Assalammualaikum para bloggers sekalian.Semoga sihat sejahtera hendaknya selalu dan sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya.Amin.
Lama juga aku tak mengisi masa aku seperti kebiasaan di sini kerana kesibukkan waktu.Oh ya..aku lupa,Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51.Semoga Malaysia semakin matang dan menempuh arus perdana global yang mencabar dengan jayanya.Cewah..macam pak menteri plak aku.Yelahkan,sebagai anak muda Malaysia aku mengharapkan situasi politik semasa tidak mengganggu-gugat kestabilan bumi Malaysia yang aku cintai.Anak-anak muda di sekolah rendah dan menengah pun sudah pandai memilih siapa idola mereka masakini.Itulah hidup.
Seperkara lagi,Salam Ramadhan al-Mubarak 1429H/2008M.Semoga ibadah puasa kita diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.
Sudah hampir mencecah 3 abad umur aku hidup di dunia ini.Masih baru lagi sebagai hamba Allah yang jahil ini.Tapi hidup harus ditempuhi juga walau bagaimana ribut melanda.Life must go on,kata mat salleh.Aku bertuah kerana dikelilingi ramai sahabat yang sentiasa memahami jiwa aku.Terima kasih.Terutamanya sekali Kak Long,Bang Man,Kak Ida,Diana,Fiza,Kak Ramlah seterusnya teman lama aku di sekolah rendah dan menengah dulu,Kapten Zainalabidin,Kopral Sukiman,Atoi dan ada juga yang menjadi ahli perniagaan sekarang seperti Niyas Ahamed serta ada yang menjadi jurutera,akauntan dan sebagainya.Itu hanya sekadar menyebut beberapa nama sahaja.Seperti yang sedia maklum,tidak ada ibubapa yang tidak ingin melihat anak2 mereka berjaya.Sama jua seperti aku.Aku bangga dengan didikan kedua ibubapa aku.Aku khatam Al-Quran 2 kali.Aku masih ingat lagi aku dikejar satu kampung dek kerana malas mengaji.Laju benor mak aku kejar.Hehehehe.Penat beb.Abah aku pula tegas orangnya.Setiap malam akan diperiksa beg sekolah aku.Takut2 aku terbawak anasir yang tidak elok.Kwang,kwang,kwang.Banyak perkara yang abah aku didik antaranya tidak lekang dibibirnya saban hari ialah jangan sombong dan sentiasa hidup sederhana.Memang,abah aku seorang yang low profile kalau nak dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.Rotan?Banyak kali aku di rotan oleh abah aku.Mak aku pun boleh tahan jugakmerotan sampai ketika aku dan adik aku sembunyikan rotan semata-mata takut kena rotan walaupun aku dan adik aku tahu itu salah.Sampai satu ketika bila abah atau mak aku nak rotan aku atau adik aku atau kedua2nya..hehehehe...terpaksalah abah atau mak aku melilau mencari
rotan.Fuuuuuuhhh...selamat.misi berjaya.Zaman kecil2 dulu memang nakal.
Itulah sebahagian hidup aku.Hidup bermula dari alif.
Dek kerana bimbingan,ajaran serta didikan abah dan mak aku lah aku boleh berdiri sekarang dengan puas.Aku berjaya.Aku gembira kerana aku boleh memimpin rakan2 aku dan juga kenalan aku dalam apa jua hal.Aku puas menjadi bos kepada anak2 buah aku.aku dianugerahkan oleh Allah SWT sifat memimpin yang baik dan jitu.aku bangga kerana aku boleh dipercayai oleh sesiapa sahaja.Aku ada kredibiliti.aku ada ketegasan pada masa yang sama aku senang digauli oleh sesiapa sahaja.Alamak,ini sudah up kan diri sendiri ni.Biarlah.Yang penting apa yang aku katakan ini adalah benar.Bukan wayang kulit atau patung boneka.Aku tidak pernah minta apa2 balasan di atas apa yang aku lakukan.Aku ikhlas.Memang sudah sifat aku begini.Sekali lagi tidak aku lupa pesan abah aku,'Jangan sombong di tempat orang.Selalulah berbuat baik kepada mereka.'kata abah aku.Terngiang-ngiang selalu.
Dah habis ker?
Belum lagi.
Tapi,
Itulah sebahagiannya.Sesungguhnya perjalanan alif itu panjang.
Aku tahu bila hidup itu sudah bermula dari alif maka pastinya ada ba dan seterusnya.
Sampai di sini sahaja dulu.Kita jumpa di lain masa.Selamat berpuasa.
Wassalam.