Wednesday, September 17, 2008

Majalah Ada 2 Sahaja

ZERO Degrees,Your Asian Travel Companion

KLUE
Assalamualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Moga anda semua sigat sejahtera hendaknya.Amin.
Hari ni cuti Nuzul Quran.Selangor and a few states cuti..So,aku dok rileks kat rumah je.rehatkan minda dari kerja dan apa2 yang patut.
Well,untuk kali ini aku perkenalkan dua majalah tempatan yang menjadi kegemaran aku setiap bulan.Aku mesti carik dua majalah ini sampai dapat di mana sahaja aku berada.Senarai wajib dibeli.Majalah lain?Sori,aku tak minat.Ni jer yang best bagi aku.
ZERO Degrees adalah sebuah majalah yang berbentuk pelancongan yang menyediakan pelbagai artikel pelancongan dari catatan pengembara,isu berkaiatan kesenian,pendapat,reviews,bulletin serta rekomendasi hotel2 terpilih samada tempatan mahupun di seberang laut.Its a nice magazine actually to u to read.At this moment,aku prefer baca magazine pelancongan ni coz aku pikir nilah local magazines yang best in town setakat ini.Aku blom terpikir untuk tukar mag lain selain ZERO Degrees.Harganya berpatutan,RM12 sahaja.better u all try pick this mag.
KLUE ni adalah magazines yang paling urban dalam town.Cuma RM5.Bagi aku,majalah ini menepati selera orang2 muda yang boom dan sentiasa ingin tahu kehidupan terkini di sekitar KL.Maybe mag Time Out KL cuma menyaingi KLUE tapi aku fikir TOKL belum menambat hati aku lagi buat masa ni.Sori.Banyak section yang best kat KLUE ni antaranya is My Klang Valley yang menampilkan bukan sahaja artis tempatan untuk memberi pendapat mengenai KL tetapi pelbagai ikon menerusi pelbagai bidang lain di Malaysia.Antaranya yang pernah di ruangan ini ialah Muna Noor,Josiah Ng,Natalie Kniese,Jovian Mandagie,Roslan Aziz,DJ Uno,Noryn Aziz,Anita Sarawak dan banyak lagi.Tidak lupa juga KLUE menyenaraikan pelbagai aktiviti yang menarik sekitar KL antaranya aktiviti seni,nightlife,music,film dan tempat2 yang bagus untuk makan dan lepak.Ruangan perspektif pula menyediakan ide2 penulis muda yang segar lagi bugar seperti Brian Yap,Fahmi Fadzil,Priya,John Lim ,Kevin Yeoh dan banyak lagi.Mereka inilah antara penulis segar lagi bugar yang pernah mengisi ruangan perspektif.Isu yang diketengahkan adalah isu2 yang tidak lapuk dan basi.Setiap keluaran KLUE punya isu yang best.Jika anda bosan dengan politik,cubalah baca ruangan perspektif ini.
Paling best majalah ini juga menganjurkan KLUE Urbanscapes yang mana telah diadakan pada June 2008 yang lepas bertempat di KLPac..bagi peminat KLUE Urbanscapes,mereka tahu apa isi kandungannya.Satu2nya festival kreatif arts di muka bumi Malaysia yang menampilkan pelbagai profil seperti jualan baju local designers,music,short film dan macam2 ada.Well,tidak hairanlah kalau KLUE Urbanscapes diadakan,ia sudah pasti akan menjadi keutamaan aku pada hari tersebut.Seperti yang anda sekalian maklum,tidak banyak atau sukar sekali untuk kita especially the young ones untuk lihat festival creative arts berlangsung di mana2 di Malaysia ini.
Bagi yang belum tahu mengenai KLUE,silalah try one.
Ok.itu sahaja santapan dan cuci mata untuk kali ini.
Bisa kita ketemu lagi.
Daaaaaaa.
Related Posts with Thumbnails