Tuesday, September 29, 2009

SMS Di Malam Raya.

Salam semua.Aku hanya akan mula bekerja on 1 October dikala ramai teman2 aku sudahpun bekerja walaupun diri dikuasai mood raya yang masih lagi fresh disana sini.Seperti biasa seperti ramai orang di Malaysia ini aku tidak terlepas dari menerima SMS Selamat Hari Raya daripada teman2.Ada ratusan semuanya but dari ratusan itu ada satu yang aku kira cun and mantap.Lain dari yang lain.SMS yang ke-14 dari Nikli Nodin.Boleh tahan gak pantun dua kerat my mate ni.Susah-susah jer Nikli Nodin ni mengarang pantun dua kerat lepas dia membanting tulang masak tolong ibundanya. You make me smile that night.Thanks again.Silalah baca seadanya.

Gula Pak Yudi dihurungi semut,
I dah atas katil,tengah tarik selimut,

Kita berkawan di alam maya,
Yeaaayyy,besok dah raya,

Dari JB terbang ke Miri,
Yooo,En.Yudi jaga diri,

Makan rendang tergigit lada,
En.Yudi dah nak ke Florida?

Sayup-sayup dendang perantau,
Kalau jadi,jangan le lupa bagitau,

Ikan keli di dalam kolam,
Ok,selamat malam.

Sunday, September 13, 2009

Salam Lebaran 1430H


Salam Lebaran ini ditujukan kepada semua yang mengenali aku
dari mula aku blogging sehinggalah ke saat ini.
Alhamdulillah,Allah SWT sudi memanjangkan nafas aku sehinggalah ke saat ini.
Ditujukan kepada rakan-rakan top Facebook aku seperti Nikli Nodin,Amir Stuv,
rakan maya Chelsea aku,Azim Ashaary,Moneirah Abu Bakar dan Al-Abdad.
Tidak lupa juga kepada Jime Jojes,Dalf serta rakan-rakan The Best yang lain.
Ampun dan maaf dipinta andainya aku ada buat salah dan silap serta mengguris hati sekalian semua sepanjang aku mengenali kamu semua.
Aku bukanlah manusia yang sempurna.

Aku manusia yang jahil penuh dengan kekhilafan.
Yang baik datang dari Allah SWT,yang buruk datang dari aku sendiri.
Sambutlah Lebaran dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan.

Semoga berbahagia menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.
Maaf zahir dan batin.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak dan Mahasiswa Sarawak

Tarikh: 7 September 2009(Isnin)
Jam :1645 petang-1030 malam
Tempat:Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)

Majlis ini anjuran bersama Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung,Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani ,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi serta Shell Malaysia Berhad.Tempat adalah terhad untuk 500 orang sahaja.Sila hubungi En.Rafiq,018-3778477
atau emel ke rafiqhafeezy@yahoo.com untuk mengesahkan kehadiran anda.Bas akan disediakan di kawasan KL Sentral dan beberapa kawasan hotspot yang akan diumumkan kelak.Bas akan
bertolak jam 1600 petang.Untuk mahasiswa/siswi Sarawak,surat jemputan telahpun dihantar
ke HEP universiti masing-masing.Sila maklumkan kepada pihak kami jika anda perlu pengangkutan untuk mengambil anda di universiti masing-masing.

Tarikh akhir ialah 4 September 2009(Jumaat) sebelum tengahari.

Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini nanti.

Wednesday, September 2, 2009

Malaysia Satu,nyanyian Faizal Tahir.Juara Lagu 1 Malaysia.


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan
Satu impian

nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janjiku padamu harapanmu
inginku laksanakan
kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi
membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu
semangatku terus membara
janjiku padamu harapanmu
ingin ku laksanakan
Satu Malaysia
kita inspirasi pada dunia
Namakan dijulang kita menjadi
kebanggaan Satu wawasan
bersama bergandingan
Genggaman tanganmu
semangatku terus membara
janjiku padamu harapanmu
inginku laksanakan.

Lagu:Audi Mok
Lirik:Nur Fatimah


Related Posts with Thumbnails