Thursday, October 29, 2009

Update,Majlis Lan Berambeh@SIRIM,1 November 2009,Ahad,1200 tengahari-1600 petang.


Kepada adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,ipar duai,tunggal menunggal,kazen mazen,auntie,uncle,ibu-ibu,bapak-bapak sekalian,silalah gagokan dirik kitak semua datang berambeh ke SIRIM hari Ahad tok.Bagi mereka yang plan bercuti hujung minggu di KL minggu tok,adalah bagus kitak urang panjangkan kaki ke SIRIM.Sila lihat Update sebelumnya untuk ke SIRIM dengan menggunakan pengangkutan awam.Banyak acara yang akan berlangsung di SIRIM kelak.Macam2 ada,berbaloi-baloi.Terbuka kepada rakyat Serawak pelbagai agama dan bangsa.Buktikan kita urang Serawak duduk sama rendah,berdiri sama tinggi antara sesama.Sekda duak,sekda tiga.Sudah tentulah negeri kita,Serawak contoh terbaik kepada 1Malaysia.The best ever communities gathering in Malaysia.

OOOOO000ha.

Tuesday, October 27, 2009

Update,Majlis Lan Berambeh@SIRIM,1 November 2009,Ahad,1200 tengahari-1600 petang.

Kepada mereka yang datang sendiri atau menggunakan pengangkutan awam,anda boleh berbuat demikian dengan menggunan KTM Komuter arah Pelabuhan Klang.KTM Komuter terletak di KL Sentral.Sila ke platform n0.5,Pelabuhan Klang.Berhenti di stesen Shah Alam.Wakil dari Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung akan ditempatkan di stesen Shah Alam nanti.Bas SIRIM akan mengambil anda setiap 20 minit bermula jam 1100 pagi.Majlis ini terbuka kepada seluruh warga Sarawak tidak kira apa jua kerjaya anda samada pelajar,golongan profesional dan lain-lain.Datanglah beramai-ramai.

Friday, October 23, 2009

Papan Notis


Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Sarawak Semenanjung
1 November 2009,Sunday
1200hrs-1600hrs
SIRIM,Seksyen 2,Shah Alam,Selangor.

Tuesday, October 20, 2009

Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung

Kepada anak-anak Sarawak sekalian yang bermastautin mahupun belajar di bumi Semenanjung ini,daftarlah diri anda di laman Facebook Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung.Kepada mereka yang mengenali sahabat,kenalan,housemate,roommate,anak murid,cikgu,cikgi,anggota polis,tentera,bomba,pertahanan awam,rela,pemandu teksi,jiran,bos tempat kerja anda dan sebagainya yang berasal dari Sarawak,silalah bawa perkhabaran ini kepada mereka.Terima kasih daun keladi saya ucapkan.Tujuan penubuhan Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung ini adalah untuk membantu anak-anak Sarawak di Semenanjung ini tanpa mengira agama,status bangsa mahupun permasalahan yang dihadapi.Bersama-samalah kita segulai sejalai dan pegang tangan erat-erat mengukuhkan hubungan di antara satu sama lain

Kamek urang Serawak.

Friday, October 9, 2009

Cantik di Permukaan Sahaja.

Bahagian Satu
Beberapa hari yang lalu aku menonton HUJAH.Bagi yang tidak tahu rancangan ini ke udara di TV9 yang dipengerusikan oleh Dr.Agus.Dr.Agus pula memang terkenal dengan gaya provoknya menemubual para tamu.Hari dan masa aku tak ingat.Tamu pada malam itu ialah Datuk Salleh Majid,pakar ekonomi negara.tajuk yang dibicarakan ialah Ekonomi Moden.banyak sekali isu-isu yang berkaitan ekonomi negara dibualkan terutama sekali isu basi,pengangkutan awam.Antara yang paling menarik perhatian aku ialah perihal para graduan IT antaranya yang diutarakan oleh Dr.Agus.Datuk Salleh Majid dengan segera menempelak keadaan ini yang sememangnya sudah lama menjadi isu.Orang kerajaan tidak sedar barangkali.Tidur?Pihak universiti pula dilihat seakan berlumba-lumba menyediakan kursus IT kononnya mahu memenuhi permintaan pasaran kerja.Hasilnya negara mempunyai lambakan graduan IT yang merempat kerana tidak diterima bekerja di MSC yang sepatutnya menjadi lubuk cerdik pandai IT tempatan..Banyak syarikat gergasi di MSC tidak mengambil mereka bekerja kerana miss match.Mereka hanya belajar di surface sahaja dan tidak digali dengan lebih mendalam.Salah siapa?Adakah Pihak universiti acuh tidak acuh hanya mengajar surface sahaja ataupun graduan IT yang malas menggali,selesa disuap sahaja?
Bahagian Dua
Aku amatlah tersangat setuju dengan kenyataan Datuk Salleh Majid.Perkara ini juga terjadi di universiti dan juga institusi kemahiran negara yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan batik samada seni halus ataupun textiile.Memang betul.Aku berhadapan dengan situasi ini selama aku mengabdikan diri dalam industri batik negara.Aku dan rakan-rakan sekerja yang lain terkejut dengan hasil yang dikeluarkan oleh universiti dan institusi kemahiran negara yang berkaitan.Memang betul mereka hanya diajar permukaan sahaja dan tidak diajar untuk menggali dengan lebih mendalam.Sekali lagi,siapakah yang harus dipersalahkan?Pihak yang berkaitan?Pensyarah atau graduan itu sendiri?Jelas ketara sekali ketiga-tiga pihak ini begitu selesa dengan apa yang ada di mata mereka.Bagi pihak yang berkaitan dan pensyarah,anda sebenarnya harus merombak semula kaedah pengajaran anda.Kaedah pengajaran anda amatlah lapuk ditelan zaman.Anda juga perlu tahu graduan-graduan anda tidak dapat memenuhi pasaran kerja industri batik walaupun bertahun-tahun belajar mendapatkan segulung Ijazah,Diploma ataupun Sijil.Kami di pihak industri tidak dapat menerima mereka kerana mereka tidak mencapai standard kami.Lantas,aku dan rakan-rakan sekerja yang lain memikirkan apakah yang mereka belajar dan diajar?Jika pihak yang berkaitan ini tidak cukup tangan maka kami di pihak industri punya ramai pakar dalam batik.Kami bersedia bila-bila saja dalam menambahbaikkan kaedah pengajaran pihak-pihak ini.Bagi pihak graduan pula,anda harus cari jalan alternatif bagaimana untuk memajukan diri anda.Jangan hanya bersandarkan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sahaja.Tidak cukup.Anda harus meneroka.Jika anda tamat pengajian,tetapi kami mendapati anda bukan pilihan kami maka anda adalah gagal.Anda banyak kuah daripada isi.Hasilnya,bila anda gagal, anda terpaksa bekerja dalam industri lain ataupun belajar semula kursus lain yang jelas merugikan kami di pihak industri yang benar-benar memerlukan generasi muda meneruskan khazanah berharga negara ini.Kami veteran dan perlu pelapis.Bila ketiga-tiga pihak ini tidak sedar akan permasalahan ini,maka situasi ini tidak ubah seperti mesin fotostat yang mencetak rupa dan bentuk yang sama berulang kali semahunya.Apa yang mahu dibanggakan jika segulung Ijazah,Diploma mahupun Sijil tidak sepadan dengan skil para graduan umpama kuah banyak dari isi tadi.Cantik di permukaan sahaja.
Bahagian Tiga
Kami cerewet dalam industri kami kerana kami tidak mahu mereka yang mindanya umpama tin kosong berada dalam industri kami.Kami mahu apabila mereka berada di dalam industri ini,mereka bekerja dengan nilai-nilai murni yang tinggi.Bukan kerja cincai,asal boleh ataupun setakat bangga dengan Ijazah,Diploma mahupun Sijil kuah mereka itu. Alangkah bagusnya jika skil para graduan digabungkan dengan skil yang ada pada kami.Kami mahu pihak berkaitan berinteraksi dengan lebih kerap lagi aktif dengan pihak indstri batik negara.Anda semua perlu duduk dan belajar dari kami yang bekerja di belakang tabir yang secara langsung dalam pembikinan batik ini.Tidak salah untuk bertanya walaupun anda sedar anda lebih tinggi dari kami.Mana mungkin ya mereka yang tinggi bellajar dimana tok gurunya rendah sahaja ataupun yang tinggi belajar dengan yang rendah.Apa kelas mungkin.

Jariku menari salsa,ligat dan rancak.

Monday, October 5, 2009

Kuala Lumpur International Batik Convention and Exhibition 2009,11-13 December 2009,KL Convention Centre,Kuala Lumpur,Malaysia.

INTRODUCTION
Organised by Yayasan Budi Penyayang Malaysia,the inaugural KLIB Convention and Exhibiton was held in 2005,With speakers from 15 countries,that Convention was attended by some 500 people from various fields-artists,designers,students,lecturers,people in the batik and handicrafts industry,batik enthusiasts and aficionados.The Exhibition,which had a wide array of batik fashion and products had some 10.000 visitors.The KLIB Convention and Exhibition in 2007 is designed to be aniconic event that showcases the multiple dimensions of batik-art and craft,technique and technology,marketing and business-to the world.
The conference aims to be a platform to;
*develop an international network of batik enthusiasts
*foster closer ties among batik producing countries
*create a forum for the batik craft and industry around the world
*share techniques,innovations tecnology and marketing strategies for batik craft and industry
*focus on the long term relevance,growth,progress and prominence of the batik craft and industry internationally.
In essence,the Convention will exemplify the coming together of the traditional and contemporary aesthetics in batik art and craft,cutting edge technology and market driven business strategies fir the world to view and share.

Presentation Format
The Convention includes presentations in a form of papers,workshops,demonstrations,panel discussions and art and craft or multimedia displays.Presentations may be made in English or Bahasa Malaysia.

Conference Themes
All presentations should be conducted within the confines of any one of the combination of the following themes such as history of batik,design of batik,fashion of batik,hybridity of batik,versatility of batik,marketing of batik,technique of batik,aesthetics of batik,spirituality of batik,standards of batik,technology of batik,community of batik,endurance of batik,modernization of batik,transculturalization of batik,nationality/ethnicity of batik and internalization of batik.

Friday, October 2, 2009

Batik Indonesia,Warisan Budaya Dunia.Tahniah.

Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhoyono semalam meminta rakyatnya memakai batik hari ini sebagai meraikan pengiktirafan UNESCO yang menyenaraikan batik republik itu sebagai warisan budaya dunia.Tahniah diucapkan sekali lagi.Sudah tentu batik republik itu berada di kelas eksklusif berikutan pengiktirafan UNESCO itu.Ini juga bermakna industri players republik itu buat kerja mereka menaikkan nama batik setinggi mungkin.Usaha yang aku lihat sebagai rajin ini akhirnya berbaloi.Namun apa pula cerita industri players batik di Malaysia?Aku hanya di balik tabir.Sebagai contoh yang paling nyata ialah laman blog Persatuan Batik Malaysia itu sendiri.Satu usaha yang baik kerana PBM memasuki era maya tanpa sempadan,tetapi sejak kelahiran laman blog PBM ini pada tanggal 27 Julai 2009 sehinggalah ke hari ini tiada satu pun maklumat terbaru yang tersiar tidak kiralah maklumat terbaru mengenai apapun yang berkaitan dengan batik Malaysia.Ayuh bangunlah PBM,celiklah.Kalau ada sebarang usaha yang anda lakukan walaupun sebesar biji sawi silalah update entry di laman blog anda.Mungkin aku tidak tahu anda ada buat kerja.Hampir setiap hari bahkan dalam sehari sehingga berkali-kali aku melawat laman blog PBM namun aku hampa maklumat terbaru tetap tiada hanya gah alamat PBM yang sudah lapuk itu.PBM selaku industri players yang paling hadapan dalam industri ini haruslah memikirkan cara bagaimana mahu meningkatkan lagi taraf batik bukan hanya untuk mendapatkan nama dan jawatan ataupun selesa duduk di kerusi empuk sahaja tanpa berbuat apa-apa.Batik Malaysia punya banyak isu yang perlu ditangani.Salah satunya,ramai golongan muda hari ini punya banyak peluang untuk memilih masa depan mereka.Antaranya batik sebagai kerjaya mereka.Namun apakah batik yang akan dipilih sebagai kerjaya mereka ini dilihat berbaloi jika tiada usaha dengan lebih serius dilakukan?Mahukah graduan Ijazah dalam Fine Arts bekerja di dalam bidang ini dengan tangan,kaki,jari,kuku kotor dengan warna.Mahukah mereka bekerja di studio atau kilang batik yang tiada penghawa dingin?Mahukah juga mereka bekerja tanpa memakai tali leher,baju dan seluar yang branded?Hanya pakai baju dan seluar yang lusuh sahaja?Ada bapa yang bekerja di bahagian kemahiran tetapi tidak merelakan anak mereka bekerja dalam bidang ini.Mengapa?Relakah ibubapa zaman sekarang merelakan anak mereka kerja batik?Sudah tentu jika keadaan batik Malaysia itu jitu,aku yakin graduan Ijazah Fine Arts,Diploma,Sijil semua akan rela bermandikan warna,berpeluh setiap hari mengabdikan diri sama-sama meningkatkan imej batik Malaysia.Inilah antara jutaan persepsi yang perlu ditangani oleh PBM.Perlu ditukar persepsi ini dan perlu jika sentiasa berhubung dengan pihak yang berkaitan dalam kerajaan bagaimanakah caranya untuk menjadikan batik Malaysia sebagai punca rezeki kepada rakyat Malaysia.Batik Malaysia rata-rata ditunjangi mereka yang senior mahupun super senior baik dalam canting,warna mahupun designing baju dan material lain.Berapa keratkah mereka yang ada Ijazah ataupun Diploma ataupun Sijil dalam bidang Seni kekal dalam industri ini sebegitu lama?Ada pemegang Diploma Seni Batik,IKN bekerja sebagai jurutol.Penat lelah bertahun-tahun belajar batik tetapi akhirnya bekerja sebagai jurutol.Ada pula yang jadi baby sitter.Ada pula yang sambung belajar nak jadi jururawat.Menangis dibuatnya bila melihat anak-anak muda yang talented dalam batik membuat keputusan untuk bertukar kerjaya.Ini jelas bidang batik nyata tidak memberikan pulangan yang lumayan untuk masa depan mereka.Sudah tentu banyak perkara sekali lagi perlu ditangani oleh PBM.Sudah terlalu banyak peragaan fesyen di atas pentas sehingga ke seberang laut.Cukup cukuplah.Sudah tiba masanya untuk memberikan perhatian kepada subjek lain pula.Subjek fashion show memang kita juara.Jika pihak PBM ingin memerlukan bantuan dari aku,sudah tentu aku menerimanya.Ikhlas semata-mata mahu melihat batik Malaysia di segani bukan sahaja oleh masyarakat luar negara tapi yang lebih penting disegani oleh masyarakat Malaysia itu sendiri.Bila UNESCO mengiktiraf batik republik Indonesia sebagai warisan budaya dunia bermakna industri players mereka berhak untuk berpesta dan berbangga sepanjang hidup mereka.Aku setuju.
Related Posts with Thumbnails