Aku terpanggil untuk berkongsi cara hidup yang sihat kepada anda semua melalui pengurusan pemakanan diri yang betul.Ini adalah pengalaman yang aku alami sendiri dengan berat badan 90 kg pada April 2009.Sejak dari itu aku melakukan rombakan terhadap gaya pemakanan seharian aku.Tidak kira lelaki atau perempuan,tua atau muda,penyakit seperti darah tinggi,kencing manis,buah pinggang rosak dan jantung akan menunggu kita selain kolesterol pada bila-bila masa.Kalau dulu memang kita tahu bila sudah tua maka penyakit akan datang sendiri kebanyakkannya.Kini tidak dengan pelbagai jenis fusion makanan segera,mamak dan sebagainya.Pendek kata,kita akan lebih sihat dan sentiasa sihat jika kita mengamalkan pengurusan pemakanan yang betul.
Ramai dikalangan kita beranggapan mengamalkan diet pemakanan adalah cara untuk menguruskan badan.Apakah betul?Sebenarnya diet pemakanan mestilah dituruti dengan senaman yang berkala dan berterusan.Senaman disini maksudnya kita mengeluarkan peluh dan membakar lemak yang ada di dalam badan kita.Mengapa kita perlu bersenam?Jika kita tidak mengeluarkan peluh dan membakar lemak,kandungan gula di dalam badan akan bertambah dan secara automatik lemak akan berkumpul di serata anggota badan terutama di bahagian perut yang menjadi tempat lemak paling banyak dalam badan kita.Lakukanlah senaman sperti berjalan cepat,jogging,bermain sukan atau sebarang bentuk aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Digalakkan dalam sehari anda berjalan 10,000 langkah kaki untuk sihat.Jogging paling minimum 30 minit sehari serta miminum 3 kali sehari.Adalah baik anda selang seli hari anda berjogging.Tidur yang cukup selama 6 jam.Diet haruslah diiringi dengan senaman.Bagi mereka yang obes,merasakan mereka perlu menurunkan berat badan serta mereka yang berbadan sederhana ingin sihat,ini adalah formula anda.Jumpa lagi di entry yang seterusnya.