Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran,Maaf Zahir dan Batin

To Kuching 27 September 2008,1255hrs.
Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Aku mendoakan kalian sihat walafiat selalu hendaknya dan diberkati Allah SWT selalu.Amin.
Mood raya melanda seluruh Malaysia khasnya,tipulah aku kalau aku kata belom ada mood raya lagi..wuhuuuu...yeayyyyy...Aku sekarang dok packing apa yang patut terutamanya biskut dan kacang.Serunding aku belom amik lagi kat umah mak angkat aku kat Selayang.Jumaat last day kerja seblom masing2 balik kampung.Aku akan balik Kuching pada Sabtu ni,27 Sept,1255hrs.
Itulah lumrah aku setiap tahun.Balik kampung.Bukan naik bas,kapal,kereta mahupun bas.Sebaliknya aku naik belon.Belon?Belon tu kalau diterjemahkan ke bahasa kebangsaan bermaksud kapal terbang atau flight ;-} .dah tak rasa apa dah naik flight ni.macam biasa jer.Tapi bahang balik kampung sudah terasa.Setakat entry ni,aku blom lagi shopping...mungkin esok pastinya.banyak lagi blom setel.
Well,aku ucapkan salam lebaran kepada semua.Maaf Zahir dan Batin.untuk makluman aku akan off blog for two weeks so aku pasti blog aku ni akan mula bersawang di sana sini.Aku akan kembali selepas itu.Sila tinggalkan pesanan ke mesej ke atau apa2 jer kat dalam kotak mesej yang telah disediakan.Pandulah dengan berhati-hati,ingatlah orang yang tersayang.Dibawah ini ada beberapa kad untuk mereka2 yang berkenaan yang mengenali diri aku yang tak seberapa ini.Raya datanglah ke rumah aku.Kalau nak duit raya kena datang rumah beb,pakat ramai2.
Aku hulur jari sepuluh merafak keampunan kepada kedua ayah dan bondaku,
adik aku serta keluarga besar aku
Ngah sekeluarga di Miri,Nek Wan,Nek Aki,Nek Teh,Ngah Senah,Ngah Mat,
Chik Bon serta keluarga,Wa Pae serta isteri,Anjang Rizal serta isteri,Udak Nuar serta isteri,Mok Peri serta isteri,Uncle Hafiz serta isteri,Usu Kemarul,Yak Lan,Pak Looque,Emi,Eman,Dapi,Koden,Adri,Nor,Fida,Nonot,Faiz,
Ayu,Fazana,Amira,Nabil,Danish,Izad banyak lagi,terlalu banyak beb.
Selamat Hari Raya kepada semua warga batik samada masih lagi dalam industri ini
atau sudahpun bersara seperti Has sekeluarga,Sir Sulaiman,Sir Helmi,Sir Yuslan,Sir Fahmi,
Kak Ida,Kak Timah,Kak Siti,Along,Diana,Juwita,Zuhdi,Fiza,Kak Ramlah,Ateng,Comel,
Khair,Isa,Azie,Along Kedah,Shidah Miri,Zila Johor,Amoi,Izad,Sharul,Ira,Rozi,Saadiah,
Nisa,Ika,Ina,Ija,Faiz,Kerol,Kak Ani,Ayu,Jai,Masliana,Bang Aziz,Farah,Wani,Aishah,
Firda,Kuzaiman,Haziq,Haris,Hasnor,Zafree,Linda,Anne,Shidah IKBN,Nik,Udin Rawang,
Titek Sandora,Zaharah,Abe Aris,Bang Faizal...dan semua yang mengenali aku
tak kira dari jauh mahupun dekat.
Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada geng2 YM aku yang zaaaasz terutamanya
Nikli Z.,Irwan,Starbux E.D,Nanie(nun jauh di jay bee yg selalu rekeman lagu best di website)Benu S,Hey,Ap It,Diddy Shuffix,Efa Affendi,Faiz Faridz,
Mezee Mijot88,Amran Kamaruddin dan kepada semua chatters YM yang mengenali aku.Sori tak letak nama korang kat sini.
Salam Lebaran kepada rakan2 MySpace aku yang best terutamanya kepada
Anan(Man.United die hard fan,aku ngan Anan ni selalu psiko each other,CHELSEA!CHELSEA!),Dalf('budak sekolah agama'), dan Anas Aiman(yang rajin alertkan aku kat MySpace).You all rock.
Akhir kalam,janganlah kita lupa pada mereka yang kurang berkemampuan dan yang sedang dilanda musibah ujian daripada Allah SWT.Apalah maksud Aidilfitri bagi mereka.Insaflah seketika.Ingati diri anda sekalian betapa bertuahnya anda merayakan Aidilfitri dengan riang dan tawa.Aku juga mohon maaf,ku susun sepuluh jari memohom ampun dan maaf kepada kalian seua andai aku ada terlanjur perbuatan dan terlanjur kata.Sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari aku sendiri.Maaf Zahir dan Batin.
Noktah.


Saturday, September 20, 2008

ABC tiada X,Itu Aku

Myfaves-Starbucks,TAZO,ESPrit,Appletiser
Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga sihat sejahtera hendaknya selalu.Amin.
Kali ni aku nak senaraikan list ABC mengenai diri aku.OOOooops,macam nak promo jer..wakakaka.Tak kenal maka tak cinta..yeay..
A-Allah SWT dilupa jangan.Ayah aku tegas,aku kagum dan teruja dgn sifat low profile ayah aku.
B-Berangan?Hmmmm..aku bukan mat jenin. :-}
C-Chelsea!Chelsea!
D-Durian,aku memang memilih sebab badan aku geli geleman bila dibukak je isinya berserabai macam jambang tak trim,muahahahaha.serius..kalai dibukak isinya elok cantik tak serabai memang aku makan ;-) .Dadah?katakan tidak pada najis ni.Disiplin tinggi.Darah campuran Cina,Jawa dan Melanau.
E-Erwan,adik aku.Aku dua beradik jer.
F-Fotografi,bakat terpendam aku.Suka tengok National Geography punya gambo2. belum berkesempatan lagi.suam2 sahaja buat masa ni cos kerja menlimitkan aku dari amik shoot sana shoot sini.
G-Gila-gila,but tak la 100 persen dalam sehari.Jeng,jeng,jeng.tiba-tiba..
H-Hasad dengki tiada dalam senarai.Mintak dijauhkan.Kuuuuuuz semangat.
I-Ilham aku batik.Idola seumur hidup of course la Tun Dr.Mahathir.Ibunda aku best in the world.Bila aku kejauhan,i really really damn missed her cook very much.Ikan terubuk sumbat,timun cecah kuah belacan asam jawa pekat,lobak masin goreng,sambal goreng,glurrrppp.terliur pulak..
J-Jiwang?aku tak jiwang.biasa-biasa jer.memang tak pandai pun nak berjiwang ni.
K-Kuching,tumpah darah aku dan Kawan aku a bit memilih.Fussy.hohohoho.
L-Layaran Ombak Senja adalah label dan jenama aku. tu besau2 aku memang tLangsat pulak haaaaa..kalau buah langsatak nak makan.Aku suka buah dia kecik2.kiut2 isi dia kalau dibukak.
M-Musik,semua jenis musik yang sedap kat telinga aku.Masak.Ya,suka sangat memasak tapi kena ada moods.
N-Novel pun aku minat but sorry novel tangkap cinta meleleh aku tak minat.Best novel ever yang aku baca is Imam and Mereka yang Tertewas 1 dan 2.
O-Outspoken.Kalau aku tgk benda yang tak betul di hati aku ni tak kira la apa kategori sekali pun ,memang aku akan zaaaasss.tak suka pendam2 kalau tak puas hati.
P-Pantang aku is menyiapkan kerja orang yang ditinggalkan.darah aku buleh keluar dari kepala tau.DUSH..
Q-Quote?Strong,Stronger,Strongest.
R-Rakus dalam bekerja,terutamanya bila aku involve in projek.tak suka buat cincai.
S-Starbucks.Port yang paling aku suka is kat Times Square.siap tido kat sofanya lagi.wahahaha.
T-Tido around 1-3am,walaupun tido lewat aku tetap bangun awal automatik around 545am.Tempoyak goreng.Ada sapa2 pernah try?sedap.walaaa..nak tau resipi?ni resepi ibunda aku.e-mail me kalau nak mintak resepi...hehehehe
U-Ulam-ulaman.sedap.
V-Vegetable kurang.memilih.tak berapa ingat nama2 vege ni..
W-Waktu adalah cabaran bagi aku setiap hari.
Y-Yudi panggilan mesra aku.
Z-Zodiak aku Leo.
Well,itulah aku.the real of mine.nak tahu lebeh mendalam lagi kena private question..hahahahaa.
Hope rasa dekat di hati setelah u all menganalisis ABC No X ni.
Noktah.

Wednesday, September 17, 2008

Majalah Ada 2 Sahaja

ZERO Degrees,Your Asian Travel Companion

KLUE
Assalamualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Moga anda semua sigat sejahtera hendaknya.Amin.
Hari ni cuti Nuzul Quran.Selangor and a few states cuti..So,aku dok rileks kat rumah je.rehatkan minda dari kerja dan apa2 yang patut.
Well,untuk kali ini aku perkenalkan dua majalah tempatan yang menjadi kegemaran aku setiap bulan.Aku mesti carik dua majalah ini sampai dapat di mana sahaja aku berada.Senarai wajib dibeli.Majalah lain?Sori,aku tak minat.Ni jer yang best bagi aku.
ZERO Degrees adalah sebuah majalah yang berbentuk pelancongan yang menyediakan pelbagai artikel pelancongan dari catatan pengembara,isu berkaiatan kesenian,pendapat,reviews,bulletin serta rekomendasi hotel2 terpilih samada tempatan mahupun di seberang laut.Its a nice magazine actually to u to read.At this moment,aku prefer baca magazine pelancongan ni coz aku pikir nilah local magazines yang best in town setakat ini.Aku blom terpikir untuk tukar mag lain selain ZERO Degrees.Harganya berpatutan,RM12 sahaja.better u all try pick this mag.
KLUE ni adalah magazines yang paling urban dalam town.Cuma RM5.Bagi aku,majalah ini menepati selera orang2 muda yang boom dan sentiasa ingin tahu kehidupan terkini di sekitar KL.Maybe mag Time Out KL cuma menyaingi KLUE tapi aku fikir TOKL belum menambat hati aku lagi buat masa ni.Sori.Banyak section yang best kat KLUE ni antaranya is My Klang Valley yang menampilkan bukan sahaja artis tempatan untuk memberi pendapat mengenai KL tetapi pelbagai ikon menerusi pelbagai bidang lain di Malaysia.Antaranya yang pernah di ruangan ini ialah Muna Noor,Josiah Ng,Natalie Kniese,Jovian Mandagie,Roslan Aziz,DJ Uno,Noryn Aziz,Anita Sarawak dan banyak lagi.Tidak lupa juga KLUE menyenaraikan pelbagai aktiviti yang menarik sekitar KL antaranya aktiviti seni,nightlife,music,film dan tempat2 yang bagus untuk makan dan lepak.Ruangan perspektif pula menyediakan ide2 penulis muda yang segar lagi bugar seperti Brian Yap,Fahmi Fadzil,Priya,John Lim ,Kevin Yeoh dan banyak lagi.Mereka inilah antara penulis segar lagi bugar yang pernah mengisi ruangan perspektif.Isu yang diketengahkan adalah isu2 yang tidak lapuk dan basi.Setiap keluaran KLUE punya isu yang best.Jika anda bosan dengan politik,cubalah baca ruangan perspektif ini.
Paling best majalah ini juga menganjurkan KLUE Urbanscapes yang mana telah diadakan pada June 2008 yang lepas bertempat di KLPac..bagi peminat KLUE Urbanscapes,mereka tahu apa isi kandungannya.Satu2nya festival kreatif arts di muka bumi Malaysia yang menampilkan pelbagai profil seperti jualan baju local designers,music,short film dan macam2 ada.Well,tidak hairanlah kalau KLUE Urbanscapes diadakan,ia sudah pasti akan menjadi keutamaan aku pada hari tersebut.Seperti yang anda sekalian maklum,tidak banyak atau sukar sekali untuk kita especially the young ones untuk lihat festival creative arts berlangsung di mana2 di Malaysia ini.
Bagi yang belum tahu mengenai KLUE,silalah try one.
Ok.itu sahaja santapan dan cuci mata untuk kali ini.
Bisa kita ketemu lagi.
Daaaaaaa.

Friday, September 12, 2008

Macam Kerja Sawah

Trademark rasmi for my blog




Assalammualaikum para bloggers dan pembaca sekalian.Semoga kalian sihat sejahtera hendaknya.Amin.

Di hujung minggu ni terutamanya di bulan puasa,tidak banyak yang hendak dilakukan kecuali santai di rumah sahaja.Cuaca pun sudah beransur panas semula selepas bumi disimbahi hujan beberapa minggu yang lalu.Tik tok tik tok,menunggu masa cuci mata untuk ke pasar Ramadhan.
Ada satu cerita mengenai diri aku.

Cerita mengenai kerja aku dalam batik ni.My parents actually tak berapa suka aku kerja batik ni.Parents aku kata tangan jari aku macam orang kerja kat sawah.tengok sahaja tapak tangan aku tu.belum aku tunjuk jari jemari aku yang ayu ni.Aku tak tau apa reaksi kalian semua apabila melihat tapak tangan aku sedemikian rupa.Mana taknya,keluarga mak and especially my fathers side semuanya kerja best2.Sebagai contohnya,pak sedara mak aku bekas mufti negeri Sarawak,Datuk Haji Anis Haji Abot.lepas tu ada yang jadik Penolong Pengarah Imigresen Malaysia, Pengarah Pilihanraya Sarawak,guru besar dan macam2 lagi.Walaubagaimanapun keluarga sebelah mak aku dapat menerima dengan baiknya.Sebelah abah aku pulak tak buleh nak lawan.lagi kaw kaw.Uncle aku Jurutera kanan JKR berpangkat Timbalan Pengarah JKR Sarawak(menurut abah aku,uncle aku yang sorang ni pernah dirisik Ketua Menteri Sarawak untuk dijadikan calon Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dulu,namun uncle aku menolak),Akauntan,Pensyarah,Doktor,ahli perniagaan,guru berijazah dan banyak lagi.Adik aku pula Assistant Manager graduan UM sekarang bekerja di HSBC,Cyberjaya.

Nah.itulah ramuan keluarga aku.tapi bila saat aku involve in batik,diorang semua kelu lidah sambil berkata,'Batik?'Aku pasti ramai lagi keuarga lain seperti keluarga aku.

Ya.reaksi mereka yang mengundang bermacam persoalan bagi diri aku.Apakah susah sangat mereka ini menerima aku bekerja in batik industri.Warisan asli negara.Ye la,mereka hanya bisa tahu kerajaan ngan swasta.

Inilah sebenarnya hakikat yang beraku di Malaysia sekarang ini.Anda pernah tonton filem
Allahyarham tan sri P.Ramlee dimana emak kekasihnya mempersoalkan status Allahyarham bekerja.Lawyer?Magistrate?Perkara ini amat lah jelas dan ketara jika berkunjung ziarah-menziarahi uncle dan auntie mahupun pakcik dan makcik anda semasa Aidilfitri.Sudah tiada
soalan lain nampaknya.Soalan bermusim.Sama.Atau disengajakan?Terpulang.Lower status kamu kau kalau kamu bukan dalam pekerjaan yang bagus seperti yang lainnya.
Batik bukanlah satu kerjaya tradisional seperti dahulu.Sekarang dengan adanya Yayasan Budi Penyayang,batik telah menerjah arena global.Batik telah menambat hati rakyat Malaysia.Batik bukan sembarangan.Batik bukan dipakai golongan kerabat diraja,menteri dan orang2 kebanyakan malahan batik sudah mampu dibeli oleh pelbagai golongan pendapatan.Siapa yang tidak kenal Datuk Tom Abang Saufi,Khadani dan Noor Arfa?Nama2 inilah yang selalu kedengaran dan pernah didengar selalu.Mereka yang berkecimpung dalam batik sekarang adalah mereka yang bermatlamat dan punya visi yang tinggi.Bukan calang2 mereka yang terlibat dalam bidang batik pada masa ini baik di depan tabir ataupun belakang tabir.Batik setanding di atas pentas peragaan.Batik sama tinggi dengan brand jenama antarabangsa lain.Kalau dulu model2 antarabangsa hanya memperagakan ciptaan brand antarabangsa tetapi sekarang batik juga diperagakan sama dengan yang lain.Batik boleh diaplikasi menjadi pelbagai pakaian.Sebut sahaja anda mahu baju yang bagaimana?Evening dress?Bisa.Gown?Bisa.Baju pengantin?Bisa.Menshirt casual?Bisa.baju kurung moden mengikut citarasa anda?Bisa.baju kebaya juga mengikut citarasa anda?Pun bisa.Blouse pendek?Bisa.Blouse panjang?Bisa.Tudung yang setaraf dengan tudung Datuk K pun bisa apatah lagi tudung2 yang biasa di pasaran.Baju kelawar?bisa.Jubah?Bisa.Kain Samping?Bisa.Jaket?Bisa.Tali leher?Bisa.Kurta?Bisa.Apalagi yang anda mahu?sebut sahaja...semuanya bisa dong.tidak cukup dengan itu orang batik sekarang begitu kreatif dan imaginatif aam soa fesyen batik.Tidaj cukup dengan rekaan motif yang up to date,ditambah pua dengan pelbagai teknik kaler yang menawan.Bahkan anada boleh memilih warna kesukaan anda di samping boleh juga memilih rekaan anda sendiri jika anda tidak mahu rekaan yang biasa dilihat.orang batik mampu.Tidak susah pun.

Seni masih kurang diyakini oleh ibubapa di Malaysia ini.Berapa kerat sangat ibubapa di Malaysia sekarang ini yang merestui anak2 mereka terlibat dalam bidang seni.Seni itu ada pelbagai.Ada seni tari,seni lakon,seni musik,seni halus,seni persembahan dan pelbagai lagi.Batik adalah tergolong dalam bidang seni lukis.Boleh bilang dengan jari parents yang merestui anak2 mereka involve in seni.kebanyakan parents masih kepada jiwa filem hitam putih seperti yang telah diadaptasikan dalam filem P.Ramlee.Dan ini telah dimomokkan turun-temurun.parents masih menghendakkan anak2 mereka jadi sekian,sekian.Pokoknya,adakah anak2 mereka ini ikhlas jadi sekian,sekian?

Aku khuatir jika parents di Malaysia ini tidak supportive terhadap anak2 mereka dalam bidang seni,maka seni itu makin lama makin dilupai dan bagaimana pula pasaran kerja terutamanya dalam industri batik ini mencari mereka yang bepengalaman dan berkemahiran tinggi in batik.Parents have set their futures son and daughters.Memang betul adakalanya arah dan hala tuju masa depan anak2 bergantung kepada parents tetapi keadaan dan situasi semasa berubah sekelip mata.Dulu kita tidak dengar apa itu musik indi?Dulu MySpace tidak ketahuan oleh sesiapa?Atok dan nenek sekarang masing2 sudah punya telefon bimbit.SMS,MMS,3G menjadi mainan mereka.Sudah jauh berubah bukan?Begitu juga dengan murid darjah enam yang bergaya membawa telefon bimbit di sekolah(atau ada yang lebih muda dari itu?)Di manakah mereka yang mendalami seni batik sama ada di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dan Institut Kraf Negara(IKN) pergi selepas bergelar graduan?Golongan pelapis inilah yang perlu disemai perwatakannya dalam batik.Ramai yang block mindanya menganggap IKBN mahupun IKN tidak setaraf dengan yang lainnya umpamanya UiTM mahupun universiti2 awam dan swasta yang lain.Mereka anggap IKBN dan IKN kelas kedua.Kerajaan juga perlu buka minda dan mata.IKN misalnya ditubuhkan untuk mengangkat martabat warisan negara supaya apa jua warisan seni negara tidak lupus dek zaman yang glokal ini.Wahai pak menteri yang berkaitan,aku merayu supaya IKN dinaiktaraf menjadi sebuah universiti yang sama kelasnya dengan universiti2 lain yang ada di Malaysia ini.Jangan dianaktirikan mereka yang menimba ilmu di IKN.Mereka semua adalah warisan negara yang hidup dan bernyawa.

Golongan muda inilah harus kita berikan galakan dan motivasi.Mereka bertungkus-lumus mendalami bidang batik ini.Apabila mereka masuk ke pasaran kerja,mereka memerlukan masa untuk menjadi sebati dalam bidang ini terutamanya in teknikal.Aku pernah membimbing ramai golongan muda yang mendalami bidang ini.Antaranya pelajar2 yang mengikuti latihan praktikal di tempat lama aku bekerja seperti IKBN Jitra,Kedah,UiTM Kelantan(Seni Reka Tekstil), dan UNIMAS(Applied and Creative Arts.Pelajar2 di IKBN Jitra,Kedah adalah yang teramai sekali aku bimbing.Aku secara peribadi teruja dengan keberanian mereka untuk mendalami bidang ini walaupun bidang ini tidak segah bidang2 lain.Percayalah,mereka yang betul2 berkemahiran tinggi dan berpengalaman in batik amatlah sedikit jumlahnya di Malaysia. Majikan pening kepala untuk mencari orang batik yang sedia ada.Bukan senang untuk mencari orang batik yang sedia ada yang terrer.Pada satu ketika aku dan rakan sekerja aku pergi ke Perpustakaan Negara tak lama dulu,satu buku mengenai batik Malaysia tidak kelihatan.habuk banyaklah.Malu bukan?

Malu kerana Perpustakaan Negara tiada sumber yang berkaitan dengan batik Malaysia.Jika perpustakaan daerah atau di Ulu Tembeling mahupun di Long Lama aku tak hairan.Hasilnya,itulah kali pertama dan terakhir aku jejak kaki di Perpustakaan Negara.Cukuplah.Mengecewakan.

Kredit kepada Lim Kok Wing University, satu2nya universiti swasta yang menawarkan kursus
Diploma in Batik.Sila rujuk http://www.limkokwing.edu.my/v6/academic/art_skil_batik.asp.
Bagi mereka yang inginkan kekreatifan dalam mengekspresi implimentasi inovasi idea dalam bentuk yang segar,Lim Kok Wing University adalah tempatnya.

Aku percaya bidang batik mampu menambat hati parents semua.Jika ini berlaku maka universiti2 tempatan mahupun swasta berlumba-lumba menawarkan kursus batik samada di peringkat diploma mahupun ijazah seterusnya doktor falsafah,Phd.Persoalannya di sini bila?Sudah tentu ramai yang akan berkata masa akan menentukannya.Mungkin kita tunggu Wawasan 2020 nanti?Atau mungkin orang batik akan pakai tali leher dan kot semasa menghasilkan karya mereka barulah dipandang 'mulia' oleh masyarakat yang kononnya bangga dengan jiwa 'bukan seni' mereka?Atau juga konflik macam kerja sawah akan jadi turun-temurun tiada penghujungnya.

Jangan dipandang seni itu murahan.

Usah dilihat mereka yang berkarya melalui batik ini sebagai tiada kelas.

Kamu silap.kamu tidak betul,kamu salah.

Kami orang batik bukan sembarangan orang.

kami berilmu seperti kamu juga.

Jadi,

Tiada beza.

Noktah.

Thursday, September 11, 2008

Alumni Piala Seri Endon 2007

Winner Piala Seri Endon 2007,Lucas and Zoe

2nd Prize Winner,Junaidi Awang

3rd Prize Winner,Pua Indah

Consolation Prize Winner,Layaran Ombak Senja

Consolation Prize Winner,Azizul Abdul Kadir
Consolation Prize Winner,The Glorious Classic

Consolation Prize Winner,Koh Chean Peng

Consolation Prize Winner,Desmond Liaw Kok Min

Finalist,Tan Yen Yen

Finalist,Pinping Liew

Finalist,Mohen

Finalist,BG

Assalammualaikum para bloggers sekalian.Diharap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Amin.
Memperkenalkan Alumni Piala Seri Endon 2007.Ini adalah 12 peserta dan kumpulan yang layak ke Final Piala Seri Endon 2007 yang lalu.
Untuk penyertaan kategori fashion design ni pada tahun 2007, sebanyak 46 penyertaan telah diterima.Manakala pada separuh akhir sebanyak 29 peserta dan kumpulan telah berjaya layak dan seterusnya hanya 12 dipilih untuk ke final.
Untuk makluman,kami semua mengharungi sesi Separuh Akhir yang mencabar bersama juri2 pada sebelah paginya dan petang pula sesi runaway memperagakan hasil ciptaan masing2.Kerja yang diminati kalau penat pun tak apa.Sesi Separuh Akhir diadakan selama 2 hari.Hakikatnya makan entah ke mana minum pun sekadar sahaja.Tak apa,minat.Minat mengatasi segala-galanya.
Pada hari final,aku bangun seawal 4 pagi untk mempersiapkan diri aku.Jadual untuk final memang ketat dan padat bermula dengan sesi taklimat bersama dengan Datuk Leela Mohd.Ali yang peramah,CEO Yayasan Budi Penyayang sewawal 730 pagi kemudian disusuli raptai penuh runaway besama-sama dengan model masing2.Pentas runaway dia huge.Mak oiii,siap bertingkat-tingkat lagi.My friend,Sitha asalnya nak pakai kasut heel yang tinggi terpaksa menukar kasut heel rendah kerana khuatir terjatuh atau kasut tertanggal depan Raja Permaisuri Agong nanti.Wakil Istana Negara pun ada datang jugak masa raptai tu untuk memberi tunjuk ajar masa bersembah nanti kat runaway.Well,we all have to do it berulang-ulang kali.Bukan setakat cara jalan kat runaway but till ke cara2 nak terima hadiah and kedudukan masa kat pentas.Teruja jugak aku.Hahahahaha.Kontrol,kontrol..Kitorang hanya sempat diberikan masa makan tengahari untuk kurang 1 jam sahaja.Belum campur tukar pakaian lagi.Mengah memang mengah.Fuuuhhhh.
Untuk menyiapkan ketiga-tiga outfit bukanlah sesuatu yang mudah dan kacang lebih2 lagi menyiapkannya pada bulan Ramadhan.Tumpuan dan fokus sejuta peratus diperlukan.Hari Sabtu dan Ahad terpaksa wajib dikorbankan begitu juga pada hari2 yang biasa sehingga balik lewat malam.Bukan mudah.Begitulbaikah jika kerja yang dilakukan tidak cincai makan kita akanik. puas.Aku dan Sitha puas.Walaupun harapan untuk menang tidak ada(mungkin ada yang lebih baik dari kami) tapi itu tidak mematahkan semangat kami berdua untuk melakukan yang terbaik.
Kepada mereka yang berjaya layak ke Separuh akhir PSE 2008,jangan buat cincai.buatlah yang terbaik.
Tahniah juga kepada majikan aku juga yang berjaya terpilih ke Separuh Akhir.Majikan aku juga first time masuk and reach to semi-final.Hopefully through to final.Aku juga mendoakan yang serupa kepada yang lainnya.
Seni batik itu bukannya cincai.
Seni batik itu indah dan anggun menawan.
Noktah.






Monday, September 8, 2008

Jajan

Ekonomi yang turun naik


Premis kosong:Pindah atau bankrup?


Assalammualaikum para bloggers sekalian.Diharap sihat walfiat dan diberkati Allah SWT hendaknya.Amin.

Sabtu dan Ahad baru2 ni aku gi jalan2 di KL.Mula2 gi Borders,Times Square.Cari my faves mag.Wah,sudah sesak isi KL walaupun Ramadhan baru mencecah seminggu.Masing2 penjual menggunakan cara yang tersendiri untuk melariskan pakaian.Hajat di hati nak beli ayam percik tapi aku hampa.Bayang2 ayam pun tak nampak ke aku terlepas tengok.Huhuhu.Pastu,aku menyusuri Jalan TAR,lorong di belakang Campbell sehinggalah ke hujung masjid India.Suasana raya terasa sudah.Cewahh.Aku dah rasa feel nya.

Pastu aku cadang nak bukak pose kat Sogo but tak bleh masuk sebab those yang ada kad Sogo jer bleh masuk.Naper ek?caner kalau ada org nak buat kad Sogo ek?Ntah...So terbatal la niat aku.Apa yang menangkap perhatian aku di Borders,Times Square is ada one two floor Borders tu tutup.Mula2 macam jakun gak cari tempat mag. tu cos b4 aku selalu lepak kat Borders tapi takdak la macam skang ni.Rupa2nya diorang da small kan size Borders tu.Ermm...Semua section in one level.Siap ada jual bargain murah2 lagi.Aik...kenapa?

Pastu masa aku gi Sogo,mata aku ni tertangkap satu restoran yang dah tutup ke atau pindah?Manhattan Fish Market restoran da tukar jadik kedai baju.Aik....kenapa?

Kemudian masa balik dari solat Jumaat aku singgah kat stesen Petronas yang ada KFC tu.terkejut aku nampak stesen petronas yang sebelum ni huge dah jadi kecil.Diorang dah small kan size stesen Petronas tu.Aik....What happened?

Mungkinkah situasi ekonomi Malaysia yang nampak ok tapi tak ok untuk sebahagian bisnes di Malaysia ini.Alahai..Adakah sindrom kedai tutup,kedai pindah sudah berleluasa di Malaysia?Apakah ada penawarnya?

Jangan cakap kalau poket takder duit agaknya.

Noktah.




Tuesday, September 2, 2008

Hidup bermula dari Alif



Assalammualaikum para bloggers sekalian.Semoga sihat sejahtera hendaknya selalu dan sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya.Amin.

Lama juga aku tak mengisi masa aku seperti kebiasaan di sini kerana kesibukkan waktu.Oh ya..aku lupa,Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51.Semoga Malaysia semakin matang dan menempuh arus perdana global yang mencabar dengan jayanya.Cewah..macam pak menteri plak aku.Yelahkan,sebagai anak muda Malaysia aku mengharapkan situasi politik semasa tidak mengganggu-gugat kestabilan bumi Malaysia yang aku cintai.Anak-anak muda di sekolah rendah dan menengah pun sudah pandai memilih siapa idola mereka masakini.Itulah hidup.

Seperkara lagi,Salam Ramadhan al-Mubarak 1429H/2008M.Semoga ibadah puasa kita diberkati oleh Allah SWT selalu.Amin.

Sudah hampir mencecah 3 abad umur aku hidup di dunia ini.Masih baru lagi sebagai hamba Allah yang jahil ini.Tapi hidup harus ditempuhi juga walau bagaimana ribut melanda.Life must go on,kata mat salleh.Aku bertuah kerana dikelilingi ramai sahabat yang sentiasa memahami jiwa aku.Terima kasih.Terutamanya sekali Kak Long,Bang Man,Kak Ida,Diana,Fiza,Kak Ramlah seterusnya teman lama aku di sekolah rendah dan menengah dulu,Kapten Zainalabidin,Kopral Sukiman,Atoi dan ada juga yang menjadi ahli perniagaan sekarang seperti Niyas Ahamed serta ada yang menjadi jurutera,akauntan dan sebagainya.Itu hanya sekadar menyebut beberapa nama sahaja.Seperti yang sedia maklum,tidak ada ibubapa yang tidak ingin melihat anak2 mereka berjaya.Sama jua seperti aku.Aku bangga dengan didikan kedua ibubapa aku.Aku khatam Al-Quran 2 kali.Aku masih ingat lagi aku dikejar satu kampung dek kerana malas mengaji.Laju benor mak aku kejar.Hehehehe.Penat beb.Abah aku pula tegas orangnya.Setiap malam akan diperiksa beg sekolah aku.Takut2 aku terbawak anasir yang tidak elok.Kwang,kwang,kwang.Banyak perkara yang abah aku didik antaranya tidak lekang dibibirnya saban hari ialah jangan sombong dan sentiasa hidup sederhana.Memang,abah aku seorang yang low profile kalau nak dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.Rotan?Banyak kali aku di rotan oleh abah aku.Mak aku pun boleh tahan jugakmerotan sampai ketika aku dan adik aku sembunyikan rotan semata-mata takut kena rotan walaupun aku dan adik aku tahu itu salah.Sampai satu ketika bila abah atau mak aku nak rotan aku atau adik aku atau kedua2nya..hehehehe...terpaksalah abah atau mak aku melilau mencari
rotan.Fuuuuuuhhh...selamat.misi berjaya.Zaman kecil2 dulu memang nakal.

Itulah sebahagian hidup aku.Hidup bermula dari alif.

Dek kerana bimbingan,ajaran serta didikan abah dan mak aku lah aku boleh berdiri sekarang dengan puas.Aku berjaya.Aku gembira kerana aku boleh memimpin rakan2 aku dan juga kenalan aku dalam apa jua hal.Aku puas menjadi bos kepada anak2 buah aku.aku dianugerahkan oleh Allah SWT sifat memimpin yang baik dan jitu.aku bangga kerana aku boleh dipercayai oleh sesiapa sahaja.Aku ada kredibiliti.aku ada ketegasan pada masa yang sama aku senang digauli oleh sesiapa sahaja.Alamak,ini sudah up kan diri sendiri ni.Biarlah.Yang penting apa yang aku katakan ini adalah benar.Bukan wayang kulit atau patung boneka.Aku tidak pernah minta apa2 balasan di atas apa yang aku lakukan.Aku ikhlas.Memang sudah sifat aku begini.Sekali lagi tidak aku lupa pesan abah aku,'Jangan sombong di tempat orang.Selalulah berbuat baik kepada mereka.'kata abah aku.Terngiang-ngiang selalu.

Dah habis ker?

Belum lagi.

Tapi,

Itulah sebahagiannya.Sesungguhnya perjalanan alif itu panjang.

Aku tahu bila hidup itu sudah bermula dari alif maka pastinya ada ba dan seterusnya.

Sampai di sini sahaja dulu.Kita jumpa di lain masa.Selamat berpuasa.

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails