Thursday, April 2, 2009

Surat Terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Tahniah kepada Datuk Seri di atas kepercayaan Pak Lah berikan kepada DS untuk menerajui Malaysia yang aku cintai ini.Sebagai rakyat Malaysia yang kerdil jiwanya,aku merendahkan diri aku untuk menghulurkan salam terbuka kepada DS.
1.Kebajikan rakyat kelas bawahan haruslah diberi perhatian yang menyeluruh secara serius.Permudahkan segala urusan kebajikan.Apa cukupkah RM200 sebulan diberikan kepada sebuah keluarga yang miskin?
2.Aku tahu DS jaga hal ehwal Felda.Felda banyak nikmat dan limpahan rezeki sejak kebelakangan ini.Bonus untuk raya pun dapat dan segala.Usah fokus kepada Felda tetapi fokus kepada semua bidang,carilah jalan untuk menyamakan apa yang Felda dapat dengan bidang2 lain.
3.Permudahkan segala urusan lesen niaga tepi jalan.Mereka bukan orang kaya.mereka cuma cukup makan sahaja.
4.Bantulah pemandu-pemandu teksi yang sedang sakit sekarang ini.mereka sudah lama sakit sebenarnya.Subsidi petrol?
5.Beri perhatian kepada bidang kemahiran kraftangan negara.Banyak graduan lulusan IKN.IKBN dan pekerja-pekerja di dalam bidang ini perlu dibantu.
6.Jangan lupa orang Sarawak.Jangan kerana Sabah ada UMNO maka Sabah dapat lebih.Ingat,Sarawak punya kerusi Parlimen paling banyak di Malaysia.Sudah banyak jasa orang-orang Sarawak kepada UMNO.ramai yang tidak sedar ini.Sedarlah PRU 13 tak lama lagi.
7.Jika DS lantik orang yang punya pandangan kotor daripada rakyat ke dalam kabinet DS,maka PRU 13 usah bermimpi untuk menang.Pandangan kotor ini akan menjadi liabiliti DS sehingga PRU 13 nanti.Kalau 5 negeri boleh tumbang ketangan PR tidak mustahil rakyat Sarawak bertukar haluan.Ada berani?
8.Permudahkan segala urusan mereka yang berminat dalam bidang kemahiran kraftangan negara.Bukan diberi kepada mereka yang bergelar siswazah menganggur sahaja yang dapat bantuan.Adil?
9.Bank-bank di Malaysia harus diberi garis panduan untuk membantu bakal-bakal pengusaha kraftangan negara.Usah memilih.
10.Turun ke padang dengan lebih kerap.Dekati rakyat.
11.Arah semua menteri,Ahli Parlimen dan Ahli DUN untuk bekerja untuk rakyat.Seharusnya rakyat diberikan kesenangan terlebih dulu barulah anda semua.Selayaknya anda susah,tidak apa.Usah berkot ke hulu ke hilir sahaja.DS perlu ingat,rakyat pilih anda semua.Ingat?Lupa?
Itu sahajalah isi kandungan surat terbuka kepada DS.Siapalah aku untuk minta banyak-banyak.Aku yakin ada ramai lagi rakyat Malaysia yang punya permintaan yang pelbagai.
Salam hormat.
Noktah.
Related Posts with Thumbnails