Monday, December 6, 2010

Congratulations to Jun Design,Piala Seri Endon 2010 Winner [Batik Design Category],Junaidi Awang and Asmida Che Aripin [Soft Furnishing Category]

PETALING JAYA: A Universiti Teknologi Mara (UiTM) team has won the coveted Piala Seri Endon 2010.

Calling themselves Jun Design, the team of UiTM lecturers Junaidi Awang and Rahman Rosman, and their students Syahmiza Razali and Siti Farah Ani Yusof received RM30,000 and a challenge trophy in the batik design competition.

The cash prize was sponsored by The Star while Royal Selangor supplied the trophy.

Winning talent: Jun Design team members posing for a picture after clinching the Piala Seri Endon 2010 Sunday.

Jun Design received their prize from Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah at a ceremony held at the Shangri-La Hotel here yesterday.

This is Junaidi’s fourth attempt.

There was more good news for him. He and his wife, RTM image designer Asmida Che Aripin, won the soft furnishing category. They received RM30,000.

The competition, organised by Yayasan Budi Penyayang Malaysia since 2003, aims to discover and encourage Malay­sia’s batik-making talent.

Penyayang chairman Nori Abdullah launched the event, which is named after the late Tun Endon Mahmood, wife of former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

[The Star,5 December 2010]

Wednesday, November 24, 2010

Gala Final,Piala Seri Endon,5 Disember 2010,Sunday,1400hrs,Hotel Shangrila,Kuala Lumpur [by invitation only]


Thursday, November 18, 2010

Jom kita tengok The Social Network.Sejarah Facebook bermula disini.

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.

Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Soc ial Network".

Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!

Tuesday, October 19, 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG [Pelatih Pereka Batik]

Anak-anak Malaysia yang berbakat tinggi,agresif,dinamik dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan sebagai Pelatih Pereka Tekstil Batik pada Disember ini.Pemohon yang berjaya selepas pra-temuduga saringan akan diserapkan ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif,boleh bekerja sebagai satu pasukan,tidak mementingkan diri serta mahir dalam kepenggunaan teknik,jenis warna dan tidak buta warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif di luar kotak adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja anda.
Kemudahan asrama [ hanya tempat tinggal untuk lelaki disediakan buat masa ini] dan pengangkutan tidak disediakan.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda dialu-alukan untuk menghantar resume beserta gambar anda ke iamrowksta@live.com pada atau sebelum 15 November 2010.Resume anda mestilah juga disertai dengan lukisan penuh satu muka surat saiz A4 yang dilukis anda.Lukisan anda haruslah mempunyai ciri-ciri moden,abstrak,tradisional dan flora.Resume yang tidak lengkap,tidak mempunyai gambar dan tiada tajuk dan nama penuh anda tidak akan dilayan.Tajuk emel hendaklah disertakan dengan nama penuh anda.Nama penuh anda dahulu kemudian diikuti dengan tajuk email Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi pra-temuduga saringan[Ujian buta warna,ujian ringkas kemahiran mencanting dan mewarna].Sila bawa bersama lukisan saiz A4 yang sama seperti yang telah anda emelkan kepada kami.Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas satu minggu dari tarikh resume dihantar.

Tuesday, October 5, 2010

Majlis Lan Berambeh Aidilfitri 2010,12 Oktober 2010,Selasa,1900hrs-2200hrs,UPM Serdang,Selangor.Semua anak Sarawak di Semenanjung dijemput hadir.


Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS] menjemput semua anak Sarawak di Semenanjung untuk hadir meluangkan masa di Majlis Lan Berambeh Aidilfitri 2010 pada Selasa,12 Oktober jam 1900hrs-2200hrs bertempat di UPM Serdang,Selangor.Sama-samalah kita memeriahkan majlis itu nanti.Sila hebahkan kepada semua anak Sarawak yang anda kenali.Jumpa anda semua di sana.

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilham.Dengan rasa penuh rendah diri aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari rayA Aidilfitri 1431H kepada semua sanak saudara dan handai taulan serta kepada sesiapa jua yang mengenali aku.Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran di samping keluarga yang tersayang.Ampun dipinta andai sepanjang perkenalan dan persahabatan kita ada yang menyinggung perasaan dan terkasar bahasa kepada anda semua.Maaf zahir dan batin.

Saturday, August 28, 2010

Malaysian Chelsea FC Pages on Facebook

Join us here at, http://www.facebook.com/pages/Selangor/Malaysian-Chelsea-FC/154659757430?v=app_2309869772&ref=ts#!/pages/Selangor/Malaysian-Chelsea-FC/154659757430?v=wall&ref=ts

CHELSEA!,CHELSEA!

Monday, August 2, 2010

PIALA SERI ENDON 2010,Announcement of Result Round 1 Judging [Batik Design Category]

We are please to announce the successful participant for the Semi Final.


FH 001 Mohd Ashmawi Mohd Arshad,Anatomy (Paru-paru Manusia)
FH 002 Afileo Aurora,Electro
FH 003 Artfish Studio,Psychedelic Forest
FH 004 The Art Of Texture,The Art Of Texture
FH 005 Leong Sou Shing,Show Time
FH 006 Altebson,Fury Of Poseidon
FH 007 Seri Mutiara,Kontemporari Islamic
FH 008 Ong Xiu Ru,Paris Fusion Extravaganza
FH 009 M.E.F.A,Life Under The Sea
FH 011 Legacy Cassanova,Mysterious Of Dundee
FH 012 Hon Shu Wen,Sunset Roman
FH 013 The Saya's,Burning Desire
FH 014 Garde,The Dream Weaver
FH 015 Avant,Melastoma Senduduk
FH 017 Mohamad Azizul Ismail,The Eye Illusion
FH 019 Tenderness Glamorous,Expansion Bud
FH 020 2nd Inspired,Speed Of Aromatic
FH 021 Ombak Selatan,Gelombang Warna
FH 022 Teruna Dara,Palace Of Guppy
FH 023 Haphazard,Assertive Of Scenery
FH 024 Kilauan,Rombituon Pesona
FH 025 Sehalus Kaca,Miniciple Of Ambhia
FH 026 Seri Kenyalang,Malam Kayangan
FH 027 The All Designer,Keunikan Henna (Inai)
FH 028 Art Apprentice,Fern Is Beautiful
FH 032 Rias,Warisan Heritage And Contemporary
FH 033 Goh Loo Ghee,Isaac Kehijauan Tanahair
FH 034 Prism,Spectrum
FH 035 Shia Ben Kin,Michelle Tulipomania
FH 036 United Color Of Ramezol,The Immortality Beauty
FH 037 Black Widow,Venom Splendour
FH 038 Syahrul Amirul Samsuri,Ethnic Rhythm
FH 039 Urban Owl,Si Pungguk Rindukan Rembulan
FH 040 Graffito,Urban Phenomena
FH 041 Amirul And Fadil,Insect
FH 042 Dota Heroes,Cruelty In Social Life
FH 043 Jun Design,Soul Of Rhythm
FH 044 Generation,Infiniti
FH 045 Roshidah Hussian,Drapes Of Coral
FH 048 Instinct,The Opulent Of Orchid Splandour In Kebaya Nyonya
FH 049 Fushion,Geometry Nouveau
FH 050 Aqua's Treasure,Aqua's Treasure
FH 059 Violette,Deesse Del Mar
FH 060 Lim See Ling,Owls
FH 061 Chew Siong Leng,Mystery Malaysian Forest
FH 062 Kho Zhi Ling,Fantasy Forest
FH 063 Bee & Munn,Ukiran Kayu
FH 064 Roslan Hussain,Ancient Maya (The Circle)

Congratulations.

Sunday, July 11, 2010

Info Sihat,Bahagian 2

Diet bermaksud mengurus pemakanan kita dengan bijak dan tidak memudaratkan diri sendiri.KURANGKAN BANYAK makan yang berminyak,menggemukkan,gula dan garam.Makanan yang berminyak adalah roti canai,apa jua bentuk masakan yang bergoreng, jika anda makan ayam goreng elakkan makan kulitnya.Jika anda membeli makanan yang mempunyai lemak seperti ayam,daging dan sewaktu dengannya,anda adalah dinasihatkan untuk membuang segala lemak sebelum memasak ataupun makan.Pengambilan gula haruslah dikurangkan secara berperingkat2.Sebagai contoh jika anda kaki lepak di kedai,didiklah diri anda untuk pesan air teh tarik kurang manis ataupun langsung tiada gula.Untuk mengelakkan makanan yang bergaram di kedai makan,anda dinasihatkan lebih afdal untuk memasak sendiri di rumah supaya senang kita mengawal pengambilan garam.Misalnya sup tulang dan pelbagai bentuk sup di kedai makan adalah tinggi kandungan garamnya.Ambillah KADANG-KADANG seperti susu,keju [cheese],ayam,telur dan ikan.Dalam seminggu anda perlu bijak mengatur menu makanan anda.Tetapkan berapa hari makan ayam,daging mahupun ikan.Paling penting disini pengambilan ikan harus lebih banyak berbanding pengambilan ayam dan daging.Aku sarankan daging diambil sekali sahaja sebulan.Ambillah dengan KERAP seperti buah-buahan.Sebagai contoh anda boleh gabungkan pelbagai jenis sayur dan buah untuk dijadikan jus.Serat yang terdapat pada buah dan sayur adalah baik bagi tubuh badan kita.Jus tanpa gula adalah menyihatkan.Jika mahu juga gula,letaklah satu sudu sahaja.Ambillah BANYAK dan SELALU seperti oat,roti dan biskut.Dewasa ini pelbagai jenis oat di pasaran malah roti dan biskut yang berasaskan oat juga ada di pasaran.Oat mampu dan terbukti berkesan dalam menyerap minyak di dalam tubuh badan kita.Minyak yang berlebihan di dalam tubuh badan kita akan menyumbang kepada kolestrol tinggi dan juga darah tinggi kerana jantung akan mengepam darah luar biasa daripada biasa.
Siapa kata jika berdiet tidak boleh makan makanan yang sedap?Anda boleh gunakan daya kreativiti untuk menukar menu anda supaya tidak menjemukan.Jika anda sudah terbiasa menonton televisyen dengan makan makanan segera tukarkanlah dengan makan buah-buahan mahupun jus.Minum satu jug jus pun tidak apa.Ingat,makanan dalam tin dan makanan segera adalah sangat tinggi kandungan garamnya.Pengambilan nasi juga harus dikurangkan.Gunakan minyak zaitun yang lebih menyihatkan tetapi jika anda tidak mampu untuk membeli minyak zaitun,kurangkan penggunaan minyak anda.Masak sendiri adalah lebih afdal tetapi jika anda hendak juga makan di kedai anda perlu bijak mengawal nafsu makan anda yang maha hebat itu.

Thursday, July 1, 2010

Info Sihat,Pengenalan

Aku terpanggil untuk berkongsi cara hidup yang sihat kepada anda semua melalui pengurusan pemakanan diri yang betul.Ini adalah pengalaman yang aku alami sendiri dengan berat badan 90 kg pada April 2009.Sejak dari itu aku melakukan rombakan terhadap gaya pemakanan seharian aku.Tidak kira lelaki atau perempuan,tua atau muda,penyakit seperti darah tinggi,kencing manis,buah pinggang rosak dan jantung akan menunggu kita selain kolesterol pada bila-bila masa.Kalau dulu memang kita tahu bila sudah tua maka penyakit akan datang sendiri kebanyakkannya.Kini tidak dengan pelbagai jenis fusion makanan segera,mamak dan sebagainya.Pendek kata,kita akan lebih sihat dan sentiasa sihat jika kita mengamalkan pengurusan pemakanan yang betul.
Ramai dikalangan kita beranggapan mengamalkan diet pemakanan adalah cara untuk menguruskan badan.Apakah betul?Sebenarnya diet pemakanan mestilah dituruti dengan senaman yang berkala dan berterusan.Senaman disini maksudnya kita mengeluarkan peluh dan membakar lemak yang ada di dalam badan kita.Mengapa kita perlu bersenam?Jika kita tidak mengeluarkan peluh dan membakar lemak,kandungan gula di dalam badan akan bertambah dan secara automatik lemak akan berkumpul di serata anggota badan terutama di bahagian perut yang menjadi tempat lemak paling banyak dalam badan kita.Lakukanlah senaman sperti berjalan cepat,jogging,bermain sukan atau sebarang bentuk aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Digalakkan dalam sehari anda berjalan 10,000 langkah kaki untuk sihat.Jogging paling minimum 30 minit sehari serta miminum 3 kali sehari.Adalah baik anda selang seli hari anda berjogging.Tidur yang cukup selama 6 jam.Diet haruslah diiringi dengan senaman.Bagi mereka yang obes,merasakan mereka perlu menurunkan berat badan serta mereka yang berbadan sederhana ingin sihat,ini adalah formula anda.Jumpa lagi di entry yang seterusnya.

Friday, June 18, 2010

Piala Seri Endon 2010 [Tarikh tutup penyertaan untuk semua kategori ialah pada hari Isnin,19 Julai 2010]


Fesyen
Keputusan Pusingan Pertama: 26, Julai 2010
Saringan: 20 dan 21 Nov'2010
Akhir: 5 Disember 2010
Hiasan Dalaman
Keputusan Pusingan Pertama: 26, Julai 2010
Taklimat di hotel: 4 Ogos 2010 (bagi yang berjaya sahaja)
Penyertaan yang siap hendaklah dihantar pada: 19 Nov'2010
Saringan: 20 dan 21 Nov'2010 Pameran: 22 Nov'2010
Akhir: 5 Disember 2010
Kraf
Keputusan Pusingan Pertama: 26, Julai 2010
Saringan: 20 dan 21 Nov'2010
Pameran: 22 Nov'2010
Akhir: 5 Disember 2010
Sila dapatkan borang bagi setiap kategori di http://www.penyayang.org.my/PenyayangBm/bm/batik.html

Wednesday, March 31, 2010

Iklan Jawatan Kosong,Pelatih Pereka Tekstil Batik [DITUTUP]

Warga Malaysia yang berbakat tinggi dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan sebagai Pelatih Pereka Tekstil Batik pada Mei 2010 ini.Pemohon yang berjaya akan diserap ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif,boleh bekerja sebagai satu pasukan serta mahir dalam kepenggunaan teknik dan jenis warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif di luar kotak adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja anda.
Kemudahan asrama [ hanya tempat tinggal untuk lelaki disediakan buat masa ini] dan pengangkutan tidak disediakan.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda dialu-alukan untuk menghantar resume beserta gambar anda ke kulashaker@live.com pada atau sebelum 15 Jun 2010.Resume yang tidak lengkap,tidak mempunyai gambar dan tiada tajuk tidak akan dilayan.Tajuk email ialah Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi pra temuduga [ujian ringkas kemahiran mencanting dan mewarna].Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas seminggu dari tarikh resume dihantar.

Saturday, March 27, 2010

Terima Kasih

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anak Sarawak yang sudi meluangkan masa beberapa jam bersama-sama dengan kami di majlis open house Krismas/CNY baru-baru ini.Ada rombongan yang datang dari jauh seperti rombongan Universiti Malaysia Terengganu,UiTM Bandar Jengka,Pahang,USM Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia Johor.Saya amat menghargai kesudian anda semua hadir ke majlis ini.Semoga kita berjumpa di lain majlis dan saya mengharapkan untuk bertemu lagi dengan anda semua lagi.Terima kasih daun keladi.

Wednesday, March 10, 2010

Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS]


Dengan rasa rendah diri saya mempersilakan semua anak Sarawak yang sedang mengikuti pengajian,menetap dan bermastautin di seluruh pelusuk Semenanjung untuk hadir beramai-ramai ke majlis seperti di bawah ini,
Acara :Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru Cina
Tarikh :24 Mac 2010,Rabu
Masa :1900hrs-2300hrs
Tempat :Kompleks Yayasan Sarawak,No.1,Jalan Stonor off Jalan Conlay,KL.[Belakang KLCC]
Saya juga ingin menyeru agar dapatlah jua kita memberitahu serta menghebahkan kepada anak-anak Sarawak yang lainnya berhubung dengan majlis ini.Kehadiran anda semua ke majlis ini adalah amatlah dialu-alukan.
Untuk sebarang maklumat terkini,sila layari Facebook search dan join Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS] ataupun anda bolehlah sentiasa up date di laman ini.
Jumpa anda di sana.

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 2010 Masihi

Salam Maulidur Rasul 2010 Masihi ini saya tujukan kepada Nikli Nodin nun jauh di Miri,Helmi Majid aka Duta,Amir Stuv,Jime Jojes,Dalf,Moneirah Abu Bakar,rakan-rakan The Best sekalian,warga batik seluruh Malaysia,ahli-ahli Persatuan Anak Sarawak Semenanjung [PASS],ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Old Thomian Kuching dan rakan-rakan Thomian 96.Sama-samalah kita renungi perjuangan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam tanpa mengenal erti penat lelah dan ganjaran.

Thursday, February 11, 2010

Kerja Keras

Kebanyakan mereka yang baru selesai pengajian di IKN [Institut Kraf Negara],IKBN [Institut Kemahiran Belia Negara] lupa satu perkara,kerja keras.Dua institusi ini boleh dikatakan sebagai institusi yang mendokong serius industri batik dengan menawarkan pengajian peringkat diploma dan sijil secara berterusan.Setelah membanting tulang empat kerat,mereka ini nampaknya berada di comfort zone.Mengapa pula jadi begitu?Perlu diketahu apabila mereka ini berada di dalam industri ini,mereka perlu catch up segera apa yang telah mereka pelajari.Tiada lagi kelas teori,kelas melukis,kelas mencanting dan pelbagai.Mereka perlu sedar mereka sedang berada dalam industri ini dan industri ini tidak menunggu mereka.Sebagai contoh,apabila mereka ini berada dalam satu tempat bekerja,mereka ini bersama-sama dengan mereka yang mahir dalam industri batik bertahun-tahun lamanya.Ada yang mencecah belasan tahun.Syarikat tempat mereka bekerja tiada masa untuk melatih mereka semula dari A-Z.Jika terpaksa jua,maka kos pengeluaran akan meningkat.Pekerja mahir akan melatih mereka semula yang akan memakan masa berjam-jam,berhari-hari mahupun berbulan-bulan sehingga tahun ke tahun dan akibatnya pengeluaran tergendala serta tidak menepati sasaran pengeluaran harian.Subsidi dalam bentuk suapan seperti bagaimana hendak mencanting cepat,melukis tanpa membuat lakaran,mewarna dengan skema warna asas,skil mewarna dan sebagainya adalah tidak perlu.Mereka sepatutnya sudah menguasai kemahiran asas dalam batik semenjak mereka dalam pengajian lagi.Apakah di sepanjang pengajian mereka,mereka tiada rasa mahu memajukan diri?Jika mahu berdiri sama tinggi dengan para pekerja mahir yang lain,maka anda perlulah kerja keras.Jika waktu kerja 8 jam,anda peruntukkanlah beberapa jam lagi untuk mengasah kemahiran anda.Bertanyalah jika anda ada sebarang kemusykilan.Bukankah salah satu faktor kejayaan adalah bermula dari bertanya.Anda seharusnya down to earth bila bersama-sama dengan mereka yang sudah mahir.Kebanyakan mereka yang sudah mahir tidak belajar di IKN mahupun IKBN.Mereka belajar bermual dari bawah tapak kaki.Mereka tidak kenal erti penat.Mereka mahu maju hari ini,lebih maju untuk hari esok,bertambah-tambah maju untuk lusa dan seterusnya maju dan maju.Contohilah keazaman mereka yang sudah mahir ini.Tidak bermakna anda sudah punya diploma mahupun sijil maka anda melupakan terus apa yang dipelajari.Cukupkah teori yang anda belajar bertahun-tahun jika mahu kekal lama dalam industri ini?Cukupkah pembelajaran anda untuk menyaingi mereka yang sudah bertahun-tahun berada dalam industri ini?Lihat pula lilin cantingan anda?Adakah masih lagi sebesar ibu jari walaupun bertahun-tahun dalam pengajian?Perlu dimaklumkan jua gaji anda berdasarkan kepada merit kerja anda.Kebanyakan majikan dalam industri ini akan menilai gaji anda menerusi skor merit kerja.Tiada yang mudah untuk anda.Anda perlu bersaing dengan yang lainnya.Anda perlu kerja keras.Jika anda malas,industri ini bukan untuk anda.Anda tidak layak.Industri ini hanya menerima mereka yang penuh keazaman,punya daya saing,cita-cita yang tinggi dan rajin.

Wednesday, February 3, 2010

Fesyen batik 1Malaysia diperkenalkan hari ini

Fesyen batik 1malaysia diperkenalkan hari ini


PENAMPILAN kemas lima peragawan dan tiga peragawati yang menggayakan koleksi batik 1Malaysia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kraftangan Malaysia semalam memperagakan buat kali kedua rekaan batik 1Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Perdana Menteri kemudian bersetuju hasil rekaan itu dijadikan pakaian rasmi dengan sedikit pengubahsuaian.

Tujuh daripada rekaan itu telah diubahsuai selepas diperagakan buat pertama kali kepada Najib pada 20 November lalu sementara satu lagi corak baru diperkenalkan.

Tuesday, February 2, 2010

Alumni Piala Seri Endon

http://www.facebook.com/ywakiman?ref=profile#/group.php?gid=311178746154&ref=mf

Tuesday, January 5, 2010

Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik


Warga Malaysia yang berbakat tinggi dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan sebagai Pereka Tekstil Batik pada March 2010 ini.Pemohon yang berjaya akan diserap ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif serta mahir dalam kepenggunaan teknik dan jenis warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja. anda.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda hendaklah menghantar resume beserta gambar anda ke kulashaker@live.com sebelum 15 March 2010.Tajuk email ialah Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas seminggu dari tarikh resume dihantar.
Related Posts with Thumbnails