Monday, May 11, 2009

Maaf.Aku tidak cinta pada kamu.Cintaku milik dia.

Malam tadi seorang teman menghubungi aku nun jauh di utara.Kisahnya sedih sekali.Aku ingat aku hanya nonton di kaca televisi sahaja cerita ini tapi ia jadi realiti semalam.Aku berkongsi simpati dengan teman aku ini.

Jodoh telah dipilih oleh ibubapanya tanpa pengetahuan si teman aku ini.Teman aku sudah punya yang lain nun jauh di timur.Apa lagi tekanan perasaan yang mendalam menjelang tarikh persandingan kurang dari sebulan lagi.Kedua ibubapanya tidak suka akan teman pilihan sendiri yang dipilih olehnya.Kononnya jauh sangat.Hubungan yang sudah mula berakar tunjang.Apa kurangnya temannya itu,punya didikan agama yang mantap jadi ustaz kalau dibandingkan dengan pilihan kedua ibubapanya yang hanya jadi mekanik.Yelah,jarak temannya itu cuma dua langkah kaki saja.Lagipun kedua ibubapa teman aku ini sudah lama mengenali keluarga mekanik itu.Bertambah haru lagi bila temannya yang ustaz itu belum mengetahui akan perkara ini.

Teman aku membuat pengorbanan besar untuk kedua ibubapanya kerana tidak mahu ingkar dan jadi 'anak durhaka'.Ditelan mati mak diluah mati bapak.Pokoknya bukan pekerjaan tetapi pilihan sendiri.Siapa yang mahu bernikah sebenarnya sekarang?Adakah ibubapanya mahu menafikan hak cinta sejati suka sama suka teman aku ini?Aku bukan berniat untuk jadi 'anak durhaka' tetapi jika mahu kebahagiaan yang berkekalan biarlah anak yang buat keputusan membina masjidnya sendiri.Bagaimana teman aku ini mahu menghadapi malam pertamanya dengan teman yang tidak dicintainya?Tido bawah katil?Aduh.Apa betul cinta boleh dipupuk selepas malam pertama nanti?Tido sekatil kah?Makan semeja kah?Bahagiakah?

Kuatkan semangat kamu wahai temanku.

Noktah.
Related Posts with Thumbnails