Saturday, March 7, 2009

Bahasa Melayu.Melayu oh Melayu.

Aku anak Malaysia yang bersekolah selama 11 tahun St.Thomas,Kuching.Sekolah ni popular dan top di bandaraya Kuching kerana melahirkan banyak sekali tokoh-tokoh politik dan pemimpin terkemuka Malaysia amnya dan Sarawak khasnya sehinggalah sekarang.Aku agak hairan kenapa agaknya masyarakat Malaysia yang sedikit ini bertempik sorak menjunjung tangan di langit membantah akan kepenggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Math dan Sains.Di manakah lubang kesilapannya sehingga sanggup dibantah serta sanggup menari di jalanan yang jelas lagi ketara memalukan Malaysia di mata dunia.Pak Bendahara seakan-akan gabra meminta kementerian yang berkaitan buat decision secepat yang mungkin.Wah,Malaysia sudah pandai buat demonstrasi jalanan sekarang ini.Dulu,malu-malu kucing.Tahniah sebab membawa masuk nama Malaysia ke kelab demonstrasi jalanan dunia seiring dengan Korea Selatan dan beberapa negara Eropah yang lain.

Perlu diingat,pasca merdeka dulu para diplomat dan pegawai-pegawai dari Malaysia adalah yang paling fasih berbahasa Inggeris di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dikalangan negara membangun.Mereka amat diminati oleh sekalian diplomat asing dulu tetapi kini para diplomat Indonesia mahupun dari Thailand yang menjadi favourite di PBB kerana kefasihan speaking diorang.Mana perginya para diplomat dan pegawai-pegawai Malaysia?Malu bukan.

Aku mengalami situasi secara langsung dengan para graduan lepasan ijazah ini.Walaupun mereka bangga dengan apa yang dikatakan oleh mereka sebagai ijazah tetapi bahasa Inggeris mereka adalah amat mengecewakan,kureng.Apa yang mereka lakukan agaknya di universiti sekarang ini.Cakap pun tergagap-gagap dan terketar-ketar.Mulut dikumat kamit berulang kali sebagai latihan dulu sebelum bercakap.

Adakah kita tidak mahu anak Felda fasih atau sekurang-kurangnya mampu menguasai bahasa Inggeris?Adakah kita tidak mahu melihat anak Melayu yang duduk di Ulu Tembeling sebagai contoh berspeaking English?Bukan sahaja anak Melayu di bandar mampu berbahasa Inggeris tetapi anak di luar bandar such as pedalaman,yang pi sekolah turun naik bot,naik keretapi seawal jam 4 pagi semata-mata nak pi ke sekolah yang berhampiran,jalan kaki berjam-jam lamanya ke sekolah pun boleh menguasai bahasa Inggeris.Kadang-kadang anak Melayu kita di bandar pun tak reti nak speaking English.Tidak akan jatuh atau hilangnya Melayu kita jika kita mampu menguasai bahasa Inggeris.Bahkan ada orang Melayu yang sudah lupa daratan asal usulnya walaupun tidak ada ilmu bahasa Inggeris.

Aku bangga Datuk Seri Idris Jala,anak Bario jadi bos MAS. Begitu juga dengan Tan Sri Amar Leo Moggie,anak kampung yang jadi Pengerusi TNB. Datuk Anthony Firdaus Bujang umpamanya anak Thomian yang jadi Chief Executive Officer,CEO New Straits Times Press,NSTP.Dan banyak lagi the Sarawakians yang sukses di Malaysia ini baik anak Thomian mahupun tidak.Dan mereka tidak lupa akan keMELAYUan mereka.Iban pun fasih berbahasa Melayu tau.


Adakah kita orang Melayu ini jenis yang selesa tidur di dalam kelambu sahaja?

Titik.
Related Posts with Thumbnails