Friday, April 10, 2009

Sorry To Say

Lihatlah kecelaruan cantingannya.Apa yang ko buat ni?

Motif apa ini?Anak buah aku pun reti buat macam ni siap tutup mata lagi.

Tiada kesungguhan.Main belasah jer.

Pagi tadi ada seorang graduan UiTM lulusan Bachelor in Fine Arts datang untuk memohon kerja sebagai textile designer.Wanita.
Bunyinya sedap.Sekali lagi Bachelor in Fine Arts,UiTM.Maka sesi temuduga dia bermula dengan mukaddimah panjang lebar mengenai hasil art work dia.Okay,setelah jemu menguasai jiwa aku terus aku suro dia buat praktikal canting kat frame.Hasilnya seperti di atas.Bagi yang buta batik,tentu anda akan kata,Waaaah,cantiks nyer.Sebenarnya hancur.
Ok,kenapa hancur.Jika anda kata anda minat batik,maka anda kena terus terang dan jujur dengan diri anda.Kenapa pula begitu?Anda kena berusaha untuk menampakkan minat anda dengan jelas.Modus operandi anda kena loud and clear.Bukan sembrono cincai.Lebih-lebih lagi bila anda datang untuk mohon kerja atau temuduga.Bila anda datang untuk mohon kerja,pastikan anda punya kesungguhan untuk mendapatkan kerja itu.Ingat bila berhadapan dengan aku,matlamat dan minat anda wajib jelas.Tidak hanya menghabiskan air liur meleh-leleh.Buang masa aku.Aku banak kerja tau tak.
Aku faham anda baru dalam industri ini.Tidak mengapa.Boleh diajar.Tetapi bila kesungguhan anda tiada,im so sorry to say you are not qualified eventhough you ada bachelor ke doctorate ke etc.Aku punya banyak pengalaman dengan graduan-graduan UiTM,UNIMAS,IKN dan IKBN.Berdasarkan kepada pengalaman aku,anda tidak cong dengan diri anda.Aku boleh agak.Kebanyakan ramalan aku tepat dan tidak mengecewakan.
Im so sorry.
Noktah.

Tuesday, April 7, 2009

Dulu

Aku ingat lagi dulu masa kecik-kecik hingusan lagi masa tu aku masih lagi di sekolah rendah lagi.

Saat yang paling ditunggu-tunggu oleh aku dan adik aku ialah bila mak and abah aku tiada di rumah.Jeng,jeng,jeng.Apa lagi sepantas kilat aku atau adik aku menyeberangi sungai naik perahu tambang(dulu duduk di kampung menyewa rumah) ke bandar Kuching berseorangan semata-mata membeli kereta mainan kecil yang aku dan adik aku lama dah jadikan ia sebagai sasaran.Well,on the way balik ke rumah selesai sekolah,aku dan adik aku akan melalui kedai ini.Mata kami terpesona dengan kereta mainan kecik ini.

Akhirnya,mak and abah kehairanan dari mana aku dan adik aku punya kereta mainan ini?Rupa-rupanya ketahuan juga akhirnya kami ke bandar Kuching berseorangan.

Dulu zaman budak-budak banyak kenangan.Manis bila diimbas kembali.

Noktah.


Saturday, April 4, 2009

Jejak Kasih di Facebook

Halu semua.Semenjak dua menjak ini aku fokus kepada Facebook.Sebelumnya aku di MySpace.Kalau di laman maya lebih dikenali sebagai fb dan ms.Hampir 3 tahun aku di ms aku tidak dapat apa2 sebenarnya.Of kos lah hanya dapat kawan maya selain pemilik2 ms berlumba-lumba untuk mendapatkan kawan maya yang paling banyak hingga mencecah ratusan ribu.Berbeza di fb walaupun functionnya hampir sama dengan ms tetapi fb lebih menyenangkan penggunanya.Semuanya kita boleh kontrol atau monitor dengan satu muka sahaja.Umpamanya kalau nak chatting,ada tab yang memaparkan sapa online,notifications etc.
So anda boleh chat langsung dengan mereka yang anda kenal.Pendek cerita,ramai yang dah pindah ke fb meninggalkan ms.Pendek kata banyak yang menyenangkan di fb ni berbanding ms.Di fb inilah aku jumpa kembali member2 lama Thomian aku seperti Herman Donnie(masih sik cayak aku kau madah kau kerja kuli), Mohd.Sabaruddin(yang kini berada di Belfast,Ireland),Brian Gordon,Jay Jay dan ramai lagi.Nice dapat jejak kasih dengan diorang semua.Semuanya hampir 13-20 tahun tak jumpa.Sudah tentu banyak cerita yang dikongsi bersama.

Noktah.

Friday, April 3, 2009

One Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Newly appointed 6th Malaysian Prime Minister
Noktah.

Thursday, April 2, 2009

Surat Terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Tahniah kepada Datuk Seri di atas kepercayaan Pak Lah berikan kepada DS untuk menerajui Malaysia yang aku cintai ini.Sebagai rakyat Malaysia yang kerdil jiwanya,aku merendahkan diri aku untuk menghulurkan salam terbuka kepada DS.
1.Kebajikan rakyat kelas bawahan haruslah diberi perhatian yang menyeluruh secara serius.Permudahkan segala urusan kebajikan.Apa cukupkah RM200 sebulan diberikan kepada sebuah keluarga yang miskin?
2.Aku tahu DS jaga hal ehwal Felda.Felda banyak nikmat dan limpahan rezeki sejak kebelakangan ini.Bonus untuk raya pun dapat dan segala.Usah fokus kepada Felda tetapi fokus kepada semua bidang,carilah jalan untuk menyamakan apa yang Felda dapat dengan bidang2 lain.
3.Permudahkan segala urusan lesen niaga tepi jalan.Mereka bukan orang kaya.mereka cuma cukup makan sahaja.
4.Bantulah pemandu-pemandu teksi yang sedang sakit sekarang ini.mereka sudah lama sakit sebenarnya.Subsidi petrol?
5.Beri perhatian kepada bidang kemahiran kraftangan negara.Banyak graduan lulusan IKN.IKBN dan pekerja-pekerja di dalam bidang ini perlu dibantu.
6.Jangan lupa orang Sarawak.Jangan kerana Sabah ada UMNO maka Sabah dapat lebih.Ingat,Sarawak punya kerusi Parlimen paling banyak di Malaysia.Sudah banyak jasa orang-orang Sarawak kepada UMNO.ramai yang tidak sedar ini.Sedarlah PRU 13 tak lama lagi.
7.Jika DS lantik orang yang punya pandangan kotor daripada rakyat ke dalam kabinet DS,maka PRU 13 usah bermimpi untuk menang.Pandangan kotor ini akan menjadi liabiliti DS sehingga PRU 13 nanti.Kalau 5 negeri boleh tumbang ketangan PR tidak mustahil rakyat Sarawak bertukar haluan.Ada berani?
8.Permudahkan segala urusan mereka yang berminat dalam bidang kemahiran kraftangan negara.Bukan diberi kepada mereka yang bergelar siswazah menganggur sahaja yang dapat bantuan.Adil?
9.Bank-bank di Malaysia harus diberi garis panduan untuk membantu bakal-bakal pengusaha kraftangan negara.Usah memilih.
10.Turun ke padang dengan lebih kerap.Dekati rakyat.
11.Arah semua menteri,Ahli Parlimen dan Ahli DUN untuk bekerja untuk rakyat.Seharusnya rakyat diberikan kesenangan terlebih dulu barulah anda semua.Selayaknya anda susah,tidak apa.Usah berkot ke hulu ke hilir sahaja.DS perlu ingat,rakyat pilih anda semua.Ingat?Lupa?
Itu sahajalah isi kandungan surat terbuka kepada DS.Siapalah aku untuk minta banyak-banyak.Aku yakin ada ramai lagi rakyat Malaysia yang punya permintaan yang pelbagai.
Salam hormat.
Noktah.
Related Posts with Thumbnails