Sunday, July 11, 2010

Info Sihat,Bahagian 2

Diet bermaksud mengurus pemakanan kita dengan bijak dan tidak memudaratkan diri sendiri.KURANGKAN BANYAK makan yang berminyak,menggemukkan,gula dan garam.Makanan yang berminyak adalah roti canai,apa jua bentuk masakan yang bergoreng, jika anda makan ayam goreng elakkan makan kulitnya.Jika anda membeli makanan yang mempunyai lemak seperti ayam,daging dan sewaktu dengannya,anda adalah dinasihatkan untuk membuang segala lemak sebelum memasak ataupun makan.Pengambilan gula haruslah dikurangkan secara berperingkat2.Sebagai contoh jika anda kaki lepak di kedai,didiklah diri anda untuk pesan air teh tarik kurang manis ataupun langsung tiada gula.Untuk mengelakkan makanan yang bergaram di kedai makan,anda dinasihatkan lebih afdal untuk memasak sendiri di rumah supaya senang kita mengawal pengambilan garam.Misalnya sup tulang dan pelbagai bentuk sup di kedai makan adalah tinggi kandungan garamnya.Ambillah KADANG-KADANG seperti susu,keju [cheese],ayam,telur dan ikan.Dalam seminggu anda perlu bijak mengatur menu makanan anda.Tetapkan berapa hari makan ayam,daging mahupun ikan.Paling penting disini pengambilan ikan harus lebih banyak berbanding pengambilan ayam dan daging.Aku sarankan daging diambil sekali sahaja sebulan.Ambillah dengan KERAP seperti buah-buahan.Sebagai contoh anda boleh gabungkan pelbagai jenis sayur dan buah untuk dijadikan jus.Serat yang terdapat pada buah dan sayur adalah baik bagi tubuh badan kita.Jus tanpa gula adalah menyihatkan.Jika mahu juga gula,letaklah satu sudu sahaja.Ambillah BANYAK dan SELALU seperti oat,roti dan biskut.Dewasa ini pelbagai jenis oat di pasaran malah roti dan biskut yang berasaskan oat juga ada di pasaran.Oat mampu dan terbukti berkesan dalam menyerap minyak di dalam tubuh badan kita.Minyak yang berlebihan di dalam tubuh badan kita akan menyumbang kepada kolestrol tinggi dan juga darah tinggi kerana jantung akan mengepam darah luar biasa daripada biasa.
Siapa kata jika berdiet tidak boleh makan makanan yang sedap?Anda boleh gunakan daya kreativiti untuk menukar menu anda supaya tidak menjemukan.Jika anda sudah terbiasa menonton televisyen dengan makan makanan segera tukarkanlah dengan makan buah-buahan mahupun jus.Minum satu jug jus pun tidak apa.Ingat,makanan dalam tin dan makanan segera adalah sangat tinggi kandungan garamnya.Pengambilan nasi juga harus dikurangkan.Gunakan minyak zaitun yang lebih menyihatkan tetapi jika anda tidak mampu untuk membeli minyak zaitun,kurangkan penggunaan minyak anda.Masak sendiri adalah lebih afdal tetapi jika anda hendak juga makan di kedai anda perlu bijak mengawal nafsu makan anda yang maha hebat itu.
Related Posts with Thumbnails