Friday, February 27, 2009

Si Penyangak Cetak Rompak.

Apa khabar semuanya.Harap sihat walafiat selalu hendaknya.Amin.Lewat petang tadi aku menerima pesanan ringkas from my friend.Dia mengadu kat aku sambil kecewa mendapati banyak sekali lambakan design aku serta rakan2 aku semasa bekerja di Khadani dulu di kedai2 tekstil sekitar Kuala Lumpur.Design aku dan rakan2 dicedok seterusnya di print dan di skrin dalam jumlah yang banyak.Of course,warna diberikan kaler yang menarik perhatian.Situasi ini biasa dalam batik.Umpamanya sebagai contoh,motif Iban yang ditonjolkan oleh pereka tersohor Malaysia berasal dari Sarawak,Datuk Tom Abang Saufi dicetak berkampit-kampit dan menjadi fenomena bagi wanita tak kira tua dan muda tak lama dulu.Motif Iban ini digunakan dalam bentuk baju kelawar(kaftan),blouse dan banyak lagi.Untuk menambahkan lagi keuntungan,penyangak ini turut cetak rompak design untuk kegunaan baju lelaki.

Hakikatnya tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan hak cipta sesuatu design dalam batik ini dibuat oleh pihak yang berkaitan.Satu mekanisme harus dicari untuk mengatasi masalah ini.Bila?Entah la.

Untuk makluman semua,kos untuk mematenkan copy right sesuatu design ini adalah tinggi sekali.Ini pernah dibangkitkan semasa KLIB 2007 yang lalu.Nampaknya dah dua tahun perkara ini dibangkitkan tetapi tiada usaha yang tuntas dilakukan.Alahai.

Cetak rompak ini memang menutup periuk nasi para bisnesman batik langsung menggugat pasaran batik lukisan tangan.

Agaknya orang yang berkaitan mengenai hal ini buta dan pekak.Kalau aku silap,buktikan anda tidak buta dan pekak.

Aku langsung tidak bangga akan diriku yang ayu ini bilamana design aku dijadikan cetak rampok.

Noktah.



Thursday, February 26, 2009

Iklan Jawatan Kosong

Adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas untuk memohon jawatan kosong seperti di bawah.

1.Pencanting
2.Pegawai Pemasaran.

Untuk jawatan no.1,calon-calon hendaklah berpengalaman dan mahir dalam bidang batik lukisan tangan.Berpengetahuan dalam warna dan mewarna.Berdisiplin tinggi,komited,dedikasi dan boleh bekerja sebagai satu pasukan serta berada di bawah pengawasan kerja yang minimum.

Untuk jawatan no.2,calon-calon hendaklah berpengalaman dalam bidang pemasaran.Berketrampilan dalam komunikasi pelbagai hala. Lulusan graduan yang sedang menganggur adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan ini.Antara bidang kerja untuk jawatan no.2 ini ialah membuka pasaran batik yang baru dan mencari pelanggan-pelanggan baru.

Jika anda memenuhi kriteria seperti di atas,sila email resume lengkap anda ke jryudi@hotmail.com untuk tarikh temuduga pada kadar yang segera.

Nota:Hanya calon-calon yang berpengalaman dan mahir dalam bidang batik lukisan tangan sahaja akan dilayan.

Tuesday, February 24, 2009

Aku Dulu Jadi Seorang Ayah

Tujuh tahun dahulu di Hospital Selayang.
Aku bergegas ke Hospital Selayang.Masa rehat ketika itu.On the way ke hospital,aku sempat pegi kedai cenderamata beli hadiah.Kak Ana dapat baby.Sampai jer aku di wad bersalin,aku lihat Kak Ana senyum melihat kedatangan aku.Aku ngan Kak Ana ni rapat.Sama tempat kerja.
Aku lihat baby Kak Ana di sisinya.Baby boy.Kemudian Kak Ana suroh aku azan di telinga baby tersebut.Tersentak aku sekejap.Terpaku.Aku segera mengambil baby Kak Ana dan mengazankan ke telinga baby Kak Ana.
Allahu Akbar,Allahu Akbar.......Pada mulanya suara aku agak berketar-ketar nervous dan semakin lancar.................sampai habis
'Anak ni ayahnya ye....,'kata makcik yang turut menziarahi anaknya yang bersalin di katil sebelah sambil tersenyum manis.Aku membalas senyumannya.Lama jugak aku nak jawab.Aku sempat mengangguk tanda aku memang ayahnya.Sedih dan pilu hati aku bilamana lihat seorang baby lahir tanpa ayah yang tiada disisi akibat masalah keluarga.Yang menjadi mangsa baby boy ini.
Masa Kak Ana sebelum mengandung lagi,dia sudah bercerai dengan suaminya atas masalah yang tidak dapat aku nak siarkan disini.Itulah sebab aku terkedu lama nak jawab kata makcik tu.Senang cerita aku angguk je la.
Itulah pengalaman aku menjadi seorang ayah.Susah nak carik orang bujang seperti aku diberikan amanah untuk azankan baby yang baru lahir.Baby boy tu sekarang dah besar.Maybe darjah 2 atau 3 sekarang ini.Lama sudah aku tak berjumpa si Daniel ini.
Bukan senang nak jadi seorang ayah.
Jari aku yang ayu ini masih lagi terasa genggaman erat Daniel dulu.Jariku rindu.
Titik.

Monday, February 23, 2009

Mula Dari Bawah Tapak Kaki Bukannya Terus Mendongak Ke Langit

Apa khabar semuanya?Diharap anda semua sihat walafiat belaka hendaknya.Amin.

Dalam apa jua bidang yang anda ceburi sudah pasti kena mula dari bawah.Aku tak tahu jika sebilangan daripada anda yang terus naik ke puncak tanpa perlu mula dari bawah.Aku tak berminat untuk perkara itu.

Batik.Anda perlu mula dari bawah.Bawah tapak kaki.Bukan terus dongak ke langit.Anda perlu belajar beberapa peringkat dalam batik.Pertama,fixing.Kedua,warna dan ketiga ialah canting.Cukup?Tidak cukup bai.Bermula dari peringkat pertama hingga ketiga memerlukan anda mempelajari selok belok batik dengan lebih teliti dan mendalam.Umpamanya sebagai contoh warna.Anda wajib tahu apa itu formula warna.Perlu faham secara tepatnya.Bagaimana nak buat kaler chilli red atau pucuk pisang atau black den buatan seterusnya ada beribu-ribu formula warna yang perlu anda master.Itu belum lagi jenis-jenis warna seperti warna family,kontras,komplimentari,earth tone,romantik dan banyak lagi.Ditambah lagi akan cara-cara untuk mewarna.cara gosok,cara untuk mengelak belak,tone.bagaimana nak jadikan toning tu cantik ada fusion dan banyak lagi.Warna asas,warna pastel,warna medium dan banyak lagi.

Jika anda bercita-cita untuk menjadi Supervisor atau Senior in Batik anda perlu mula dari bawah even nak jadik bos pun kena mula dari bawah sebabnya bila kita tahu semua benda dan perjalanan batik itu sendiri maka kita akan dapat menangani sesuatu perkara dengan berakal.Tidak membuta tuli.Bila anda mula dari bawah maka Insya-Allah anda akan disenangi oleh semua pekerja-pekerja anda.Anda tidak perlu minta hormat daripada pekerja-pekerja anda.Pekerja-pekerja anda secara automatik akan ada rasa hormat terhadap anda.

Jika anda tidak punya apa2 dan hanya berbekalkan sekeping kertas yang mahal sahaja aku nasihatkan kepada anda jangan mengidam untuk terus mendongak ke langit.Jangan malu untuk mula dari bawah tapak kaki.

Seharusnya lu pikirlah sendiri kenapa dan apakah sebab musabab anda tidak disenangi oleh pekerja-pekerja anda.Sesungguhnya kebenaran itu adakalanya amat sungguh pahit untuk ditelan.Anda perlu muhasabah diri. Bukan semua perkara anda betul seratus peratus.Anda bukan malaikat.Anda sama seperti aku manusia lemah di sisi Allah SWT.

Jari aku kotor tapi masih ayu menari bukan seperti orang itu jarinya bersih tapi tidak tahu menari.Keras dan tidak lentik.

Aku lentik lagi.Perlu diajarkah orang itu?

Noktah.

Sunday, February 22, 2009

Thursday, February 19, 2009

Munafik,Hindustan,UMNO,Tentera Anwar dan Pilih Siapa

Ada 5 perkara seperti di bawah untuk titipan anda.

1.MUNAFIK,Aku bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Pasir Mas dari BEBAS,Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat hari ini yang mengecam ahli2 politik tanahair yang cakap tidak serupa bikin.
2.HINDUSTAN,Situasi politik di negeri Perak Darul Ridzuan sudah macam filem Hindustan.Mamanda Bendahara cool tak habis2.Anda tahu apa isu dan konflik politiking yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan.Negeri Selangor Darul Ehsan ada tanda2 akan menyertai kelab Hindustan ini.Negeri Kedah Darul Aman dan negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara tidur2 ayam di atas katil yang empuk.
3.UMNO,Kalau tidak aral melintang Mac nanti UMNO akan bertukar bos.Mampukah bos baru menawan hati rakyat?Mampukah Kelantan kembali ke tangan BN?Mampukah Pulau Pinang,Kedah dan Selangor umpama sirih pulang ke gagang?Sudah pastinya semua YB berhempas pulas sekarang ini.
4.TENTERA ANWAR,BN harus buka mata dan telinga.Tentera Anwar lebih setia mendengar masalah rakyat daripada BN.Rakyat lebih suka mendampingi Tentera Anwar daripada BN.Tentera Anwar bijak melayani karenah rakyat.
5.PILIH SIAPA,jawapannya semua bergantung kepada perkembangan semasa kerajaan BN.AWAS BN!Jika ambil mudah dan tidak insaf,BN akan tumbang.Bagi TENTERA ANWAR pula,prestasi di negeri2 yang berkaitan akan dijadikan ukuran sama ada dipangkah atau tidak dipangkah selepas ini.

Kepada BN dan Tentera Anwar,rakyat mahukan layanan kelas dunia yang berterusan tanpa henti daripada anda.

Wednesday, February 18, 2009

Yakin

Kata aku dalam usaha yang tak pernah jemu kepada mereka,'Kau kena yakin dengan diri sendiri.Jangan takut.Kalau ko takut macam mana aku nak tau kau punya direction.Kena berani.Aku tau kau boleh buat lebih lagi dari apa yang kau sedang buat sekarang.Kalau aku yakin kat kau so kau kena buktikan kebolehan kau.Kau kena yakin pada diri sendiri.Aku hanya boleh motivate,nasihat,beri teguran but semuanya adalah bergantung kat kau.Sama ada kau nak terima atau tidak itu terserah kepada kau.Aku buat yang sehabis baik dah.Tak ada apa lagi yang tinggal dalam diri aku ni semata-mata nak berkongsi apa yang aku ada kat kau..Kau boleh buat.Aku tau kau boleh buat.'Kata aku mengakhiri nasihat.

Monday, February 9, 2009

Sekumpulan Rakyat Indonesia Yang Tidak Serumpun

Apa khabar semua.Moga anda semua sihat sejahtera hendaknya.Amin.

Hebahkan berita ini kepada semua kenalan bloggers anda.Ayuh!

Aku sebenarnya selalu pegi ke website ini.Website ini pada hemat aku dikendalikan oleh warga Indonesia.Bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia.Apa yang mengejutkan aku ialah isi kandungan dalam website ini cukup mengajak warga Indonesia untuk membenci Malaysia.

Apakah dosa negara yang aku cintai ini terhadap Indonesia?

Sila terjah ke laman sesawang ini untuk lihat isi kandungannya.Walaupun bahasanya Indonesia,aku yakin anda rakyat Malaysia dapat menaakul dan memahaminya.

http://www.malingsia.com.

Lebih perit lagi menggelarkan Malaysia sebagai Malingsial.Aku yakin anda mesti maklum apa itu maksud maling.Aku yakin pengendali laman sesawang ini cuba untuk menanam rasa benci terhadap Malaysia.Dan aku yakin juga ada sebahagian dari rakyat Indonesia yang terpedaya dengan hasutan,godaan dan mainan jari manis pengendali laman sesawang ini.Ini dapat dibuktikan dengan setiap komen berbaur kebencian yang amat sangat.

Sekadar untuk menyebut beberapa fakta,sedarlah bahawa sebahagian rakyat kamu bekerja mencari nafkah di Malaysia ini.Ada yang buka kedai runcit,ada yang jadik pekerja binaan tak kira mahir ataupun separuh mahir dan pelbagai lagi.Aku ada rakan sekerja dari Surabaya,Indonesia yang turut mencari rezeki bersama-sama dengan aku. Malaysia umpama kantung rezeki bagi sebahagian rakyat kamu.Apa kamu buta,pekak dan bisu?

Aku menyeru kepada semua bloggers Malaysia untuk melakukan sesuatu kepada pengendali laman sesawang ini.Adakah kita sebagai warganegara Malaysia sanggup dipijak sebegini rupa?

Aku ingat Indonesia 100 peratus serumpun rupanya,tidak.

Hebahkan berita ini kepada semua kenalan bloggers anda.Ayuh!

NOKTAH!


Wednesday, February 4, 2009

Lompat

Kelewatan ini kecoh dan sure heboh pasal ADUN yang melompat.Well,aku tak berminat nak komen pasal depa semua.Biarlah depa semua main tarik tali tak tau bila nak habis.

Baiklah,dalam batik ada juga situasi lompat.Iaitu dari tempat kerja asal melompat ke tempat kerja lain.Kenapa pekerja2 dalam industri ini melompat?

Ini kerana mereka yang M E L O M P A T ini ingin mencari masa depan yang lebih baik berbanding dengan tempat kerja asal.Tempat kerja asal kenapa pulak?Sudah pasti tempat kerja asal tidak menjamin masa depan yang baik bagi mereka.Konsepnya mudah sahaja,jika anda ingin melihat pekerja anda kekal lama di syarikat anda maka anda harus 'menjaga' mereka dengan sebaik-baiknya.Jika anda gagal jalankan tanggungjawab anda sebagai majikan,maka pekerja-pekerja anda tidak akan menunggu lama.Masa itu emas.Selamat tinggal.

Kebiasaannya majoriti melompat kerana majikan gagal menjalankan tanggungjawab mereka.Sudah terang lagi nak bersuluh.

Seterusnya,ada juga yang melompat kerana sudah jemu dengan tahap kerja di tempat kerja asal.Perlu diingat setiap tempat kerja batik mempunyai konsep design dan tema warna yang tersendiri.Tahap kerja pada hemat aku perlu up selalu.Sentiasa fresh.Tidak lapuk dan ketinggalan.Tawaran dan prospek gaji yang lumayan juga adalah faktor pekerja-pekerja batik melompat.

Aku tidak nampak ada faktor lain selain daripada aku nyatakan tadi.Industri batik Malaysia tidaklah sebesar mana.Lompat sana lompat sini pun bertemu jua akhirnya.Sudah menjadi lumrah pekerja-pekerja batik melompat.Perkara biasa.

Aku melompat juga dan jariku yang ayu ini bertambah lentiks.

Noktah.
Related Posts with Thumbnails