Aku nak ucapkan Happy Fathers Day kepada semua bapa di seluruh Malaysia.Macam aku,aku panggil abah.Malam tadi aku wish abah aku.Sebak jugak menahan nangis.Aku bersyukur hingga ke saat ini aku masih punya abah.Syukur kepada-Mu.Tidak dapat dinafikan tanggungjawab abah aku sama jugak dengan bapa2 lain seluruhnya.Nak anak berjaya,mendidik semampu mungkin baik duniawi mahupun ukhrawi dan lainnya.Macam abah aku,dia tidak memberi segala.Sebaliknya aku dan adik aku harus bekerja keras jika mahukan sesuatu.Zaman aku dan adik aku,kami berdua jalan kaki sekolah.Pergi dan balik.Tiada kemudahan henset ketika itu(masa tu sapa pakai henset,kayalah dia).Untung dan bahagia sungguh sebahagian besar anak-anak sekarang diberikan kemudahan kereta,moto serta lengkap dengan gajet seperti laptop,henset canggih,mp3 dan sebagainya.Jujurnya aku dan adik aku berputih mata untuk mengecapi semua itu.Tiada istilah kemewahan.Kalau nak usaha sendiri,tegas abahku.Dan usaha sendiri itulah yang kami lakukan sekarang.Abah aku amat tegas dalam mendidik aku dan adik aku.Rotan?Itu jangan cakap.Puas aku dan adik aku makan lauk rotan.Aku dan adik aku punya jadual harian yang ketat.Pukul 3 petang baru boleh keluar bermain dan sebelum Maghrib harus balik.Kalau tak,abah aku akan menjelajah ke segenap pelusuk umpama singa kelaparan mencari kami berdua.Pukul 9 malam tido.Hujung minggu dibenarkan tido lewat.Balik jer abah aku dari kerja,spot check beg sekolah satu-persatu dilihat dengan teliti sampailah monitor homework kami berdua.Abah aku berpewatakan amat sederhana.Tidak suka menunjuk-nunjuk dan jujur dalam meluahkan apa saja yang terbuku di hati baik dengan kami sekeluarga mahupun dengan mereka yang disekelilingnya.Minta maaf banyak2 kalau terasa.Sifat inilah yang diwarisi oleh aku hingga kini,lantang meluahkan apa yang terbuku dihati serta bersikap jujur dengan diri sendiri.Tidak suka watak wayang kulit dan berpura-pura.Aku tidak betah melakonkan watak plastik.Sesungguhnya jasa dan pengorbanan abah aku tidak ternilai mahalnya.Aku tahu abah aku sudah melakukan yang terbaik untuk aku.Semoga abah aku panjang umur,murah rezeki selalu serta dikurniakan kesihatan yang berkekalan.Amin.Aku masih perlukan kasih sayang abah aku.Thank you abah kerana membesarkan aku selama ini.