Warga Malaysia yang berbakat tinggi dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan sebagai Pelatih Pereka Tekstil Batik pada Mei 2010 ini.Pemohon yang berjaya akan diserap ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif,boleh bekerja sebagai satu pasukan serta mahir dalam kepenggunaan teknik dan jenis warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif di luar kotak adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja anda.
Kemudahan asrama [ hanya tempat tinggal untuk lelaki disediakan buat masa ini] dan pengangkutan tidak disediakan.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda dialu-alukan untuk menghantar resume beserta gambar anda ke kulashaker@live.com pada atau sebelum 15 Jun 2010.Resume yang tidak lengkap,tidak mempunyai gambar dan tiada tajuk tidak akan dilayan.Tajuk email ialah Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi pra temuduga [ujian ringkas kemahiran mencanting dan mewarna].Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas seminggu dari tarikh resume dihantar.