Aku baru balik dari jogging kat USJ 16 park.Aku jealous tengok seorang budak pompuan chinese umur dalam 9 tahun jogging about 10 round taman sebesar padang bolasepak.Aku?7 pusingan jer.
Kepada anak-anak muda MIA,UiTM,UNIMAS,IKN,IKBN,LimKokWing,Pereka Tekstile serta sekaliannya yang hebat,kreatif lagi inovatif dipersilakan untuk menyertai pertandingan batik paling berprestij,Piala Seri Endon 2009. Untuk pengetahuan anda,Piala Seri Endon 2009 diadakan bersama dengan Kuala Lumpur International Batik Convention(KLIB 2009) yang akan dihadiri para perwakilan batik seluruh dunia Disember nanti. Mereka yang berminat menyertainya bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman sesawang Yayasan Budi Penyayang di www.penyayang.org.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tarikh tutup untuk pusingan pertama adalah pada hari Rabu,29 Julai 2009. Laman blog ini juga akan senantiasa up to date maklumat terkini mengenai Piala Seri Endon 2009 ini dari masa ke semasa. Marilah bersama-sama buktikan anda hebat,kreatif lagi inovatif. Semoga berjaya.
Adalah dengan rasa rendah diri mempersilakan anak-anak Sarawak untuk menyertai Persatuan ini khas kepada anak-anak Sarawak yang bekerja di Semenanjung.Tidak kira bangsa,agama dan taraf pekerjaan adalah amat dialu-alukan.Kepada mereka yang punya sahabat handai yang berasal dari Sarawak,sila maklumkan kepada mereka.Jasa anda amatlah saya hargai. Sila search Facebook Support Penubuhan Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung atau hubungi saya di kingacong79@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Malam tadi seorang teman menghubungi aku nun jauh di utara.Kisahnya sedih sekali.Aku ingat aku hanya nonton di kaca televisi sahaja cerita ini tapi ia jadi realiti semalam.Aku berkongsi simpati dengan teman aku ini.
Jodoh telah dipilih oleh ibubapanya tanpa pengetahuan si teman aku ini.Teman aku sudah punya yang lain nun jauh di timur.Apa lagi tekanan perasaan yang mendalam menjelang tarikh persandingan kurang dari sebulan lagi.Kedua ibubapanya tidak suka akan teman pilihan sendiri yang dipilih olehnya.Kononnya jauh sangat.Hubungan yang sudah mula berakar tunjang.Apa kurangnya temannya itu,punya didikan agama yang mantap jadi ustaz kalau dibandingkan dengan pilihan kedua ibubapanya yang hanya jadi mekanik.Yelah,jarak temannya itu cuma dua langkah kaki saja.Lagipun kedua ibubapa teman aku ini sudah lama mengenali keluarga mekanik itu.Bertambah haru lagi bila temannya yang ustaz itu belum mengetahui akan perkara ini.
Teman aku membuat pengorbanan besar untuk kedua ibubapanya kerana tidak mahu ingkar dan jadi 'anak durhaka'.Ditelan mati mak diluah mati bapak.Pokoknya bukan pekerjaan tetapi pilihan sendiri.Siapa yang mahu bernikah sebenarnya sekarang?Adakah ibubapanya mahu menafikan hak cinta sejati suka sama suka teman aku ini?Aku bukan berniat untuk jadi 'anak durhaka' tetapi jika mahu kebahagiaan yang berkekalan biarlah anak yang buat keputusan membina masjidnya sendiri.Bagaimana teman aku ini mahu menghadapi malam pertamanya dengan teman yang tidak dicintainya?Tido bawah katil?Aduh.Apa betul cinta boleh dipupuk selepas malam pertama nanti?Tido sekatil kah?Makan semeja kah?Bahagiakah?
Pagi tadi aku call mak aku.Pada mulanya aku menahan diri aku untuk menangis.Aduuh.Tewas juga akhirnya.Dah 30 tahun umur aku.Terima kasih banyak-banyak kerana bersusah-payah berkorban apa jua kudrat dan keringat membesarkan aku.Mana mungkin aku dapat lupakan jasa mu mak.Semoga Allah SWT memanjangkan umurmu mak,mengurniakan kesejahteraan kesihatan yang berpanjangan dan murah rezeki.Amin.
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
HAPPY ENDING
-
*At the end of the day, if someone wants to be in your life, they will be.
Truly — they are capable, they will make the effort, they will show u...
Datuk Seri Gala
-
Salam aku kepada kalian wahai golongan pemikir (manusia)...
Bagaimana tabir akalnya (?) dia menangis, selesai kering dilucut lari
Orangnya bersongkok hitam...
2019 volvo xc40 gas mileage
-
Volvo has launched photos and technical aspects of its smallest SUV that
was . The 2019 Volvo XC40 comes with alterations comparing to its allies as
we c...
Cat rumah RM7000
-
alahai dengar tajuk aje rasa nak gelak.
gini ceritanya, kan dh last minute sangat kan. x sempat nak cat rumah.
nak dijadikan cerita, saya xsuka dengan warna...
Official : Selamat datang Cuadrado
-
Statement dari website chelseafc
Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of Juan Cuadrado
from Fiorentina.
The 26-year-old has joined...
Apa Kau Patut Buat Dengan Idea Kau
-
"Wei, aku ada idea untuk buku. Apa kata aku bagi kau rangka cerita, lepas
tu kau tulis. Amacam?" tanya kawan sekolah aku yang tak pernah tegur aku
langsung...
NIATmu itu suci
-
Membantu gelandangan bukan satu dosa. Ia dipandang mulia oleh masyarakat
dan agama masing-masing.
Dah lama aku ingin berikan pandangan ini. Tetapi atas da...
Antara Yang Tertulis #1
-
Sesungguhnya dunia tidak pernah berhenti berputar. Waktu berlalu. Yang
dikatakan evolusi juga mengambil tempat. Di dalam setiap proses ini,
manusia semakin...
Jom UNDI Palestine
-
Jom klik VOTE (undi) pada Palestine. Tunjukkan kepada dunia bahawa orang
yang sokong israel itu hanya ceteot sahaja ……. Sila
ke http://palestine-or-israel....
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Kisah Seorang Arkitek - Cape Town
-
Salam.
Sedang berada di Cape Town. Sorang-sorang. Sungguh sunyi.
Hampir seminggu tak bercakap dalam bahasa melayu. Sungguh sepi.
Dengar tak?
Bunyi cengke...
Luqies
-
Orang boleh mencuri hasil kerja aku~Dan jaja pada satu dunia.
Yang ini adalah hasil kerja mereka.Demi mengaut untung popular sesaat.
Tapi yang nyata.Mereka...
Volks Burger @ Ampang, Kuala Lumpur
-
[image: Untitled]
It's strange but life seems a little empty without blogging. Like
bicycling, I guess one must get back into the saddle and start it
agai...
Happy Birthday sis Fatin !!!
-
Korang tauu takk hari nie hari jadi sis fatin kesayangan akuu . aku sayang
dia . aku suka dia sebab dia suka gelak macam Nur Amyra . Dia cantikk +
kiut m...
Saudara Muslim tanggungjawab bersama
-
(Al Islam bulan Nov 2010)
Bulan lalu, saya didatangi oleh seorang India Muslim yang telah memeluk
Islam hampir 10 tahun dan memerlukan bantuan, juga kunju...
Orang muda ini prihatin lagi lantang bersuara dan mewakili suara industri batik tanahair.Satu-satunya blog yang mengetengahkan pelbagai perkara dalam batik di Malaysia secara telus dan jujur.Apa jua isu yang berkaitan seterusnya bidasan,pendapat,kritikan,
teguran,komen mahupun pujian samada kepada individu tertentu mahupun pihak yang berwajib secara sengaja,tidak sengaja,yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih bernyawa adalah semata-mata untuk menjaga dan menaikkan survival martabat industri batik Malaysia.Orang muda ini amat khuatir warisan Malaysia ini pupus ditelan zaman yang serba teknologi lagi moden.Batik bukan suatu pekerjaan yang tidak ada kelas.Mengapa ada satu perasaan yang memandang rendah dan jelek akan pekerjaan batik ini?Batik ada gaya,mutu dan keunggulannya.11 tahun pengalaman dalam batik.Proud to be Sarawakian.Mantan Khadani Mei 2000-Mac 2008.October 2006,February 2008-Design in Jelita magazine.Finalist Piala Seri Endon 2007(Fashion Category),Consolation Prize Winner.