Thursday, May 5, 2011

Mamaku Beautiful

Cantiknya mamaku,jelita
wajahmu terpancar selalu
mataku tidak berkelip tanda pegun setuju
bahawa mamaku memang beautiful
i luv u mama
Jelitanya mamaku,menawan
itu anugerah tidak ternilai,mahal
itu tidak dapat digadai,jiwa
itu satu-satunya,unggul
i luv u mama
Ayunya mamaku,cantik
bila senyum meraih hatiku yang lesu kaku
tidak tertahan untuk menjauhi mamaku
kurapatimu,ku pelukmu erat,ku genggami tanganmu
ku tenung dalam-dalam bola matamu
ku selami kepayahanmu,ku selami degup nadimu
terserlah anakmu ini faham,faham
anakmu mengerti susahmu selama ini
tidak mungkin anakmu ini tidur lena
i luv u mama
Menawannya mamaku,ayu
mana mungkin aku mampu melawan kudrat dan keringatmu
membanting tulang sepanjang masa tika siang dan malam
tidak pernah mengenal erti penat
aku menangisi kesusahanmu mama
runtun air mata anak lelakimu ini
saat melihat mamaku menangis
aku berdosa andai membiarkan mamaku
terus tangis menangis
aku tidak mahu menjadi anak yang lupa
i luv u mama
ku tadahkan tangan mendoakan semoga panjang umur
dan murah rezeki,sentiasa diberkati Allah Taala
aku masih dahagakanmu mama,aku manja
i luv u mama,mama,mama.

3 Mei 2011,2308 malam.
Related Posts with Thumbnails