Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhoyono semalam meminta rakyatnya memakai batik hari ini sebagai meraikan pengiktirafan UNESCO yang menyenaraikan batik republik itu sebagai warisan budaya dunia.Tahniah diucapkan sekali lagi.Sudah tentu batik republik itu berada di kelas eksklusif berikutan pengiktirafan UNESCO itu.Ini juga bermakna industri players republik itu buat kerja mereka menaikkan nama batik setinggi mungkin.Usaha yang aku lihat sebagai rajin ini akhirnya berbaloi.Namun apa pula cerita industri players batik di Malaysia?Aku hanya di balik tabir.Sebagai contoh yang paling nyata ialah laman blog Persatuan Batik Malaysia itu sendiri.Satu usaha yang baik kerana PBM memasuki era maya tanpa sempadan,tetapi sejak kelahiran laman blog PBM ini pada tanggal 27 Julai 2009 sehinggalah ke hari ini tiada satu pun maklumat terbaru yang tersiar tidak kiralah maklumat terbaru mengenai apapun yang berkaitan dengan batik Malaysia.Ayuh bangunlah PBM,celiklah.Kalau ada sebarang usaha yang anda lakukan walaupun sebesar biji sawi silalah update entry di laman blog anda.Mungkin aku tidak tahu anda ada buat kerja.Hampir setiap hari bahkan dalam sehari sehingga berkali-kali aku melawat laman blog PBM namun aku hampa maklumat terbaru tetap tiada hanya gah alamat PBM yang sudah lapuk itu.PBM selaku industri players yang paling hadapan dalam industri ini haruslah memikirkan cara bagaimana mahu meningkatkan lagi taraf batik bukan hanya untuk mendapatkan nama dan jawatan ataupun selesa duduk di kerusi empuk sahaja tanpa berbuat apa-apa.Batik Malaysia punya banyak isu yang perlu ditangani.Salah satunya,ramai golongan muda hari ini punya banyak peluang untuk memilih masa depan mereka.Antaranya batik sebagai kerjaya mereka.Namun apakah batik yang akan dipilih sebagai kerjaya mereka ini dilihat berbaloi jika tiada usaha dengan lebih serius dilakukan?Mahukah graduan Ijazah dalam Fine Arts bekerja di dalam bidang ini dengan tangan,kaki,jari,kuku kotor dengan warna.Mahukah mereka bekerja di studio atau kilang batik yang tiada penghawa dingin?Mahukah juga mereka bekerja tanpa memakai tali leher,baju dan seluar yang branded?Hanya pakai baju dan seluar yang lusuh sahaja?Ada bapa yang bekerja di bahagian kemahiran tetapi tidak merelakan anak mereka bekerja dalam bidang ini.Mengapa?Relakah ibubapa zaman sekarang merelakan anak mereka kerja batik?Sudah tentu jika keadaan batik Malaysia itu jitu,aku yakin graduan Ijazah Fine Arts,Diploma,Sijil semua akan rela bermandikan warna,berpeluh setiap hari mengabdikan diri sama-sama meningkatkan imej batik Malaysia.Inilah antara jutaan persepsi yang perlu ditangani oleh PBM.Perlu ditukar persepsi ini dan perlu jika sentiasa berhubung dengan pihak yang berkaitan dalam kerajaan bagaimanakah caranya untuk menjadikan batik Malaysia sebagai punca rezeki kepada rakyat Malaysia.Batik Malaysia rata-rata ditunjangi mereka yang senior mahupun super senior baik dalam canting,warna mahupun designing baju dan material lain.Berapa keratkah mereka yang ada Ijazah ataupun Diploma ataupun Sijil dalam bidang Seni kekal dalam industri ini sebegitu lama?Ada pemegang Diploma Seni Batik,IKN bekerja sebagai jurutol.Penat lelah bertahun-tahun belajar batik tetapi akhirnya bekerja sebagai jurutol.Ada pula yang jadi baby sitter.Ada pula yang sambung belajar nak jadi jururawat.Menangis dibuatnya bila melihat anak-anak muda yang talented dalam batik membuat keputusan untuk bertukar kerjaya.Ini jelas bidang batik nyata tidak memberikan pulangan yang lumayan untuk masa depan mereka.Sudah tentu banyak perkara sekali lagi perlu ditangani oleh PBM.Sudah terlalu banyak peragaan fesyen di atas pentas sehingga ke seberang laut.Cukup cukuplah.Sudah tiba masanya untuk memberikan perhatian kepada subjek lain pula.Subjek fashion show memang kita juara.Jika pihak PBM ingin memerlukan bantuan dari aku,sudah tentu aku menerimanya.Ikhlas semata-mata mahu melihat batik Malaysia di segani bukan sahaja oleh masyarakat luar negara tapi yang lebih penting disegani oleh masyarakat Malaysia itu sendiri.Bila UNESCO mengiktiraf batik republik Indonesia sebagai warisan budaya dunia bermakna industri players mereka berhak untuk berpesta dan berbangga sepanjang hidup mereka.Aku setuju.
HAPPY 31ST ZUBEDYSARY
-
Today, we proudly celebrate the 31st anniversary of Zubedy (M) Sdn Bhd — a
Malaysian-grown organization that has spent over three decades helping
corpor...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
HAPPY ENDING
-
*At the end of the day, if someone wants to be in your life, they will be.
Truly — they are capable, they will make the effort, they will show u...
Datuk Seri Gala
-
Salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...
Bagaimana tabir akalnya (?) dia menangis, selesai kering dilucut lari
Orangnya bersongkok hitam...
2019 volvo xc40 gas mileage
-
Volvo has launched photos and technical aspects of its smallest SUV that
was . The 2019 Volvo XC40 comes with alterations comparing to its allies as
we c...
Cat rumah RM7000
-
alahai dengar tajuk aje rasa nak gelak.
gini ceritanya, kan dh last minute sangat kan. x sempat nak cat rumah.
nak dijadikan cerita, saya xsuka dengan warna...
Official : Selamat datang Cuadrado
-
Statement dari website chelseafc
Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of Juan Cuadrado
from Fiorentina.
The 26-year-old has joined...
Apa Kau Patut Buat Dengan Idea Kau
-
"Wei, aku ada idea untuk buku. Apa kata aku bagi kau rangka cerita, lepas
tu kau tulis. Amacam?" tanya kawan sekolah aku yang tak pernah tegur aku
langsung...
NIATmu itu suci
-
Membantu gelandangan bukan satu dosa. Ia dipandang mulia oleh masyarakat
dan agama masing-masing.
Dah lama aku ingin berikan pandangan ini. Tetapi atas da...
Antara Yang Tertulis #1
-
Sesungguhnya dunia tidak pernah berhenti berputar. Waktu berlalu. Yang
dikatakan evolusi juga mengambil tempat. Di dalam setiap proses ini,
manusia semakin...
Jom UNDI Palestine
-
Jom klik VOTE (undi) pada Palestine. Tunjukkan kepada dunia bahawa orang
yang sokong israel itu hanya ceteot sahaja ……. Sila
ke http://palestine-or-israel....
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Kisah Seorang Arkitek - Cape Town
-
Salam.
Sedang berada di Cape Town. Sorang-sorang. Sungguh sunyi.
Hampir seminggu tak bercakap dalam bahasa melayu. Sungguh sepi.
Dengar tak?
Bunyi cengke...
Luqies
-
Orang boleh mencuri hasil kerja aku~Dan jaja pada satu dunia.
Yang ini adalah hasil kerja mereka.Demi mengaut untung popular sesaat.
Tapi yang nyata.Mereka...
Volks Burger @ Ampang, Kuala Lumpur
-
[image: Untitled]
It's strange but life seems a little empty without blogging. Like
bicycling, I guess one must get back into the saddle and start it
agai...
Happy Birthday sis Fatin !!!
-
Korang tauu takk hari nie hari jadi sis fatin kesayangan akuu . aku sayang
dia . aku suka dia sebab dia suka gelak macam Nur Amyra . Dia cantikk +
kiut m...
Saudara Muslim tanggungjawab bersama
-
(Al Islam bulan Nov 2010)
Bulan lalu, saya didatangi oleh seorang India Muslim yang telah memeluk
Islam hampir 10 tahun dan memerlukan bantuan, juga kunju...
Orang muda ini prihatin lagi lantang bersuara dan mewakili suara industri batik tanahair.Satu-satunya blog yang mengetengahkan pelbagai perkara dalam batik di Malaysia secara telus dan jujur.Apa jua isu yang berkaitan seterusnya bidasan,pendapat,kritikan,
teguran,komen mahupun pujian samada kepada individu tertentu mahupun pihak yang berwajib secara sengaja,tidak sengaja,yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih bernyawa adalah semata-mata untuk menjaga dan menaikkan survival martabat industri batik Malaysia.Orang muda ini amat khuatir warisan Malaysia ini pupus ditelan zaman yang serba teknologi lagi moden.Batik bukan suatu pekerjaan yang tidak ada kelas.Mengapa ada satu perasaan yang memandang rendah dan jelek akan pekerjaan batik ini?Batik ada gaya,mutu dan keunggulannya.11 tahun pengalaman dalam batik.Proud to be Sarawakian.Mantan Khadani Mei 2000-Mac 2008.October 2006,February 2008-Design in Jelita magazine.Finalist Piala Seri Endon 2007(Fashion Category),Consolation Prize Winner.