Trademark rasmi for my blog Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga kalian sihat sejahtera hendaknya.Amin.
Di hujung minggu ni terutamanya di bulan puasa,tidak banyak yang hendak dilakukan kecuali santai di rumah sahaja.Cuaca pun sudah beransur panas semula selepas bumi disimbahi hujan beberapa minggu yang lalu.Tik tok tik tok,menunggu masa cuci mata untuk ke pasar Ramadhan.
Ada satu cerita mengenai diri aku.
Cerita mengenai kerja aku dalam batik ni.My parents actually tak berapa suka aku kerja batik ni.Parents aku kata tangan jari aku macam orang kerja kat sawah.tengok sahaja tapak tangan aku tu.belum aku tunjuk jari jemari aku yang ayu ni.Aku tak tau apa reaksi kalian semua apabila melihat tapak tangan aku sedemikian rupa.Mana taknya,keluarga mak and especially my fathers side semuanya kerja best2.Sebagai contohnya,pak sedara mak aku bekas mufti negeri Sarawak,Datuk Haji Anis Haji Abot.lepas tu ada yang jadik Penolong Pengarah Imigresen Malaysia, Pengarah Pilihanraya Sarawak,guru besar dan macam2 lagi.Walaubagaimanapun keluarga sebelah mak aku dapat menerima dengan baiknya.Sebelah abah aku pulak tak buleh nak lawan.lagi kaw kaw.Uncle aku Jurutera kanan JKR berpangkat Timbalan Pengarah JKR Sarawak(menurut abah aku,uncle aku yang sorang ni pernah dirisik Ketua Menteri Sarawak untuk dijadikan calon Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dulu,namun uncle aku menolak),Akauntan,Pensyarah,Doktor,ahli perniagaan,guru berijazah dan banyak lagi.Adik aku pula Assistant Manager graduan UM sekarang bekerja di HSBC,Cyberjaya.
Nah.itulah ramuan keluarga aku.tapi bila saat aku involve in batik,diorang semua kelu lidah sambil berkata,'Batik?'Aku pasti ramai lagi keuarga lain seperti keluarga aku.
Ya.reaksi mereka yang mengundang bermacam persoalan bagi diri aku.Apakah susah sangat mereka ini menerima aku bekerja in batik industri.Warisan asli negara.Ye la,mereka hanya bisa tahu kerajaan ngan swasta.
Inilah sebenarnya hakikat yang beraku di Malaysia sekarang ini.Anda pernah tonton filem
Allahyarham tan sri P.Ramlee dimana emak kekasihnya mempersoalkan status Allahyarham bekerja.Lawyer?Magistrate?Perkara ini amat lah jelas dan ketara jika berkunjung ziarah-menziarahi uncle dan auntie mahupun pakcik dan makcik anda semasa Aidilfitri.Sudah tiada
soalan lain nampaknya.Soalan bermusim.Sama.Atau disengajakan?Terpulang.Lower status kamu kau kalau kamu bukan dalam pekerjaan yang bagus seperti yang lainnya.
Batik bukanlah satu kerjaya tradisional seperti dahulu.Sekarang dengan adanya Yayasan Budi Penyayang,batik telah menerjah arena global.Batik telah menambat hati rakyat Malaysia.Batik bukan sembarangan.Batik bukan dipakai golongan kerabat diraja,menteri dan orang2 kebanyakan malahan batik sudah mampu dibeli oleh pelbagai golongan pendapatan.Siapa yang tidak kenal Datuk Tom Abang Saufi,Khadani dan Noor Arfa?Nama2 inilah yang selalu kedengaran dan pernah didengar selalu.Mereka yang berkecimpung dalam batik sekarang adalah mereka yang bermatlamat dan punya visi yang tinggi.Bukan calang2 mereka yang terlibat dalam bidang batik pada masa ini baik di depan tabir ataupun belakang tabir.Batik setanding di atas pentas peragaan.Batik sama tinggi dengan brand jenama antarabangsa lain.Kalau dulu model2 antarabangsa hanya memperagakan ciptaan brand antarabangsa tetapi sekarang batik juga diperagakan sama dengan yang lain.Batik boleh diaplikasi menjadi pelbagai pakaian.Sebut sahaja anda mahu baju yang bagaimana?Evening dress?Bisa.Gown?Bisa.Baju pengantin?Bisa.Menshirt casual?Bisa.baju kurung moden mengikut citarasa anda?Bisa.baju kebaya juga mengikut citarasa anda?Pun bisa.Blouse pendek?Bisa.Blouse panjang?Bisa.Tudung yang setaraf dengan tudung Datuk K pun bisa apatah lagi tudung2 yang biasa di pasaran.Baju kelawar?bisa.Jubah?Bisa.Kain Samping?Bisa.Jaket?Bisa.Tali leher?Bisa.Kurta?Bisa.Apalagi yang anda mahu?sebut sahaja...semuanya bisa dong.tidak cukup dengan itu orang batik sekarang begitu kreatif dan imaginatif aam soa fesyen batik.Tidaj cukup dengan rekaan motif yang up to date,ditambah pua dengan pelbagai teknik kaler yang menawan.Bahkan anada boleh memilih warna kesukaan anda di samping boleh juga memilih rekaan anda sendiri jika anda tidak mahu rekaan yang biasa dilihat.orang batik mampu.Tidak susah pun.
Seni masih kurang diyakini oleh ibubapa di Malaysia ini.Berapa kerat sangat ibubapa di Malaysia sekarang ini yang merestui anak2 mereka terlibat dalam bidang seni.Seni itu ada pelbagai.Ada seni tari,seni lakon,seni musik,seni halus,seni persembahan dan pelbagai lagi.Batik adalah tergolong dalam bidang seni lukis.Boleh bilang dengan jari parents yang merestui anak2 mereka involve in seni.kebanyakan parents masih kepada jiwa filem hitam putih seperti yang telah diadaptasikan dalam filem P.Ramlee.Dan ini telah dimomokkan turun-temurun.parents masih menghendakkan anak2 mereka jadi sekian,sekian.Pokoknya,adakah anak2 mereka ini ikhlas jadi sekian,sekian?
Aku khuatir jika parents di Malaysia ini tidak supportive terhadap anak2 mereka dalam bidang seni,maka seni itu makin lama makin dilupai dan bagaimana pula pasaran kerja terutamanya dalam industri batik ini mencari mereka yang bepengalaman dan berkemahiran tinggi in batik.Parents have set their futures son and daughters.Memang betul adakalanya arah dan hala tuju masa depan anak2 bergantung kepada parents tetapi keadaan dan situasi semasa berubah sekelip mata.Dulu kita tidak dengar apa itu musik indi?Dulu MySpace tidak ketahuan oleh sesiapa?Atok dan nenek sekarang masing2 sudah punya telefon bimbit.SMS,MMS,3G menjadi mainan mereka.Sudah jauh berubah bukan?Begitu juga dengan murid darjah enam yang bergaya membawa telefon bimbit di sekolah(atau ada yang lebih muda dari itu?)Di manakah mereka yang mendalami seni batik sama ada di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dan Institut Kraf Negara(IKN) pergi selepas bergelar graduan?Golongan pelapis inilah yang perlu disemai perwatakannya dalam batik.Ramai yang block mindanya menganggap IKBN mahupun IKN tidak setaraf dengan yang lainnya umpamanya UiTM mahupun universiti2 awam dan swasta yang lain.Mereka anggap IKBN dan IKN kelas kedua.Kerajaan juga perlu buka minda dan mata.IKN misalnya ditubuhkan untuk mengangkat martabat warisan negara supaya apa jua warisan seni negara tidak lupus dek zaman yang glokal ini.Wahai pak menteri yang berkaitan,aku merayu supaya IKN dinaiktaraf menjadi sebuah universiti yang sama kelasnya dengan universiti2 lain yang ada di Malaysia ini.Jangan dianaktirikan mereka yang menimba ilmu di IKN.Mereka semua adalah warisan negara yang hidup dan bernyawa.
Golongan muda inilah harus kita berikan galakan dan motivasi.Mereka bertungkus-lumus mendalami bidang batik ini.Apabila mereka masuk ke pasaran kerja,mereka memerlukan masa untuk menjadi sebati dalam bidang ini terutamanya in teknikal.Aku pernah membimbing ramai golongan muda yang mendalami bidang ini.Antaranya pelajar2 yang mengikuti latihan praktikal di tempat lama aku bekerja seperti IKBN Jitra,Kedah,UiTM Kelantan(Seni Reka Tekstil), dan UNIMAS(Applied and Creative Arts.Pelajar2 di IKBN Jitra,Kedah adalah yang teramai sekali aku bimbing.Aku secara peribadi teruja dengan keberanian mereka untuk mendalami bidang ini walaupun bidang ini tidak segah bidang2 lain.Percayalah,mereka yang betul2 berkemahiran tinggi dan berpengalaman in batik amatlah sedikit jumlahnya di Malaysia. Majikan pening kepala untuk mencari orang batik yang sedia ada.Bukan senang untuk mencari orang batik yang sedia ada yang terrer.Pada satu ketika aku dan rakan sekerja aku pergi ke Perpustakaan Negara tak lama dulu,satu buku mengenai batik Malaysia tidak kelihatan.habuk banyaklah.Malu bukan?
Malu kerana Perpustakaan Negara tiada sumber yang berkaitan dengan batik Malaysia.Jika perpustakaan daerah atau di Ulu Tembeling mahupun di Long Lama aku tak hairan.Hasilnya,itulah kali pertama dan terakhir aku jejak kaki di Perpustakaan Negara.Cukuplah.Mengecewakan.
Kredit kepada Lim Kok Wing University, satu2nya universiti swasta yang menawarkan kursus
Diploma in Batik.Sila rujuk
http://www.limkokwing.edu.my/v6/academic/art_skil_batik.asp.
Bagi mereka yang inginkan kekreatifan dalam mengekspresi implimentasi inovasi idea dalam bentuk yang segar,Lim Kok Wing University adalah tempatnya.
Aku percaya bidang batik mampu menambat hati parents semua.Jika ini berlaku maka universiti2 tempatan mahupun swasta berlumba-lumba menawarkan kursus batik samada di peringkat diploma mahupun ijazah seterusnya doktor falsafah,Phd.Persoalannya di sini bila?Sudah tentu ramai yang akan berkata masa akan menentukannya.Mungkin kita tunggu Wawasan 2020 nanti?Atau mungkin orang batik akan pakai tali leher dan kot semasa menghasilkan karya mereka barulah dipandang 'mulia' oleh masyarakat yang kononnya bangga dengan jiwa 'bukan seni' mereka?Atau juga konflik macam kerja sawah akan jadi turun-temurun tiada penghujungnya.
Jangan dipandang seni itu murahan.
Usah dilihat mereka yang berkarya melalui batik ini sebagai tiada kelas.
Kamu silap.kamu tidak betul,kamu salah.
Kami orang batik bukan sembarangan orang.
kami berilmu seperti kamu juga.
Jadi,
Tiada beza.
Noktah.