Friday, October 9, 2009

Cantik di Permukaan Sahaja.

Bahagian Satu
Beberapa hari yang lalu aku menonton HUJAH.Bagi yang tidak tahu rancangan ini ke udara di TV9 yang dipengerusikan oleh Dr.Agus.Dr.Agus pula memang terkenal dengan gaya provoknya menemubual para tamu.Hari dan masa aku tak ingat.Tamu pada malam itu ialah Datuk Salleh Majid,pakar ekonomi negara.tajuk yang dibicarakan ialah Ekonomi Moden.banyak sekali isu-isu yang berkaitan ekonomi negara dibualkan terutama sekali isu basi,pengangkutan awam.Antara yang paling menarik perhatian aku ialah perihal para graduan IT antaranya yang diutarakan oleh Dr.Agus.Datuk Salleh Majid dengan segera menempelak keadaan ini yang sememangnya sudah lama menjadi isu.Orang kerajaan tidak sedar barangkali.Tidur?Pihak universiti pula dilihat seakan berlumba-lumba menyediakan kursus IT kononnya mahu memenuhi permintaan pasaran kerja.Hasilnya negara mempunyai lambakan graduan IT yang merempat kerana tidak diterima bekerja di MSC yang sepatutnya menjadi lubuk cerdik pandai IT tempatan..Banyak syarikat gergasi di MSC tidak mengambil mereka bekerja kerana miss match.Mereka hanya belajar di surface sahaja dan tidak digali dengan lebih mendalam.Salah siapa?Adakah Pihak universiti acuh tidak acuh hanya mengajar surface sahaja ataupun graduan IT yang malas menggali,selesa disuap sahaja?
Bahagian Dua
Aku amatlah tersangat setuju dengan kenyataan Datuk Salleh Majid.Perkara ini juga terjadi di universiti dan juga institusi kemahiran negara yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan batik samada seni halus ataupun textiile.Memang betul.Aku berhadapan dengan situasi ini selama aku mengabdikan diri dalam industri batik negara.Aku dan rakan-rakan sekerja yang lain terkejut dengan hasil yang dikeluarkan oleh universiti dan institusi kemahiran negara yang berkaitan.Memang betul mereka hanya diajar permukaan sahaja dan tidak diajar untuk menggali dengan lebih mendalam.Sekali lagi,siapakah yang harus dipersalahkan?Pihak yang berkaitan?Pensyarah atau graduan itu sendiri?Jelas ketara sekali ketiga-tiga pihak ini begitu selesa dengan apa yang ada di mata mereka.Bagi pihak yang berkaitan dan pensyarah,anda sebenarnya harus merombak semula kaedah pengajaran anda.Kaedah pengajaran anda amatlah lapuk ditelan zaman.Anda juga perlu tahu graduan-graduan anda tidak dapat memenuhi pasaran kerja industri batik walaupun bertahun-tahun belajar mendapatkan segulung Ijazah,Diploma ataupun Sijil.Kami di pihak industri tidak dapat menerima mereka kerana mereka tidak mencapai standard kami.Lantas,aku dan rakan-rakan sekerja yang lain memikirkan apakah yang mereka belajar dan diajar?Jika pihak yang berkaitan ini tidak cukup tangan maka kami di pihak industri punya ramai pakar dalam batik.Kami bersedia bila-bila saja dalam menambahbaikkan kaedah pengajaran pihak-pihak ini.Bagi pihak graduan pula,anda harus cari jalan alternatif bagaimana untuk memajukan diri anda.Jangan hanya bersandarkan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sahaja.Tidak cukup.Anda harus meneroka.Jika anda tamat pengajian,tetapi kami mendapati anda bukan pilihan kami maka anda adalah gagal.Anda banyak kuah daripada isi.Hasilnya,bila anda gagal, anda terpaksa bekerja dalam industri lain ataupun belajar semula kursus lain yang jelas merugikan kami di pihak industri yang benar-benar memerlukan generasi muda meneruskan khazanah berharga negara ini.Kami veteran dan perlu pelapis.Bila ketiga-tiga pihak ini tidak sedar akan permasalahan ini,maka situasi ini tidak ubah seperti mesin fotostat yang mencetak rupa dan bentuk yang sama berulang kali semahunya.Apa yang mahu dibanggakan jika segulung Ijazah,Diploma mahupun Sijil tidak sepadan dengan skil para graduan umpama kuah banyak dari isi tadi.Cantik di permukaan sahaja.
Bahagian Tiga
Kami cerewet dalam industri kami kerana kami tidak mahu mereka yang mindanya umpama tin kosong berada dalam industri kami.Kami mahu apabila mereka berada di dalam industri ini,mereka bekerja dengan nilai-nilai murni yang tinggi.Bukan kerja cincai,asal boleh ataupun setakat bangga dengan Ijazah,Diploma mahupun Sijil kuah mereka itu. Alangkah bagusnya jika skil para graduan digabungkan dengan skil yang ada pada kami.Kami mahu pihak berkaitan berinteraksi dengan lebih kerap lagi aktif dengan pihak indstri batik negara.Anda semua perlu duduk dan belajar dari kami yang bekerja di belakang tabir yang secara langsung dalam pembikinan batik ini.Tidak salah untuk bertanya walaupun anda sedar anda lebih tinggi dari kami.Mana mungkin ya mereka yang tinggi bellajar dimana tok gurunya rendah sahaja ataupun yang tinggi belajar dengan yang rendah.Apa kelas mungkin.

Jariku menari salsa,ligat dan rancak.
Related Posts with Thumbnails