok
Lirik:Nur Fatimah


Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan Ya Ramadhan 1430H

Kepada muslimin dan muslimat yang mengenali aku diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.Semoga ibadah puasa kita mendapat kurniaan yang setimpal oleh Allah SWT.Usahlah membazir membeli jamuan,cukup sekadar untuk alas perut.Ingatlah negara kita mewah pelbagai sedangkan negara lain kebuluran menderita ketiadaan makanan.Semoga Ramadhan ini juga daat menginsafkan kita sebagai hamba yang sujud kepada Allah SWT.

Tuesday, August 18, 2009

Piala Seri Endon 2009,Announcement of Results,Round 1 Judging,Fashion Category.

Below is the successful participants to the Semi-Final Fashion category.

Please note that all successful participants will have to collect their fabric samples as soon as possible from 1000hrs-1600hrs at Level 3,Wisma Penyayang,Seri Kembangan,Selangor.Call Mr.Azfa for an appointment.

1.FH002,Zainur Asyiqin Zainal Abidin,Phytton:Into The Wildness Trend and Elegance.
2.FH004,Leong Shou Shing,Orientik.
3.FH007,Srikandi,Movement Expression.
4.FH008,Coral Spark,Coral.
5.FH009,Galaxy,Cakerawala.
6.FH011,Artfish Studio,Fiery Crab.
7.FH012,Matahari Crew,The True Spirit.
8.FH015,Japanese,Falling Pieces.
9.FH017,A.Fish,Henna.
10.FH018,S.A,The Wave of Evening Bubbles.
11.FH019,A.S,Mysterious of Universal.
12.FH020,Trendista Five,The Blissful Circus.
13.FH021,Double Ling,Nyonya.
14.FH025,R.S.P In Action,The Fantasy of Daisy.
15.FH026,Arowana,Arowana World.
16.FH032,Pucuk Rebung,Colours of Begonia.
17.FH033,Femmz Fatale,Rosa-Sinensis.
18.FH034,Vogue Girls,Reborn.
19.FH035,Stabilized,Kobis(Cabbages).
20.FH036,Prudence Yap Swee Yee,Brighten Up Your Life.
21.FH037,T.M.S,Speechless Touch.
22.FH039,Maisarah,The Beautiful Ressistant.
23.FH040,Silent Killer,Influenza A(H1N1).
24.FH041,Sithaletchumy a/p Tangga Muthu,Pekaka.
25.FH042,Trang Bulan,Queen of the Night-Siri 1.
26.FH043,Wrasse Team,Ilham Ranggi.
27.FH045,Bob Maleys,Bisa Berbisa.
28.FH046,Sparkle Aura,Aura Bunga Lawang.
29.FH047,Igu Group,Chiky of Iguana.
30.FH048,The Three,Dark in the Light.
31.FH049,All In,Kerajinan.
32.FH050,Dancing Silhouette,Dancing Silhouette.
33.FH051,Leong Siew Teng,Mystery of Eyes.
34.FH052,The Beauty of Colours,The beauty of Colours.
35.FH054,Ma Ying Pai@Aggie,One Malaysia.
36.FH055,Nurminhana Abdul Rashid,Eternal Elegance.
37.FH056,Vector,Virus.
38.FH057,Akmal Ariffin,Merak Kayangan.
39.FH061,Mohd.Arefen Zaidin,The Blooming Camellia.
40.FH063,KJ 2009,Irresistible Sensation of Poppy.
41.FH064,Dirly and Crew,Dua Dunia.
42.FH066,We-Design,Ikal Mayang.
43.FH0067,Senijiwa,Pamor Manggis,Zuhruf Khursani.
44.FH068,The Borneo Za,Garis Bayu Santubong.
45.FH071,Paris Ong Xiu Ru,Pacth of Life.
46.FH073,Meeting in Two,Dream Me a Dragon.
47.FH076,Rico Rinaldi Tono,Republik Flora.
48.FH077,Tinta,Cosmos.
49.FH079,The Textile Favour,Malay Geometric and Architecture Form.
50.FH080,The Combination of Three,The Essentric of Kenanga.
51.FH081,Zailani Abu Hassan,Busana Muslimah.
52,FH082,Danielle and Dennis,Kucing Si Manja

Thank you and Congratulations.

Malaysia Batik,Crafted for the World.

Menjelang Ramadhan 1430H,Anda bergaji besar dan anda mampu untuk bayar zakat untuk ibubapa anda.Mengapa hanya bayar zakat untuk diri anda sahaja?

Tuesday, August 11, 2009

Dia,Yang Tabah

Dia seorang ayah yang paling tabah selepas abah aku.Bermacam dugaan aku lihat depan mata.Dia sahabat aku.Dugaan diredah dengan tabah walau apa jua dugaan yang datang.Lepas satu,dua.
Ya Allah,Engkau kuatkan semangat aku seperti dia.Aku kagum melihat dia hidup dengan tabah.Biar perut dia kosong asalkan yang terbaik untuk anak-anaknya.Aku dapat lihat riak wajah dia bercampur-baur dengan pelbagai kerisauan.Sengaja menghiburkan diri untuk menghilangkan kerisauan buat seketika yang pasti akan menjelma semula.

Dia,yang tabah.

Saturday, August 8, 2009

Gelaran.

Van Puaka.Blue Hyppo.JJQ.Beruang.P.

Saturday, June 27, 2009

Will You Be There by Mikhaeel Jackson

Hold Me
Like The River Jordan
And I Will Then Say To Thee
You Are My Friend

Carry Me
Like You Are My Mother
Love Me Like A Brother
Would You Be There?

Weary
Tell Me Will You Hold Me
When Wrong,Will You Scold Me
When Lost Will You Find Me?

But They Told Me
A Man Should Be Faithful
And Walk When Not Able
And Fight Till The End
But Im Only Human

Everyones Taking Control Of Me
Seems That The Worlds
Got A Role For Me
Im So Confused
Will You Show For Me
You'll Be There For Me
And Care Enough To Bear Me

[Hold Me]Show Me
[Lay Your Head Lowly]
Told Me
[Softly Then Boldly]
[Carry Me There]
Im Only Human

[Lead Me]
Hold Me
[Love Me And Feed Me]
Ye Yeah
[Kiss me And Free Me]
Yeah
[I Will Feel Blessed]
Im Only Human

[Carry}
Carry
[Carry Me Boldly]
Carry Me
[Lift Me Up Slowly]
Yeah
[Carry Me There]
Im Only Human

[Save Me]
Need Me
[Heal Me And Bathe Me]
Lift Me Up Lift Me Up
[Softly You Say To Me]
[I Will Be There]
I Will Be There

[Lift Me]
Im Gonna Care
[Lift Me Up Slowly]
[Carry Me Boldly]
Yeah
[Show Me You Care]
Show me You Care

[Hold Me}
Whooo
[Lay Your Head Lowly]
I Git Lonly Some Times
[Softly Then Boldly]
I Git Lonly
[Carry Me There]
Yeah Yeah Carry Me There
Yeah Yeah Yeah
[Spoken]
In Our Darkest Hour
In My Deepest Despair
Will You Still Care?
Will You Be There?
In My Trials
And My Tripulations
Through Our Doubts
And Frustations
In My Violence
In My Turbulence
Through My Fear
And My Confessions
In My Anguish And My Pain
Through My Joy And My Sorrow
In The Promise Of Another Tomorrow
I'll Never Let You Part
For You're Always In My Heart

Thursday, June 25, 2009

Selsema Babi Sesuai.Bukan Influenza A H1N1.

Mana satu nak pakai Selsema Babi atau Influenza A H1NI?Influenza A H1N1 bunyi agak sopan kerana mungkin melindungi hak penternak babi tempatan kononnya takut perusahaan tersebut terjejas.Lihat saja beberapa kejadian yang berlaku di Melaka tidak berapa lama dulu,kepala babi 'mereka' gantung disana sini di pagar rumah orang Melayu.Sungguh biadap.Pantai di Melaka dicemari najis haiwan berkenaan.Dengan bau yang terpaksa dihidu setiap hari.Aku yakin negeri lain pun alami benda yang serupa.Kerajaan Melaka tidak berbuat apa-apa aku fikir akan hal tersebut.Aku bukan nak racist here.

Tuesday, June 23, 2009

RM65 juta

Banyak tu.Hari ini aku baca akhbar online yang memetik Air Asia mempunyai hutang tertunggak cukai lapangan terbang bernilai seperti di atas.Well,bagus juga Ahli Parlimen PKR membangkitkan hal ini.Kalau tidak rakyat seperti aku yang selalu turun naik flight tidak ketahuan akan perkara ini.Mana tidaknya,cukai kan sudah dibayar masa kita buat bayaran online.So,mengapa tertunggak lagi?Tidak cukup?Atau...?Datuk Tony Fernandes sila jawab.Ya,aku peduli.Aku tak kisah kalau korang tidak peduli.

Monday, June 22, 2009

One Malaysia.

Aku kacukan Jawa di sebelah ayah aku,atok dan nenek sebelah mak aku Melanau dan Cina.Anda?

Saturday, June 20, 2009

Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung
21 Jun 2009,Ahad,1630hrs

Restoran Pelita,Jalan Ampang

*Semua warga Sarawak yang bermastautin di Semenanjung adalah dialu-alukan hadir.

Friday, June 19, 2009

Salut Abah Aku.

Aku nak ucapkan Happy Fathers Day kepada semua bapa di seluruh Malaysia.Macam aku,aku panggil abah.Malam tadi aku wish abah aku.Sebak jugak menahan nangis.Aku bersyukur hingga ke saat ini aku masih punya abah.Syukur kepada-Mu.Tidak dapat dinafikan tanggungjawab abah aku sama jugak dengan bapa2 lain seluruhnya.Nak anak berjaya,mendidik semampu mungkin baik duniawi mahupun ukhrawi dan lainnya.Macam abah aku,dia tidak memberi segala.Sebaliknya aku dan adik aku harus bekerja keras jika mahukan sesuatu.Zaman aku dan adik aku,kami berdua jalan kaki sekolah.Pergi dan balik.Tiada kemudahan henset ketika itu(masa tu sapa pakai henset,kayalah dia).Untung dan bahagia sungguh sebahagian besar anak-anak sekarang diberikan kemudahan kereta,moto serta lengkap dengan gajet seperti laptop,henset canggih,mp3 dan sebagainya.Jujurnya aku dan adik aku berputih mata untuk mengecapi semua itu.Tiada istilah kemewahan.Kalau nak usaha sendiri,tegas abahku.Dan usaha sendiri itulah yang kami lakukan sekarang.Abah aku amat tegas dalam mendidik aku dan adik aku.Rotan?Itu jangan cakap.Puas aku dan adik aku makan lauk rotan.Aku dan adik aku punya jadual harian yang ketat.Pukul 3 petang baru boleh keluar bermain dan sebelum Maghrib harus balik.Kalau tak,abah aku akan menjelajah ke segenap pelusuk umpama singa kelaparan mencari kami berdua.Pukul 9 malam tido.Hujung minggu dibenarkan tido lewat.Balik jer abah aku dari kerja,spot check beg sekolah satu-persatu dilihat dengan teliti sampailah monitor homework kami berdua.Abah aku berpewatakan amat sederhana.Tidak suka menunjuk-nunjuk dan jujur dalam meluahkan apa saja yang terbuku di hati baik dengan kami sekeluarga mahupun dengan mereka yang disekelilingnya.Minta maaf banyak2 kalau terasa.Sifat inilah yang diwarisi oleh aku hingga kini,lantang meluahkan apa yang terbuku dihati serta bersikap jujur dengan diri sendiri.Tidak suka watak wayang kulit dan berpura-pura.Aku tidak betah melakonkan watak plastik.Sesungguhnya jasa dan pengorbanan abah aku tidak ternilai mahalnya.Aku tahu abah aku sudah melakukan yang terbaik untuk aku.Semoga abah aku panjang umur,murah rezeki selalu serta dikurniakan kesihatan yang berkekalan.Amin.Aku masih perlukan kasih sayang abah aku.Thank you abah kerana membesarkan aku selama ini.

Wednesday, June 10, 2009

Semoga Roh Dicucuri Rahmat .Amin.

Al-Fatihah dan ucapan takziah kepada keluarga 11 jemaah yang dibunuh kejam semasa menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Al-Furqan,Kampung Air Tempayan,Selatan Thailand semalam.Semua 11 jemaah mati ditembak bertalu-talu dari belakang dan tepi dengan kejam.Sungguh menyayat hati.Aku sebagai umat Islam Malaysia berkongsi rasa sedih dan terkejut dengan kejadian yang berlaku di Selatan tahiland ini yang tiada noktahnya.Semoga roh mereka yang terbunuh ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT.Amin.

Tuesday, June 2, 2009

Bunga Bondaku






Ya Salam ya salam.Aku balik seminggu ke kampung halaman aku bulan lepas.Kebetulan ada 5 jenis bunga yang yang menyambut kepulangan aku.Sejuk mata memandang.Di taman perumahan aku tu,hanya rumah aku jer yang ada banyak jenis bunga dan orkid.Sememangnya bondaku aku amat dikenali dengan kehandalan menanam bunga dan orkid.Well,that is my mother.Bunga inspirasi bondaku.

Monday, June 1, 2009

Apabila Adam dan Hawa Disatukan

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada pasangan mempelai dua sejoli
Norfazlonnisa binti Baharom serta suami Basyir bin Naim yang berlangsung pada 2 Jun 2009 di Pendang,Kedah.Semoga bahagia hingga ke anak cucu berkekalan hingga ke akhir hayat.Moga masjid yang dibina dipayungi rahmat oleh Allah SWT senantiasa.Amin.

Saturday, May 30, 2009

We Are The Champions Of All



This is Frank Lampard and Didier Drogba.
CHELSEA 2-Everton 1.
CHELSEA FC,FA CUP 2009 Winner.


CHELSEA!CHELSEA!

Gayu Guru Gerai Nyamai


Aku mengambil kesempatan di sini untuk wish Selamat Hari Gawai kepada mereka yang menyambutnya di seluruh Malaysia terutamanya di negeri Sarawak.

Gayu Guru Gerai Nyamai.

Long life,health and prosperity.

Wednesday, May 27, 2009

Aku Pecah Rekod

Mula-mula 2 pastu 3 pastu 4 pastu 6 dan hari ni 12 pusingan jogging tanpa henti.Kepada budak amoi tu,im leading u dear.

Saturday, May 23, 2009

Aku Jealous

Aku baru balik dari jogging kat USJ 16 park.Aku jealous tengok seorang budak pompuan chinese umur dalam 9 tahun jogging about 10 round taman sebesar padang bolasepak.Aku?7 pusingan jer.

Friday, May 22, 2009

Piala Seri Endon 2009

Kepada anak-anak muda MIA,UiTM,UNIMAS,IKN,IKBN,LimKokWing,Pereka Tekstile serta sekaliannya yang hebat,kreatif lagi inovatif dipersilakan untuk menyertai pertandingan batik paling berprestij,Piala Seri Endon 2009.
Untuk pengetahuan anda,Piala Seri Endon 2009 diadakan bersama dengan Kuala Lumpur International Batik Convention(KLIB 2009) yang akan dihadiri para perwakilan batik seluruh dunia Disember nanti.
Mereka yang berminat menyertainya bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman sesawang Yayasan Budi Penyayang di
www.penyayang.org.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tarikh tutup untuk pusingan pertama adalah pada hari Rabu,29 Julai 2009.
Laman blog ini juga akan senantiasa up to date maklumat terkini mengenai
Piala Seri Endon 2009 ini dari masa ke semasa.
Marilah bersama-sama buktikan anda hebat,kreatif lagi inovatif.

Semoga berjaya.

Wednesday, May 20, 2009

Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung


Adalah dengan rasa rendah diri mempersilakan anak-anak Sarawak untuk menyertai Persatuan ini khas kepada anak-anak Sarawak yang bekerja di Semenanjung.Tidak kira bangsa,agama dan taraf pekerjaan adalah amat dialu-alukan.Kepada mereka yang punya sahabat handai yang berasal dari Sarawak,sila maklumkan kepada mereka.Jasa anda amatlah saya hargai.
Sila search Facebook Support Penubuhan Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung atau hubungi saya di kingacong79@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Related Posts with Thumbnails