Nama dek,nak nemu utai
Bajet mini luar jangkaan bernilai RM60 bilion sudah pun diumumkan oleh DPM Najib.
Tetapi kenapa negeri Sarawak yang kusayangi hanya layak berkongsi RM230 juta dengan Sabah bagi menambah baik infrastruktur luar bandar terutamanya?
Negeri Sarawak aku itu luas.Jalannya masih ada yang tak berturap.Tanah merah.Berbatu.Jauh.Ada yang makan masa berhari-hari hanya untuk sampai ke pekan yang berhampiran.Sungai masih lagi menjadi antara alternatif ke pekan.Itu belum elektrik,air dan segala.
Bagaimana pula dengan peruntukan RM1.95 bilion bagi membina dan meningkatkan kemudahan 752 sekolah luar bandar Sarawak yang sekali lagi berkongsi dengan Sabah dengan RM300 juta diperuntukan bagi meningkatkan kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan,sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina?
Tak cukup peruntukan itu.Lupakah pimpinan UMNO mengenai jasa besar yang telah dikurniakan oleh orang-orang Sarawak dalam PRU 12?Jika tidak kerana kami orang Sarawak,UMNO selaku tunjang rebah menjilat tapak kaki Pakatan Rakyat.Buta agaknya?
Mungkin perlukan kaca mata yang baru agaknya.
Agi Idup Agi Ngelaban.
Aku anak Sarawak.