Monday, June 9, 2008

Petrol ku telan,Diesel jua ku hadam


Apa khabar wahai bloggers dan pembaca sekalian.Semoga sihat sejahtera selalu hendaknya.Amin.

Aku mengambil masa yang agak lama juga untuk komen mengenai perkara yang aku takrifkan sebagai masalah negara ini.Alahai Pak Tam.Seperti yang semua sedia maklum,harga petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter.Alahai Mak Jah.Walaubagaimanapun,kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.Apa yang menjadi fikiran
aku ialah mengenai nasib golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah kurang dari 1800 sebulan.Apalah nasib mereka ini.Aku?Siapalah aku untuk membantu mereka.Aku cuma rakyat Malaysia yang biasa-biasa sahaja.Tiada pangkat.Tiada parti.Tiada kuasa.

Aku tergamam sehingga la ni akan pengumuman yang telah dibuat kerajaan minggu lalu itu.Tidakkah pembesar-pembesar kerajaan ini berfikir akan pengecualian yang diberikan kepada kenderaan di bawah 2000cc dan seterusnya ini.Untuk makluman semua,adakah mereka yang mempunyai kenderaan di bawah 2000cc benar-benar mereka yang berpendatan rendah?Bagaimanakah agaknya para pembesar dan hulubalang kerajaan ini mengira, mencongak dan membaca akan sekalian rakyat jelata Malaysia yang betul-betul pasti berpendapatan rendah yang mempunyai kenderaan di bawah 2000cc?Pak Tam sila jawab.Jawapannya mudah saja.Keputusan yang dibuat dan ditelaah sebaik mungkin(khuatir akan ditarik balik seperti projek jambatan bengkok di sebuah empayar selatan tanah air serta membenarkan semula para warga asing membeli minyak di stesen minyak serata sempadan tanahair)sebelum dicanangkan ke seluruh empayar Malaya.Apa jadi pada rakyat jelata di bawah naungan pemerintahan Malaya ketika ini yang bekerja sepenuh masa sebagai penjual di pasar malam,pasar borong,pasar tani,pembantu jualan(Sales Assistant) sepenuh masa di pasar-pasar terkemuka merata empayar Malaya seperti Mydin,Giant,Carefour,Tesco dan tidak dilupakan juga di pasar-pasar mini yang berpuluh ribu lokasi di seluruh Malaya?Apa pula nasib mereka yang bekerja sepenuh masa sebagai krew restoran di McDonald,KFC,Pizza Hut,Starbucks Coffee,Dome,Dominos,Secret Recipe dan lain-lainnya?Tanya jua pada Kak Bedah pada mereka yang bekerja kecil-kecilan sesuap nasi seteguk air di kaki-kaki lima yang antaranya hamba-hamba Allah yang menjual goreng pisang,air minuman,keropok lekor,nasi lemak dan sebagainya?Hujan diredah matahari ditadah secekal jiwa tanap putus asa.Cuba tanya pada pemandu teksi dan kereta-kereta sewa?Apa kata mereka?Sudah pasti mereka berduka dengan situasi ini.mereka bekerja 12 jam sehari hanya untuk mencari gaji hari dan bayar sewa teksi harian.Menangis air mata darah bergelak kilauan api menjulang-julang.Duduklah sebentar berbual dengan mereka yang bertungkus lumus membersihkan bandar-bandar di seluruh Malaya seperti tukang sapu jalan dan tukang kutip sampah.Apa gembirakah mereka?
Dan apa pula inisiatif kerajaan di bawah Bendahara kepada mereka yang bekerja di dalam industri batik di seluruh Malaya?Aku difahamkan Bendahara adalah patronage kepada Malaysia Batik:Crafted For the World yang secara langsung mempromosikan dan memperjuangkan usaha-usaha para pembatik dalam mengetengahkan skil dan bakat mereka.Apa cukup?Tidak cukup.Apa ada pada nama?Bendahara wajar dan wajib memikirkan insentif untuk para pembatik.Untuk makluman mereka yang berada di dalam industri batik adalah mereka yang berkelulusan dari Institut Kemahiran Belia Negara,Institut Kraf Negara malah mereka yang berkelulusan dari universiti-universiti tempatan dan swasta di serata Malaya seperti UiTM,Unimas,Lim Kok Wing dan sebagainya.Apa industri batik di Malaya ini tiada kelas dan darjat yang sama rata seperti rakan-rakan mereka yang bekerja di bank,syarikat-syarikat swasta Malaya yang terkemuka,para pendidik,para pejuang negara,mata-mata mahupun sektor kerajaan yang dilimpahi rahmat dan nikmat atau.........?

Para pembesar dan hulubalang empayar Malaya harus mengkaji semula akan rebat tunai yang akan diagih-agihkan kepada mereka yang mempunyai kenderaan di bawah 2000cc.Apa para pembesar dan hulubalang buta melihat,tuli mendengar,bisu berkata-kata dalam menelaah siapa seharusnya yang paling layak menerima rebat tunai ini?Fikirkanlah di depan mata aku ini yang sekarang duduk menyewa di kawasan perumahan yang boleh dikatakan eksklusif(kawasan orang-orang kaya)setiap rumah mempunyai kereta persendirian di bawah 2000cc.Ada yang satu malah ada yang mempunyai dua kereta persendirian di bawah 2000cc.Pekerjaan mereka bukan calang-calang.Kalah aku yang hanya bekerja sebagai pelukis batik.Untuk makluman mereka ini juga mempunyai pelbagai jenis kereta berkelas mewah yang ternyata ada gaya seperti BMW,Toyota,Honda,Nissan,Subaru dan banyak lagi.Sudah pasti mereka ini layak juga menerima rebat tunai bukan?Yelah..mereka juga ada Proton Iswara,Kancil,Myvi.....Atau aku yang silap?Nah........sudah terang lagi bersuluh.Gaya mutu keunggulan.

Seharusnya para pembesar dan hulubalang empayar Malaya memikirkan perkara ini.Rebat tunai bukan dikira berasaskan kepada mereka yang mempunyai kereta persendirian di bawah 2000cc semata-mata.Harus diberi kepada kepada mereka yang benar-benar layak.Sebagai contoh,rakyat jelata Malaya suami isteri yang mempunyai pendapatan lebih RM5000 sebulan adalah tidak layak mendapat rebat tunai atau difikirkan mana-mana yang patut.Pokoknya di sini,rebat tunai tidak layak diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi.Hanya rakyat jelata Malaya bawahan saja yang berhak dan layak mendapat rebat tunai tersebut.

Aku bukanlah pakar ekonomi cuma biasa-biasa sahaja.

Sunday, June 1, 2008

Selamat Hari Gawai,Gayu Guru Grai Nyamai

Assalammualaikum para bloggers dan salam sejahtera hendaknya.Semoga sihat sejahtera selalu.
Sudah berminggu aku tak post my stori.well..seperti kebanyakan warga Malaysia yang lain,kekangan kerja sikit membataskan waktu untuk post my stori.Tak banyak yang berlaku di sana-sini especially mine.
Di kesempatan ini aku ingin wish Happy Gawai to my friends di Kuching and all over Malaysia who knows me.
Thats all.hope to see u lagi.see ya soon.
Related Posts with Thumbnails