KLIB 2009 sudahpun melabuhkan tirainya.Jumpa lagi pada KLIB 2011 nanti.Insya-Allah.Sekali lagi aku panjatkan pujian tertinggi kepada badan bukan kerajaan[NGO],Yayasan Budi Penyayang yang tidak pernah kenal erti penat dalam menganjurkan dan menaikkan nama batik di mata masyarakat Malaysia terutama sekali dedikasi khas kepada pembuat-pembuat batik negara.Acara kemuncak KLIB 2009 seperti tahun-tahun sebelumnya ialah acara yang paling ditunggu-tunggu,Piala Seri Endon yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.Namun hadiah wang tunai yang lumayan itu bukanlah segala-galanya.Piala Seri Endon di mana kategori yang paling popular,Rekaan Fashion Batik telah menarik minat para pereka fesyen muda serta para pereka batik itu sendiri.Ada yang tidak kenal putus asa menyertai Piala Seri Endon setiap tahun semata-mata keinginan untuk menang dan jatuh cinta mereka kepada batik.Tidak hairanlah Piala Seri Endon ini merupakan kemuncak dalam karier mereka bagi mereka yang benar-benar dalam industri ini.Adalah satu kejayaan jika dapat layak ke pusingan akhir Piala Seri Endon ini.Bukan senang untuk layak ke pusingan akhir Piala Seri Endon.Bagi mereka yang first timer,ini adalah batu loncatan mereka dalam peragaan fesyen.Ramai anak-anak muda yang masih menuntut dan sudah menuntut dalam bidang fesyen dan yang berkaitan dengannya begitu dambakan Piala Seri Endon ini.Piala Seri Endon sudah mencapai kematangannya.Juara saban tahun diumumkan.Tetapi agak sedih kerana ada yang menyertai Piala Seri Endon ini hanya semata-mata bermusim sahaja.Rata-ratanya bermusim.Yang juara tinggal juara.Begitulah seterusnya.Ada diantara mereka yang hanya muncul pada acara peragaan fesyen berkelas tinggi sahaja yang mungkin diadakan di Malaysia tidak kurang 10 kali.Kalau tiada acara mereka hanya duduk diam-diam.Piala Seri Endon sudah menyaksikan 7 juara semuanya.Aku mengharapkan juara-juara ini mengambil langkah seribu yang proaktif melibatkan diri dalam industri ini.Sudahlah,usah lagi buat runaway di sana-sini.Kamu semua sudah juara.Lupakanlah glamor di atas pentas itu.Alangkah eloknya si juara-juara ini menghambakan diri secara langsung dan serius bersama-sama dengan para pereka batik dalam industri ini.Libatkan diri untuk memikirkan apakah langkah yang terbaik dalam industri ini.Kita tidak seharusnya berasa selesa dangan apa yang telah industri ini ada.Kita harus melipatgandakan usaha dalam industri ini,tidak kira apa jua apakah caranya dan bagaimana mahu dilakukan untuk memastikan survival industri ini.Persoalannya,siapa di kalangan juara ini mahu mulakan dulu dengan serius?Aku yakin ramai yang berada dalam industri ini ingin mengambil peluang untuk mendengar pengalaman bersama-sama dengan juara-juara Piala Seri Endon.Alangkah bagusnya kita ada juara bermula tahun 2003 sehingga 2009 duduk bersama-sama berkongsi pengalaman mereka dengan mereka yang berada di dalam industri ini.Sudah tentu ketujuh-tujuh juara ini ada cerita yang berasingan.Satu peluang yang tidak mungkin akan dilepaskan begitu sahaja.Seharusnya mereka yang bergelar juara harus ada resepi untuk membantu yang lainnya.Tidak kira mana mahu bermula dari mana dulu.Tahun depan,Piala Seri Endon akan kembali lagi dengan juara baru.Aku tidak mahu melihat Piala Seri Endon mengulangi skrip yang sama dimana tiada usaha selepas itu.Piala Seri Endon bukan titik noktah penamat.Piala Seri Endon adalah detik permulaan kepada si juara.Bukan sahaja si juara,malah mereka yang tidak dapat jadi juara dan seterusnya.Kita tidak boleh bergantung harap kepada Yayasan Budi Penyayang semata-mata.Kita mesti bantu tapi bila mahu mulakan?
*Penulis blog,Fingers of God ialah penerima Consolation Prize Winner,Batik Design Category,Piala Seri Endon 2007 bersama-sama rakan,Sitha dengan tema Layaran Ombak Senja.Dengan pengalaman yang ada,pertama kali menyertai Piala Seri Endon pada 2007 sekaligus terpilih ke pusingan akhir pada tahun tersebut.Beliau adalah yang pertama dalam sejarah mantan syarikatnya terpilih ke pusingan akhir Piala Seri Endon sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago