Kebanyakan mereka yang baru selesai pengajian di IKN [Institut Kraf Negara],IKBN [Institut Kemahiran Belia Negara] lupa satu perkara,kerja keras.Dua institusi ini boleh dikatakan sebagai institusi yang mendokong serius industri batik dengan menawarkan pengajian peringkat diploma dan sijil secara berterusan.Setelah membanting tulang empat kerat,mereka ini nampaknya berada di comfort zone.Mengapa pula jadi begitu?Perlu diketahu apabila mereka ini berada di dalam industri ini,mereka perlu catch up segera apa yang telah mereka pelajari.Tiada lagi kelas teori,kelas melukis,kelas mencanting dan pelbagai.Mereka perlu sedar mereka sedang berada dalam industri ini dan industri ini tidak menunggu mereka.Sebagai contoh,apabila mereka ini berada dalam satu tempat bekerja,mereka ini bersama-sama dengan mereka yang mahir dalam industri batik bertahun-tahun lamanya.Ada yang mencecah belasan tahun.Syarikat tempat mereka bekerja tiada masa untuk melatih mereka semula dari A-Z.Jika terpaksa jua,maka kos pengeluaran akan meningkat.Pekerja mahir akan melatih mereka semula yang akan memakan masa berjam-jam,berhari-hari mahupun berbulan-bulan sehingga tahun ke tahun dan akibatnya pengeluaran tergendala serta tidak menepati sasaran pengeluaran harian.Subsidi dalam bentuk suapan seperti bagaimana hendak mencanting cepat,melukis tanpa membuat lakaran,mewarna dengan skema warna asas,skil mewarna dan sebagainya adalah tidak perlu.Mereka sepatutnya sudah menguasai kemahiran asas dalam batik semenjak mereka dalam pengajian lagi.Apakah di sepanjang pengajian mereka,mereka tiada rasa mahu memajukan diri?Jika mahu berdiri sama tinggi dengan para pekerja mahir yang lain,maka anda perlulah kerja keras.Jika waktu kerja 8 jam,anda peruntukkanlah beberapa jam lagi untuk mengasah kemahiran anda.Bertanyalah jika anda ada sebarang kemusykilan.Bukankah salah satu faktor kejayaan adalah bermula dari bertanya.Anda seharusnya down to earth bila bersama-sama dengan mereka yang sudah mahir.Kebanyakan mereka yang sudah mahir tidak belajar di IKN mahupun IKBN.Mereka belajar bermual dari bawah tapak kaki.Mereka tidak kenal erti penat.Mereka mahu maju hari ini,lebih maju untuk hari esok,bertambah-tambah maju untuk lusa dan seterusnya maju dan maju.Contohilah keazaman mereka yang sudah mahir ini.Tidak bermakna anda sudah punya diploma mahupun sijil maka anda melupakan terus apa yang dipelajari.Cukupkah teori yang anda belajar bertahun-tahun jika mahu kekal lama dalam industri ini?Cukupkah pembelajaran anda untuk menyaingi mereka yang sudah bertahun-tahun berada dalam industri ini?Lihat pula lilin cantingan anda?Adakah masih lagi sebesar ibu jari walaupun bertahun-tahun dalam pengajian?Perlu dimaklumkan jua gaji anda berdasarkan kepada merit kerja anda.Kebanyakan majikan dalam industri ini akan menilai gaji anda menerusi skor merit kerja.Tiada yang mudah untuk anda.Anda perlu bersaing dengan yang lainnya.Anda perlu kerja keras.Jika anda malas,industri ini bukan untuk anda.Anda tidak layak.Industri ini hanya menerima mereka yang penuh keazaman,punya daya saing,cita-cita yang tinggi dan rajin.
Have a Meaningful Deepavali 2024 - KINDNESS AND RESPECT IN LEADERSHIP
-
How to lead with KINDNESS while commanding RESPECT
Kindness is core to leadership. Kindness is authority tempered with mercy.
Kindness gives leaders moral...
2 weeks ago