Anak-anak Malaysia yang berbakat tinggi,agresif,dinamik dan berpengalaman dalam bidang tekstil rekaan batik adalah dipelawa untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan sebagai Pelatih Pereka Tekstil Batik pada Disember ini.Pemohon yang berjaya selepas pra-temuduga saringan akan diserapkan ke bahagian pengeluaran serta bertanggungjawab sepenuhnya mereka dan menyedia rekaan batik yang terkini mengikut standard dan konsep yang akan ditentukan oleh syarikat.Pemohon mestilah berkeupayaan tinggi dalam mencanting dibawah pemerhatian penyelia seminimum mungkin.Pemohon juga hendaklah arif,boleh bekerja sebagai satu pasukan,tidak mementingkan diri serta mahir dalam kepenggunaan teknik,jenis warna dan tidak buta warna.Berfikiran imaginasi yang kreatif di luar kotak adalah satu kelebihan.Gaji asas akan dinilai berdasarkan merit kerja anda.
Kemudahan asrama [ hanya tempat tinggal untuk lelaki disediakan buat masa ini] dan pengangkutan tidak disediakan.Jika anda menepati kriteria-kriteria diatas,anda dialu-alukan untuk menghantar resume beserta gambar anda ke iamrowksta@live.com pada atau sebelum 15 November 2010.Resume anda mestilah juga disertai dengan lukisan penuh satu muka surat saiz A4 yang dilukis anda.Lukisan anda haruslah mempunyai ciri-ciri moden,abstrak,tradisional dan flora.Resume yang tidak lengkap,tidak mempunyai gambar dan tiada tajuk dan nama penuh anda tidak akan dilayan.Tajuk emel hendaklah disertakan dengan nama penuh anda.Nama penuh anda dahulu kemudian diikuti dengan tajuk email Iklan Jawatan Kosong,Pereka Tekstil Batik.Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi pra-temuduga saringan[Ujian buta warna,ujian ringkas kemahiran mencanting dan mewarna].Sila bawa bersama lukisan saiz A4 yang sama seperti yang telah anda emelkan kepada kami.Permohonan anda gagal jika tiada jawapan selepas satu minggu dari tarikh resume dihantar.