Isu ini isu pertama kali aku utarakan,lebih kurang surat terbuka ditujukan kepada para pelanggan sedia ada,pelanggan sekali dua mahupun bakal pelanggan yang berurusniaga kain batik.Isu ini mewakili rakan-rakan pengusaha aku yang lain.Aku lebih suka panggil klien daripada pelanggan.Memang tidak dapat dinafikan mahupun berselindung,klien dalam industri ini punya pelbagai karenah.Ada yang superb dan sebaliknya.Karenah yang aku nak ceritakan ialah mengenai kejadian selepas pembelian iaitu soal pembayaran.Pelanggan yang kami hormati,anda boleh menyusahkan kami dengan cerewet anda.Anda silap,kami amatlah sangat berpengalaman luas dalam menangani masalah pelanggan-pelanggan yang cerewet ini.Punyalah cerewet semasa menempah seperti nak warna ini sebijik dengan warna sampel yang telah diberikan,nak kain lembut,nak design cantik-cantik,tak mahu design sama dengan orang lain,tak nak design yang ada ini ada itu,tak nak design yang menggemukkan saiz badan,nak design cute,nak siap cepat dan banyak lagi.Bagi kami,itu semua senang sahaja tiada yang susah dan menyusahkan.Mintalah apa jua,nescaya kami akan sempurnakan hajat anda sedaya yang kami boleh mengikut prinsip batik lukisan tangan yang sedia ada.Sudah tentu kami mahu memuaskan hati anda yang cerewet itu.Kami mahu pujian selepas melangsaikan tempahan anda.Kami mahu anda tempah banyak dan banyak lagi.Kalau sebelum ini anda tempah sehelai,kami mahu anda tempah 100 helai malah 1000 helai dan banyak-banyak helai.Kami mahukan hubungan jangka panjang.Walaubagaimanapun,jangan dan janganlah selepas kami penat membanting tulang empat kerat menghasilkan tempahan anda sekalian yang maha cantik itu,anda umpama lupa diri dan sombong.Usahlah melambatkan pembayaran selepas mendapat apa yang anda hajati.Pastikan poket,saku,kocek,beg duit anda penuh dengan duit jika mahu menempah kain batik.Anda tahu bukan kain batik sememangnya mahal.Sebab itu,kadang-kadang kami begitu cerewet pula dalam berurusan dengan bakal pelanggan baru kami.Bagi pelanggan baru,anda harus melontarkan keyakinan kepada kami bila bercerita mengenai pembayaran.Kami bukanlah mahu kedengaran sombong dan angkuh disini.Berbagai-bagai komitmen yang kami mahu uruskan selepas menerima pembayaran daripada anda.Kami mahu bayar gaji staff,nak top up bahan-bahan mentah,bil telefon,bil elektrik,bil air dan banyak lagi.Anda cari makan,kami pun cari makan.Anda pakai duit,kami pun pakai duit.Kita sama bukan?