Saturday, March 14, 2009

Si Merah Putih Menyanyi

Pagi tadi aku berborak sebentar dengan abang teksi.

Macam-macam yang dibincangkan termasuklah apa yang terjadi dan yang sebenarnya terjadi kepada pemandu-pemandu teksi.
1.Purata sebuah teksi mempunyai dua Along.Terpaksa meminjam duit dari Along kerana kesempitan wang yang amat terdesak.Pernah pintu grill rumah pemandu teksi dikunci dari luar kerana pemandu teksi ini pinjam duit tapi tak bayar.Pernah cermin kereta pemandu teksi depan belakang kiri kanan dipecahkan.Pernah pemandu teksi terpaksa keluar dari negeri melarikan diri ke tempat lain kerana diburu 10 Along!Diberitakan pemandu teksi ini bawak lori pulak.Mengejutkan bukan.
2.NGV untuk teksi tidak banyak.Harus diperbanyakkan lagi.Purata setiap pemandu teksi mengisi NGV dua kali sehari dan menunggu berjam-jam untuk mendapatkan NGV.Bila tiba giliran,NGV dah habis.Ada yang bangun awal pagi untuk mendapatkan NGV.Umpama si luncai mengejar labu-labunya.
3.Bagi pemandu teksi yang masih menggunakan petrol,subsidi tidak diagihkan dengan jayanya.Kenapa?
4.Selain bergantung harap kepada Along,pemandu teksi ini juga memperjudikan nasib dengan bermain judi.Tidak mengira agama termasuklah pemandu teksi yang beragama Islam.puas di bakartempat perjudian ini berulang kali tapi judi tetap di hatiku kata mereka.Bagi mereka ini,tiada lagi cara.Sudah check mate.
5.Banyak pemandu teksi sudah bertukar kerjaya dengan harapan dapat menambah baik kehidupan mereka.
6.Kerajaan tidak membantu sangat akan kebajikan pemandu-pemandu teksi ini.Pekak?
7.Tahukah anda sebuah syarikat teksi mempunyai beratus-ratus permit.Katakan satu hari pemandu teksi bayar RM45.Bayangkan berapa syarikat teksi ini akan dapat?Kalau 100?200?1000?Kebanyakan pemilik syarikat ini tidak membantu dalam meringankan beban pemandu teksi ini.Terutamanya bila soal teknikal kereta.Kereta rosak keluar duit sendiri.Apa lah salahnya jika syarikat teksi ini bagi sedikit subsidi untuk baiki kereta teksi ini yang rosak ataupun mengkaji semula kadar bayaran teksi harian terutamanya time ekonomi yang meleset ini.Atau jumpa Pak Menteri untuk bincangkan masalah pemandu teksi ini.Aku pikir mereka si pemilik syarikat teksi ini juga punya masalah jugak kan.
Hasilnya jelas bukan salah mereka.Habis tu salah siapa?

Jari mak ayu yau.

Noktah.

Nota:Tahniah Liverpool kalahkan Man.United 4-1 malam tadi.
Related Posts with Thumbnails